apa yang nak dicari

Wednesday, April 13, 2011

DalAm K0tAk......

hidup ini terlalu besar dan luas jika mahu dimuatkan didalam satu kotak.
tapi, terlalu ramai yang menyempitkan hidup mereka
didalam satu kotak yang kecil seperti iklan milo fuzz di kaca televisyen,
terlalu sempit sehingga hampir memecahkan kotak tersebut.

kerana itu lah, terciptanya ungkapan, "live outside the box",
bermaksud hidup diluar kotak dan bukan hanya tertumpu didalam kotak,
seperti katak yang menyangka dunia hanya di bawah tempurung
sehinggalah kaki-kaki nakal menyepak tempurung tersebut
barulah ia sedar yang dunia ini lebih luas,
itupun kalau kaki-kaki nakal itu membiarkan ia melompat bebas.

tapi, masih terdapat kotak dalam kenyataan tersebut,
kotak yang membataskan setiap perlakuan dan perkataan,
adakah perlu kita menghancurkan kotak tersebut
lalu bebas bergerak seperti burung-burung yang terbang tanpa pemangsa
atau tangan-tangan nakal yang sedia melastik bila berkesempatan

atau kita perlu membiarkan kotak itu wujud
kotak yang menyimpan sedikit sebanyak maklumat diri kita yang asal
agar kita dapat kembali bila hidup kita sudah terlalu bebas
agar kita dapat mengenal kembali siapa kita yang sebenar....


adios.......

No comments: