1- Gas methane yang terdapat pada timbunan najis **** di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang **** bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku **** berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.
2- Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.
Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.
3- Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.
4- Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.
5- Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.
6- Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.
7- Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum.
8- Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.
9- Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati.
tribute to-- ezoha.com
No comments:
Post a Comment