apa yang nak dicari

Monday, September 27, 2010

terbelahlah wahai laut..

baru2 ni, ada saintis dari NCAR usa cakap dorang dah tahu dah macamana nabi musa (moses) dapat belah laut.. NCAR ni adalah National Centre for Atmospheric Research. memandangkan kisah nabi musa membelah laut ni terdapat dalam kitab 2 agama terbesar dunia, Islam dan kristian, maka dorang sebabgai saintis kaji la macam mana benda ni bole berlaku, kita sebagai muslim percaya yang tu adalah mukjizat Musa yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala. tapi kita perlu igt yang semua benda yang terjadi Allah jadikan sebab2 dia kecuali la beberapa perkara yang tertentu.

Dalam Quran Al-karim kisah ini diceritakan dengan detail dalam 2 surah ni, Thaaha dan Asy-Syuraa'

petikan surah Thaaha


(20.77) Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israel) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".

(20.78) Maka Firaun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.

dan surah
Asy-Syu'ara

(26.63) Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar."


manakala dalam bible kisah ini diceritakan dalam buku exodus.

“Do not be afraid. Stand still, and see the salvation of the Lord, which He will accomplish for you today. For the Egyptians whom you see today, you shall see again no more forever. The Lord will fight for you, and you shall hold your peace.” (Exodus 14:13-14)

“But lift up your rod, and stretch out your hand over the sea and divide it. And the children of Israel shall go on dry ground through the midst of the sea.” (Exodus 14:16).

mengikut kajian dorang, kejadian terbelahnya laut adalah disebabkan oleh tiupan angin timur yang sangat kuat yang menyebab kan air ditolak ke belakang. ini adalah video simulasi kajian dorang tu..


mereka mengkaji bagaimana taufan pacific boleh mengakibatkan ribut dan effect2 angin yang kuat dan berterusan ke atas laut.

untuk maklumat lanjut, tgk site ni...
http://www.ouramazingplanet.com/wind-possibly-parted-red-sea-100921-0552/

No comments: