Baru2 ni, atau lebih tepat, minggu lepas, dunia dikejutkan lagi oleh seorang doktor yang daif ini, beliau datang dari iran dan merupakan pemimpin iran itu sendiri. Siapa lagi kalau bukan mahmoud Ahmedinejad. Jika dulu beliau menidakan peristiwa holocaust dan mendakwa peristiwa itu adalh mitos untuk mengambil simpati dunia kepada kaum yahudi, kali ini beliau mendakwa peristiwa 9/11 itu merupakan rancangan USA sendiri. Memang sudah ramai yang mengatakan hal ini dan ada yang telah mengemukakan bukti2 mereka. Tapi SIAPA YANG BERANI MENYATAKAN HAL INI DI PERSIDANGAN BANGSA2 BERSATU DI BUMI AMERIKA SENDIRI?? Siapa lagi kalau bukan pemimpin islam yang berani, SINGA ISLAM yang baru ini…
Ucapan beliau tidak di senamgi delegasi2 barat senimgga menyebabkan mereka angkat kaki dari persidangan, langkah itu dimulakan oleh delegasi USA dan di ikuti oleh Delegasi British dan delegasi sekutu2 kuat Amerika yang lain.. aku percaya yang kebanyakan mereka tahu dan percaya apa yang dikatakan oleh Ahmedinejad itu betul, Cuma mereka tu pengecut dan terpaksa akur dengan uncle sam dan seperti lembu yang disusuk hidung, mengikut langkah2 delegasi unce sam itu..
Ini adalah petikan ucapan beliau
Peristiwa 11 september 2001 yang telah member kesan kepada seluruh dunia selama hamper satu dekad. Dalam sekelip mata, berita serangan keatas menara berkembar itu disiarkan menerusi pelbagai media. Hamper semua Negara dan pemimpin mengutuk serangan itu, dan mesin propaganda telah bertindak dan mendakwa seluruh dunia berada dalam bahaya besar iaitu ancaman pengganas. Dan satu2 nya cara untuk mengatasi nya adalah dengan menyerang Afghanistan. Dan selepas Afghanistan ditakluk, Iraq pula di tawan.
Sila Perhatikan , dikatakan bahawa 3000 orang telah terbunuh dalam peristiwa 9/11, menyedihkan kita semua, tapi sehingga sekarang di Afghanistan dan Iraq, beratus ribu orang telah dibunuh dan berjuta lagi telah cedera dan kehilangan tempat tinggal dan konflik ini masih berterusan malah semakin berkembang.
Dalam mengenal pasti siapa yang terlibat dalam serangan itu, disini ada beberapa pendapat
1. Sebuah organisasi pengganas yang sangat kuat dan kompleks Berjaya menembusi setiap lapisan keselamatan dan perisikan amerika dan melancarkan serangan, inilah yang dipegang oleh kebanyakan rakyat amerika
2. Kerajaan amerika sendiri yang merancang serangan itu melalui agesi sulit mereka untuk memperbaiki ekonomi amerika yang sedang jatuh dan menguatkan cengkaman mereka di timur tengah untuk membantu regim zionis. Majority rakyat amerika dan Negara lain bersetuju dengan pandangan ini.
3. dilancarkan oleh pertubuhan pengganas, tetapi kerajaan amerika menyokong dan mengambil kesempatan penuh diatas situsai ini. Tapi, pendapat ini tidak dipersetujui ramai. Bukti utama yang menghubungkan insiden itu adalah beberapa passport yang dijumpai dalam timbunan runtuhan dan video individu yang mana asal usul nya tidak diketahui tetpi ada dinyatakan bahawa dia terlibat dalam perjanjian jual beli minyak dengan beberapa pegawai amerika. Ia juga dis elindungi dengan menyatakan bahawa semua bukti2 dan sisa2 penyerang berani mati itu hilang disebabkan api dan letupan.
Bagaimanapun ada beberapa persoalan yang perlukan jawapan
1. adakah tidak masuk akal siasatan menyeluruh dilakukan terlebih dahulu oleh pihak ke-3 untuk mengenal pasti elemen2 terlibat dalam serangan itu dan kemudian nya merancang satu tindakan waras untuk menentang mereka?
2. dengan menganggarkan bahawa pendapat kerajaan amerika itu betul, adakah ianya waras untuk melancarkan perang yang menyebabkan kematian beratus ribu nyawa semata2 untuk melawan kumpulan pengganas?
semasa berucap, beliau tidak sedikit pun gentar untuk melontarkan buah fikiran beliau yang menentang setiap tindakan barat yang menindas umat islam. pemimpin berani seperti beliau la yang seluruh dunia islam perlukan. tolak ketepi perbezaan fahaman, syiah atau sunni, yang penting sekarang Islam secara keseluruhan nya, kepada pemimpin2 atau bakal2 pemimpin, contohilah manusia agung ini..
p/s untuk membaca ucapan ini secara keseluruhan sila klik link ini http://www.facebook.com/note.php?created&¬e_id=447242443500#!/notes/mohamad-azam-awang/ucapan-dr-mahmoud-ahmadenijad-di-persidangan-pbb/447242443500
adios...