apa yang nak dicari

Friday, September 24, 2010

benarkah itu









Kebelakangan ni, kecoh dengan isu freemasonry di Malaysia. Sebenarnya isu ni dah lama dah, sejak sebelum aku tgk dunia ni lagi..tapi yang membuatkan benda ni jadi kecoh adalah kerana iklan raya tv3 hari tu.. betul ke iklan tu ada kaitan ngn freemason atau pun mason.. bagi aku tidak, sebab semua orang boleh perasan santa claus tu kan, freemason kalau benar ia wujud xla sebodoh tu untuk menunjukan bukti yang jelas. Semua benda adalah terselindung. Bagi aku itu hanya la hasil kerja orang yang mahu menunjukan kesepaduan kaum di Malaysia, tapi agak bodoh dalam kefahaman tentang agama2 di Malaysia.

Pastu, orang yang taksub dengan benda2 ni, (freemason) akan mentafsir sesuatu mengikut apa yang dia mahu, sekarang ni dia percaya yang freemason bertapak dengan kukuh then semua benda yang dia Nampak adalah free mason. Bila dia Nampak segitiga je dia tafsir sebagai pyramid, Nampak gambar ngn satu mata tertutup je, dia tafsir “all seeing eye”, Nampak pompuan pakai baju merah je, dia tafsir “the lady in red”, Nampak bintang lima je terus tafsir the star of horus..macam2 lagi la.. semua ni sebab dorang ni taksub dan paranoid.. ya paranoid..

Satu lagi, dorang akan beranggapan freemason = illuminati = knight of templar = priory of sion = new wolrd order (yahudi) = pengikut dajjal = penyembah syatan. Adakah dorang tahu siapa pertubuhan2 ini, adakah dia tahu sifat2 dajjal sampai boleh menggambarkan macam pnah jumpa je. Kadang2 yang memalukan penulis2 islam sendiri terpengaruh dengan pentafsiran penulis2 kristian yang menulis bersandarkan kitab2 mereka dah juga mitos2 purba.. sbagai muslim, kita perlu berhati2 bila menulis sesuatu diluar kefahaman kita dan tidak boleh terlalu terpengaruh dengan penulisan barat. Kita bole menulis sociologi dorang ni, tp pasal spiritual, kita kena fahamkan betul2..

chiow

No comments: