apa yang nak dicari

Saturday, January 2, 2010

timeless

Rainbow, Florida Pictures, Images and Photos


pelangi....

orang cakap pelangi itu indah, indah kerana bentuk melengkung nya dan juga kerana kepelbagaian warnanya..ada juga yang memikirkan kemisteriannya, dimanakah ia bermula dan dimanakah pengakhiran nya. time aku kecik2 dulu, orang tua2 cakap jangan tunjuk pelangi, nanti jari jadi kudung, membuatkan aku terfikir,begitu besarkah kuasa pelangi?? masyarakat cina percaya bahawa kemunculan pelangi membawa nasib malang, tapi bagi orang putih pelangi adalah lambang kekayaan kerana mereka percaya dikaki pelangi terdapat harta karun.. tapi dari segi saintifiknya, pelangi tak lebih daripada sesaran spektrum cahaya oleh air hujan. begitu lemah nya pelangi sehingga kan jika tiada salah satu fakto tersebut maka tiada lah pelangi..

bagi aku lah, aku tidak perlukan benda yang tidak kekal seperti pelangi, benda yang bergantung kepada faktor lain untuk wujud dan benda yang muncul pada ketika-ketika tertentu.. pelangi itu indah, tapi apalah gunanya jika keindahan nya hanya untuk seketika.. aku perlukan benda yang kekal, benda yang tidak bergantung kepada faktor2 lain, not time-bound, sejujurnya aku perlukan sesuatu yang TIMELESS....

No comments: