apa yang nak dicari

Tuesday, September 27, 2011

Hudud (versi copy paste)

Aku nak ckp pasal hudud nanti orang xlayan plak, biasala manusia, lau orang macam aku, semua xbetul. Even, kalau aku ulang Balik hadis atau ayat quran pun orang still cakap aku buat3.. Haha.. So aku copy paste balik apa yang zul kulim tulis kat blog dia..


Salam 2 all.

Teman melihat kebanyakan yang bercakap tentang isu hudud ni main hentam keromo je, dan lebih teruk mangambil pendekatan politiking kepartian tanpa mengetahui isu ini lebih mendalam. Sebab itu teman mahu memberi komen mengenai realiti untuk melaksanakan hudud di dalam negara kita Malaysia ini.


1. Pertama, kita tidak sepatutnya bercakap hanya mengenai perlaksanaan hudud. Islam adalah addeenul hayyah - jalan kehidupan. Islam ada banyak cabang; antaranya muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam!!!

Sepatutnya kita semua patut bercakap tentang perlaksanaan sistem jinayat Islam, bukan khusus hudud sahaja. Dan sistem ini merangkumi banyak cabang, undang-undangnya, kehakimannya, kepolisiannya, penguatkuasaan dan perlaksanaan hukumannya dan banyak lagi!

2. Kedua, kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau pun Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ia tidak boleh laksanakannya. Oleh itu adalah satu kejahilan yang melampau bagi mereka yang menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana gagal melaksanakan hudud dan lain-lain. Kerajaan Persekutuan tiada bidangkuasa untuk melaksanakannya walaupun jika ia mahu.

Satu isu sampinagn yang teman tertarik nak komen disini ialah mengenai respon Kerajaan negeri dibawah pakatan pembangkang dan pemimpin mereka. Ini termasuk YAB Datuk Seri Azizan yang menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana PAS berkongsi kuasa dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP & PKR. Kerajaan PKR Selangor tolak terus, mereka tegas tidak akan laksanakan hudud. Khalid Samad, Dzulkifly Ahmad dan lain-lain kepimpinan PAS jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP & PKR.

Yang peliknya, kalau kenyataan macam ni dibuat oleh pimpinan UMNO, cepat mereka akan dikapiorkan yop. Sedangkan kenyataan YAB PM & TPM jelas, mereka mengakui hudud (dan lain-lain) adalah hukum ALLAH, cuma belum boleh dilaksanakan kerana realitinya UMNO berkongsi kuasa dengan parti bukan Islam saperti MCA, Gerakan, MIC dan lain dinegeri-negeri yang diperintah UMNO. Jadi apa beza kenyataan YAB PM & TPM dengan kenyataan YAB Datuk Seri Azizan dan lain-lain. Lebih teruk kenyataan YAB MB Selangor yang tolak terus, tetapi kaum Anwarinas dan Koonyet:2 tak pulak menkafirkan mereka!

3. Berbalik kepada isu utama perlaksanaan undang-undang jinayat Islam, perlaksanaan undang-undang jinayat Islam di Kelantan adalah satu perubahan besar kepada sistem undang-undang negeri Kelantan. Persoalannya adakah rakyat Kelantan memang mahu perlaksanaan hudud dan lain-lain ini? Yang pastinya Kerajaan PAS Kelantan tidak ada mandat untuk melakukan perubahan drastik ini. Oleh itu, satu referendum atau pungutan suara perlu dibuat oleh pihak berkuasa, samada melalui pengundian cara pilihanraya menggunakan metode SPR, ataupun menggunakan cara lain. Tapi yang pentingnya, keputusan mesti datang daripada rakyat Kelantan keseluruhannya. Mereka mesti diberi peluang menyatakan pendapat mereka sebelum perubahan drastik dilakukan.

Dan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan. Kerajaan PAS Kelantan wajib mendapatkan pungutan suara dari rakyat Kelantan samada mereka bersetuju atau tidak dengan perlaksanaan hudud. Teman cadangkan soalan referendum itu saperti berikut:

"Adakah anda bersetuju cadangan Kerajaan PAS Kelantan untuk membuang sistem perundangan jenayah sivil dan menggantikannya melaksanakan sistem perundangan jinayat termasuk hudud, qisas & ta'zir menurut syariat Islam".

Dengan cara ini, semua rakyat Kelantan berpeluang menyatakan pendirian, dan jika mandat diberi, barulah Kerajaan PAS Kelantan boleh berlapang dada dan yakin untuk melaksanakannya. Jika rakyat Kelantan menolak, maka sebagai sebuah Kerajaan yang bermaruah dan berprinsip, Kerajaan PAS Kelantan wajib meletakkan jawatan dan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kerana jelas rakyat Kelantan menolak satu perkara fundamental yang dimahukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Cuma satu kelegaan bagi Kerajaan PAS Kelantan, terlepaslah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan daripada tanggungjawab dihadapan ALLAH nanti.

4. Bagi maksud itu, teman cadangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan supaya mengadakan tempoh moratorium dalam beberapa bulan untuk memberikan siri penerangan dan taklimat untuk meyakinkan rakyat Kelantan tentang perlaksanaan undang-undang jinayat Islam ini. Tanpa penerangan yang baik, rakyat Kelantan mungkin tidak akan memahami hasrat dan cadangan Kerajaan PAS Kelantan, dan kebaikan melaksanakan sistem jinayat Islam ini. Dan tanggungjawab memberikan penerangan dan penjelasan ini adalah tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan, bukannya Kerajaan Persekutuan.

5. Diwaktu yang sama, dan berdasarkan andaian rakyat Kelantan menerima cadangan perlaksanaan undang-undang jinayat Islam itu, maka Kerajaan PAS Kelantan bertanggungjawab untuk menyediakan prasarana perlaksanaannya. Ini termasuk mengujudkan pertama badan kehakiman syari'e yang mantap dan berwibawa dalam melaksanakan sisitem ini. Perlu ujud sistem perbicaraan dan rayuan. Maka perlu ada Hakim Syari'e dan Mahkamah Rayuan Syari'e. Begitu juga mesti ada Badan Penasihat Syari'e untuk Tuanku Sultan Kelantan kerana kuasa akhir terletak kepada Baginda Tuanku. Oleh itu Kerajaan PAS Kelantan hendaklah menghantar para hakim dan pegawai kehakiman untuk mempelajari dengan lebih mendalan perlaksanaan sistem ini. Ini termasuk menghantar para hakim dan pegawai kehakiman untuk menjalani latihan amali dinegara-negara yang sudahpun melaksanakan sistem ini saperti di Arab Saudi, Sudan, Pakistan dan lain-lain.

6. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana kepolisian syari'e bagi tujuan penyiasatan dan lain-lain, termasuk penyediaan badan saperti bahagian forensik, kimia, perubatan dan lain-lain. Dalam konteks masakini, Kerajaan PAS Kelantan boleh menggunakan struktur sedia-ada di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kelantan. Bahagian ini boleh diperkembangkan kepada bahagian kepolisian. Malah adalah lebih baik ianya dijadikan satu badan yang bebas dari JAIK supaya terjamin kwibawaannya. Para pegawai dan anggotanya hendaklah dihantar untuk latihan bukan sahaja dalam hal kepolisian, tetapi juga dalam bidang penyiasatan syari'e kerana sudah tentu dengan sistem yang berbeza, pendekatan penyiasatan juga akan berbeza.

7. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana pendakwaan syari'e yang professional dan bersedia untuk melaksanakan sistem baru ini. Sebagaimana dengan prasarana kepolisian, teman cadangkan supaya struktur bahagian pendakwaan JAIK juga dijadikan satu badan bebas supaya terjamin kewibawaannya. Dan para pegawai serta anggota pendakwaan perlu dihantar untuk latihan terutamanya dalam hal-ehwal pendakwaan syari'e, terutaman dinegara yang sudahpun melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ini.

8. Kerajaan PAS Kelantan juga bertanggungjawab menyediakan prasarana perlaksanaan hukuman, saperti Jabatan Penjara Malaysia. Maka Kerajaan PAS Kelantan wajib menyediakan sebuah Jabatan saperti Jabatan Penjara juga dibawah struktur JAIK. Memandangkan perlaksanaan hukuman dibawah sistem jinayat Islam ini sangat berbeza dengan perlaksanaan hukuman didalam sistem sivil, maka prasarananya sudah tentulah berbeza. Samada dari segi pemenjaraan dan pengasingan, sebatan, pemotongan anggota tubuh-badan dan pembunuhan (melalui pancungan) dan lain-lain. Maka perlulah pegawai dan anggota jabatan ini dihantar untuk latihan dinegara yang sudahpun melaksanakannya. Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam kes Kartika berulang; sesudah hukuman sebatan dijatuhkan, tau-tau ianya tidak dapat dilaksanakan kerana bukan sahaja tukang rotan tiada, rotan pun belum siap!

RUMUSAN

Jadi yop, daripada kupasan diatas, jelaslah sebenarnya tanggungjawab kepada perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini terletak kepada bahu Kerajaan PAS Kelantan sendiri, bukannya Kerajaan Persekutuan. Dan daripada kupasan diatas, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini bukan boleh main cakap kososng sahaja, ianya datang dengan tanggungjawab. Dan ia memerlukan masa untuk membuat persediaan yang mencukupi. Cuma persoalan yang kita nak tanya yop, apa Kerajaan PAS Kelantan buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan ni yop?

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan PAS Kelantan juga wajib memastikan kebajikan dan maslahah rakyat dijaga. Prasarana pembangunan, pendidikan, pekerjaan, sistem keluarga dan banyak lagi perlu dipersiapkan. Jangan nanti kita menghukum rakyat dengan rejaman batu sampai mati kerana berzina, tetapi kita pula menyokong dan mendokong pemimpin jenis itu (termasuk yang jantan disapu, yang betina dibalun). Jangan kita memotong tangan rakyat kerana mencuri, tetapi pemimpin yang mengebas (termasuk bini kawan sendiri) terlepas, malah dibela lagi. Jangan kita memancung kepala rakyat yang murtad, tetapi menyokong dan membela pemimpin yang mengamalkan fahaman sesat (saperti pluralisma, syiah dan lain-lain).

Setelah semua prasarana dan sistemnya siap, barulah timbul tanggungjawab Parlimen (bukannya Kerajaan Pusat) untuk membuat beberapa pindaan yang berkaitan saperti yang teman nyatakan dalam artikel semalam (bertajuk "ISLAM BOLEH").

Dan Ahli Parlimen UMNO sahaja tidak cukup untuk membuat pindaan tersebut. Sokongan Ahli Parlimen Islam yang lain termasuk daripada PAS juga wajib diberikan. Persoalannya, bolehkah PAS menjamin kesemua Ahli Parlimennya akan bersetuju? Jelas daripada beberapa kenyataan Ahli Parlimen PAS (terutama daripada kaum Anwarinas) bahawa mereka akan merujuk dan mendapatkan persetujuan parti cauvinis dan rasis biaDAP dan PKR dahulu sebelum berbuat apa-apa. Dan kita semua tahu pendirian biaDAP tidak akan menyokong, malah kena langkah mayat dema dulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam. Dan ada Ahli Parlimen PAS yang sanggup mati untuk sikafir harbi ini!!!

Jadi kepimpinan PAS perlu duduk berbincang dengan kepimpinan UMNO untuk memberi jaminan yang kesemua Ahli Parlimen PAS akan memberi sokongan 100% kepada sebarang cadangan unjtuk pemindaan Perlembagaan Persekutuan itu. Pendekkata, gunakanlah peluang isu hudud ini sebagai alaan untuk UMNO-PAS duduk bersama; dan insyallah jika masing-masing ikhlas melakukannya demi kerana ALLAH dan Islam, insyallah ALLAH akan membantu - "intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - jika kamu menolong agama ALLAH, pasti ALLAH akan menolong kamu".

Inilah realiti perlaksanaan sistem jinayat Islam termasuk hudud didalam negara ini. Inilah realiti kehidupan kita masakini. Namun apapun, kita setiap umat Islam wajib berusaha untuk menubuhkan sebuah Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan syariat Islam didalam negara ini, dan di seantero dunia! Dan teman tetap dengan pendirian yang sama, sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam tetap menjadi intipati perjuangan teman insyallah.

Dan setelah semua itu selesai, mungkin Kerajaan PAS Kelantan boleh menimbang untuk melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman jinayat Islam ini dalam aduan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful, dan aduan kes videoklip China-DOLL oleh Datuk Eskay, dan tak lupa kes fahaman pluralisma Anwar Ibrahim. Ini baru dikatakan ikhlas dan tegas, saperti sabda Nabi saw, "jika Fatimah yang mencuri, demi ALLAH akan kupotong tangannya!!!".

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Syawal 1432
26 Sept 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 26, 2011

It's not over......yet

You think its over and I'm satisfied? You terribly wrong.. Its far from over. In fact, it just a beginning.. Next stop. His family. See they can accept you or not. Then your family.. We see how long you can hide inside your hypocrisy hijab... We'll see....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 19, 2011

tujuh puluh lima juta

RM 75,000,000 harga cincin dan bangle wanita kebanggaan Pro-Kerajaan Malaysia. xkisah la duit dia menabung ke, duit dari langit ke, yang aku tahu aku xnak buat fitnah sebab SPRM belum nak siasat lagi,(tgu orang lain jadi PM baru kena siasat tu) cuba kita kira apa yang boleh dibeli dengan duit banyak tu...

1) setiap rakyat malaysia dapat RM3 seorang
2) dapat beli 1000 biji keta sedan

3) 5000 orang yang xmampu boleh gi haji ngn selesa
4) 7 buah sekolah serba lengkap boleh dibina
5)1500 biji rumah PRT
6) 15000 biji komputer sederhana power untuk student
7) 30,000 tan beras
8) 41 juta liter petrol ron 95
9) bayar gaji aku satu kurun
10) biasiswa utk 3750 student
11) bole beli ashley young
12) sebiji stadium bolasepak yang OK
13) baik pulih hospital2 kerajaan yang daif
15) dan sebagainya....................


Tuesday, July 12, 2011

Thank You Najwa Latiff




Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
 
cinta muka buku, cinta aku dan dia.... waaahhhhaaaa

Tuesday, July 5, 2011

Penyokong no 1 dan BERSIH

Haha.. Kecoh lagi budak2 negeri aku bila politik masuk cmpur hal bukan politik.. Mula2 pasal penyokong no1 TRW. Sebab nuar musa ckp najib tu penyokong no1.. Kecoh la dorang ni sebab najib tu orang pahang, pasukan yang memberi saingan hebat untuk menerajui takhta tercorot liga. Pasal penyokong no1 ni, semua orang boleh claim mereka tu penyokong no1. Bergantung pada apa yang mereka buat. Bagi aku, 1.5 Juta rakyat kelantan tu, semua penyokong no1 TRW. Xsemestinya pg stadium, TRW xder penyokong no2 atau 3 atau ke 12 seperti posisi pasukan pahang dalam liga tu.. Semua no1.. Sebab tu pasukan TRW ni mantap. Bygkan 1.5 Juta No1..

Pastu, Kecoh lagi bila najib janji nak bagi stadium baru kalau BN menang di kelantan.. Pastu pakat2 buat page atau status seperti "kami tidak rela gadaikan negeri kami demi sebuah stadium"... Sapa suruh ko gadaikan.. Kalau ko bijak. Mintak macam2 dulu, bg dorang menang, suruh dorang buat cepat2, next term sokong balik parti korang tu.. Hahaha... Bukan lama pun, 5tahun je tu.. Heeeeee......

Then pasal BERSIH. BERSIH tu memang bersih pada mulanya, macam kain yang bersih. Tp bila politician masuk cmpur. Sama la dia macam kain bersih kena taik.. Masih bersih ke? Kalau nak jadi BERSIH balik, kena cuci la dulu taik2 dia tu.. Apa2 benda bila dah dicampur politik, akan jadi kotor, sebab politik tu kotor. Xcaya. Cuba ko p basuh taik anjing guna clorox, bersih x taik tu..

Pastu geng bengong satu lagi plak sibuk ngn patriot dia.. Bodo nak mampus. Satu dah bodoh, yang melawan pun bodoh. Makin sesak la nanti kalau semua orang nak buat demo. Cam haram... Apa2 perhimpunan kalau bukan memuji Tuhan, kalau ada perasaan benci pada sesuatu, akan timbulkan tenaga negatif. Dan bila ada pencetus, masalah akan berlaku.. You should learn what is mob phycology my fren.. Learn...

Secara kesimpulan, "politik ibarat taik yang mencemarkan atau menajiskan segala yang disentuh nya" adios.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 3, 2011

Brasil 2014 London 2012

Post ini ditulis semasa penulis menonton perlawanan malaysia vs taiwan di tv




Pergh, hebat team malaysia sekarang, setelah lama team bola kita main macam harimau tua yang tunggu masa nak mampus, sekarang kita dah betul2 main macam harimau yang lapar.. Tp bukan nak perkecilkan team negara sendiri, tp bg aku la, impian ke brazil tu terlalu besar. Terlalu tinggi utk digapai. Munfkin kita bole melayakkan diri ke pusingan kelayakn terakhir, tapi utk layak ke brazil macam mustahil..

Kita masih kekurangn pemain midfield yang power. Pemain yang boleh control game, dan pemain defensif midfield yang bole membaca dan mematikan game pihak lawan. Dalam bolasepak moden, kedua-dua posisi ini sangat lah penting untuk sesebuah pasukan. Kita tengok barca, chelsea, jerman, netherland, spain, semua mempunyai pemain2 diposisi ini yang hebat. Jepun dan korea pun sama..sebab tu la aku ckp pluang ke brasil agak tipis.. Huhu

Satu lagi, pasal orang dok bising2 tv kerajaan (TV1, TV2) tak tayang bola live. Weiii... Korang tahu tak apa maksud hak ekslusif? Astro dah beli hak siaran tu. Mana boleh orang lain suka2 hati nak siar. Memang budaya cetak rompak, free download xhabis2 kat malaysia ni.. Benda ni boleh la korang ibaratkan seperti orang tiba2 datang nak mintak beromen ngn bini korang? Boleh? Tentu la xboleh kan.. Haha... Bongok tak abis2....

Last skali, aku harap malaysia boleh pergi jauh, defy all odds. Biar zaman kehebatan dulu berulang semula.. Aummmmmmmmmmmmmmm



(Mode happy dilayan seperti putera setelah bertahun dilayan seperti sampah)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 22, 2011

Friendship day...

Kawan...

Seseorang yang pernah mengorban walau sedikit masa, harta, atau tenaga untuk aku..

Seseorang yang pernah meminjamkan telinga untuk aku berbicara, walau seketika cuma.

Seseorang yang membuatkan ku ketawa, ketika aku dilanda murung..

Seseorang yang turut sama menangis ketika aku menangis, dan gembira ketika aku gembira

Seseorang yang pernah membetulkan kesilapan aku, menegur perilaku aku, dan mengajar aku..

Seseorang yang mampu bersabar dengan karenah aku..

Seseorang yang mampu menahan amarah aku, mampu menyejuk kan panas di hati aku..


Ya.. Kamu semua adalah kawan terbaik pernah aku ada, thanks for being my friend.. Happy friendship day.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 19, 2011

Kisah disebalik Nama

Sepanjang 25 tahun aku idup, bermacam2 nama dan gelaran aku dapat. Dari la pangilan di kalangan family, kazen2, kawan2 kampung, kawan2 skolah, dan kawan2 U.. Antaranya..

1. Mat yuh / abe yuh

Nama ni dipanggil oleh family aku, dan juga oleh kazen2 terdekat. Dari kecik lagi aku dipanggil ngn nama ni, sebab aku tersangat kurus time kecik dulu, macam xcukup zat, and nama tu terus melekat smpai sekarang walaupun dah chubby skang ni (xnak mengaku gemuk tu)

2. Mat aje

Ni panggilan budak sekampung, ngn budak2 SRKB n SMKAT n SMKB dan juga beberapa orang budak UNIMAS jaja ngn zain terutamanya. ni simple je, di derive dari nama aku Azam. So jadi aje. Mat kat depan tu memang dah kebiasaan utk budak lelaki kat kelantan

3. Param

Nama ni bertahan 3hari je, aku cukup xsuka ngn nama ni. Ni Azmi yang start panggil aku nama ni. Time kat MCKK. Punca dia aku salah sebut gelaran warden kat situ. Kat situ warden dipanggil Rampa. So bila dorang bising2 "rampa datang2 rampa datang, cepat tidur" aku pun pelik la, so aku tanya, "param tu saper?" Terus la kena panggil ngn nama tu. Siol je..

4. Bachok

Nama ni panggilan time kat MCKK ngn KMPP. Nama ni aku dapat sebab aku asal dari bachok, dan disebab kan dorang xnak ada 2orang guna nama yang sama. Disebabkan dah ada azam yang lain kat situ, n aku xnak guna nama param, terpaksa la terima nama ni..

5. Azam

Nama betul aku ni, kat UNIMAS baru dipakai, belum sempat aku ckp nama panggilan aku Bachok, dorang dah panggil ngn nama ni dah. So biar je la. Kat MMHE ngn LSE pun orang panggil nama ni gak..

6. Ajay

Ni panggilan kawan2 rapat aku kat UNIMAS. Antaranya adam, frank, alex, boy, min, amy, zamer, med, JJ dan sebagainya. Ni pun di derive dari nama aku Azam tu..

7. Ajai

Kat UNIMAS, Ni panggilan dari adam ngn mimit. Xtahu la kenapa dorang panggil nama ni.

8. AJ, J

UNIMAS, Panggilan dari Iwan ngn azkarmin. Mungkin nak pendekkan nama aku kot. Yang AJ tu dipanggil oleh Yun and the gang, termasukla si naura ngn anchu..

9. Aze

Kak long aku yang panggil nama ni, termasuk la beberapa orang sedara mara aku, ni pun di derive dari nama Azam tu..

10. Ben

Nama kat jersi aku, nama ni time main dota.. Hahaha sebelum tukar pada mawar.. Hahaha

11. Micheal

----------------------------

Ok itu nama panggilan skarang ni gelaran lak.

1. Puyuh

Ni time kecik2.. Sbb dorang panggil aku mat yuh kan, so disama kan dengan perkataan puyuh.. Cess...

2. Gebeng

Ni sebab telinga aku besar. Time kat SMKAT la budak2 gelar aku macam ni..
3. Bad boy

Ni si zaneq ngn azmi yang mulakan time kat MCKK, sebab aku salu bergaduh ngn cikgu. Cikgu math ngn cikgu BI.. Smp 2-2 kelas aku kena halau...

4. Muk

--------------------------- di panggil sebab aku gemuk..

5. Ustaz

Ni kat LSE ni, aduhh. Xsanggup aku kena panggil camni, budak2 procurement la yang stat ni. Sebab nya aku salu bagi ceramah keagamaan n aku main bola pakai tracksuit. Xpakai short.. Malu gak aku ngn pamggilan ni.. Huhu...

Punya la byk nama aku ni kan.. Hahaha... Chow...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 18, 2011

Hari Bapa

Selamat hari bapa kepada semua bapa2 kat dunia ni.. Especially pada papa aku. Hj Awang bin Awang Mat. You're the best dad ever.. Dan juga kepada bakal2 bapa, especially kepada Rosmezee awang deris, ngn Syithzain Adam. Tahniah, n aku percaya korang boleh jadi bapak yang terbaikkkk punya... Sempena Hari Bapa ni, aku telah mengazamkan pada diri aku sendiri, utk jadi Bapak yang paling baik dalam dunia, biar anak aku bangga dan dengan bongkak nya cakap kat member dia, " my dad is better than your dad". Hhaha.. Bye adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 14, 2011

Bapak punya Mahal...

1) Matsutake Mushroom $2000/kilo

Cendawan matsutake ini sangat mahal kerana ia jarang didapati dan biasanya diperoleh dalam musim luruh di Jepun. Antara sebab lain yang menjadikannya mahal adalah kerana petani masih belum berjaya menemukan cara untuk membiakkan cendawan ini secara komersial. Selain itu, ancaman pokok yang membantu cendawan ini membiak juga terus memastikan cendawan ini sangat-sangat jarang ditemui.




2) Italian White Alba Truffle $160,406/kilo

Italian White Alba adalah jenis truffle yang paling mahal didunia. Truffle adalah tumbuhan fungi yang tumbuh di bawah tanah dan sangat sukar dikesan. Selain itu, truffle jenis ini sangat mahal kerana aroma dan rasanya yang sangat menakjubkan. Truffle yang paling berat didunia seberat 1.51kg ini dikhabarkan dibeli oleh seorang usahawan hartanah Hong Kong dan truffle ini telah direkodkan di dalam Guinness World Book of Record.



3) Kobe Beef $770/kilo

Juga dikenali sebagai "Marble Beef" kerana struktur daging nya, Kobe Beef diambil daripada jenis lembu Wagyu dalam keluarga lembu Tajima-ushi yang berwarna hitam. Lembu ini dibesarkan dalam persekitaran yang sangat ketat dimana hanya rumput terpilih yang diberikan tanpa bahan kima sintetik. Koba beef popular kerana rasanya, kelembutannya disamping rasa manis lemaknya yang mempunyai tekstur halus seperti marmar.



4) The Zillion Dollar Fritatta $1000

Telur ni dihasilkan oleh restoran Le Parker Meridien yang mengandungi campuran telur, lobster dan 10 ounces kaviar jenis sevruga. Antara sebab utama telur ini mahal adalah kerana kos sevruga caviar yang berharga $650 untuk 10 ounces.



5) Grand Opulence Sundae $1000

Grand Opulence Sundae adalah nama yang diberikan untuk ais krim paling mahal di dunia. Ais krim ini dihasilkan bersempena menyambut ulangtahun ke-50 restoran Manhattan Serendipity 3. Ais krim ini mengandungi 5 scoops vanilla bean Tahitian yang terbaik didunia dicampur dengan Madagscar vanilla dan juga golden leaf yang bleh dimakan. Ais krim ini di limpahi dengan coklat paling mahal di dunia, Amedei Porceleana disamping dan di tutupi coklat unik Chuao Chocolate di atasnya.

Ais krim ini dihidangkan dalam cawan goblet emas bersama dengan sudu 18 karat emas dan diatasnya sugar flower yang dihasilkan oleh Ron Ben-Israel.



6) Almas White Caviar $25,000/kilo

Antara beberapa jenis kaviar di dunia, Almas White Caviar adalah yang termahal. Almas yang diambil daripada perkataan Russia yang bermaksud ‘diamond’ yang merupakan satu jenis makanan yang sangat mahal kerana kaviar diperoleh daripada satu jenis ikan lautan yang sangat jarang ditemui. Ikan tersebut adalah ikan yang berusia 100 tahun jenis albino Sturgeon. Sebagai panduan asas, semakin putih telur ikan (caviar) tersebut, semakin tua ikan tersebut dan semakin tinggi kualitinya.



7) Samundari Khazanah $2000

Samundari Khazanah adalah kari yang paling mahal di dunia. Ia dihasilkan oleh Restoran Bombay Brassiere di London bersempena meraikan kejayaan filem ‘Slumdog Millionare’. Kari ini mengandungi bahan-bahan asas termahal dunia termasuklah lobster, Devon Crab, White Caviar, 4 abalons, 4 quill eggs, dan juga golden leaf diatasnya.



Friday, May 20, 2011

Naik Minyak!!!!!!!

seringkali aku terfikir, mahal ke harga minyak kita? aku sering terbca yang kalau dicompare ngn harga minyak kat negara lain, minyak kita ni mahal, tapi betul ke? pastu aku try la buat comparison sendiri, buat analysis, berdasarkan jumlah pengeluaran minyak, jumlah penggunaan minyak dan harga minyak.. aku punya cara ialah, yang paling bagus ialah negara yang (keluarkan paling sikit minyak, guna paling banyak minya, tapi harga paling rendah) korang boleh tgk sendiri ni. kalau rasa macam xberapa nak nampak tu, rasa-rasa kalau korang klik gambar dia jadi besar kot..

xlah mahal sangat minyak kita bila dibanding ngn negara lain.. ini pendapat aku jela, kalau korang xpuas ati analysis la sendiri.. chow...
(kajian berdasarkan jenis minyak yang serupa iaitu octane 95)
 

Tuesday, May 17, 2011

Bosan Tahap Gaban

Bosan ke jadi gaban?? Btw, bagi budak2 yang baru nak up tu, gaban ialah seorang superhero dari jepun yang menjadi idola budak2 yang lahir pada tahun 80an... Ok, sambung balik, bosan ke jadi gaban?

Macam best je sebenarnya jadi gaban, ada supercar yang best, dan ada superbike yang macam best. Pastu, keter ngn motor dia ni siap boleh gerak sendiri lak tu. Boleh main paggil2 camtu jek...

Pastu lak, sebagai superhero atau dalam bahasa melayu nya adiwira(bapak xbest langsung), si gaban ni mestilah kena selamatkan orang2 yang kena kacau ngn raksase. Best tu lawan2 ngn raksase, especially kalau orang yang kena kacau tu adalah awek cun, makin la bersemangat berlawan sambil kontrol macho di sebalik topeng. Pastu buat2 sakit biar awek tu terharu, haaaa.. Xbest ke macam tu.. Pastu dengan suara macho (kontrol) cakap "xperlu berterima kasih, ini memang tugas saya".. Perghhhh..... Kompom awek tu akan wonder siapa mamat disebalik topeng tu..

So sebagai penutup aku nak tanya sekali lagi.. Bosan ke jadi gaban????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 9, 2011

SemBilaN beLas

"in 94, you told us to come back when we have 18 titles, now we sat on your perch and within one week time will kick your ass out of this perch"

kata-kata penyokong M.U semalam, sebelum tu, aku nak gelak puas2 dulu.. whahahaahahahahaha.... gelaran ke 19 belas bakal dimiliki dalam masa seminggu.. wait seminit...... korang masi berbangga ngn 5kali european cup korang tu, xpe, hujung bulan ni insyaAllah, gelaran ke4 kami ambil dan mungkin tahun depan, gelaran ke5.. hahahaha....

fan-fan liverpool semua, tolong la jangan jadi loserfool yang xbole nak menerima hakikat.. the best team in english footbal now is us.. lagipun korang xpernah menang premier league pun, menang division 1 je... mungkin la, mungkin (xjanji tau) tahun depan korang boleh fight untuk main champion league. suarez dah ada, carroll ada, reina stay,, agak mantap tu.. cuba lagi ye....

tengok macam fan2 kesian gooners tu.. rilek je dorang ni, dari 5tahun lepas lagi dok ulang ayat tahun depan kita menang, team ni muda lagi ni, bakal jadi power.. dah2 la mangkuk2 meriam yang xder peluru... dah basi dah ayat tu, kepten kesayangan korang pun dah xtahan dah nak blah. nak main ngn geng theater dari catalan lak, baru ada can menang piala xpun ada can dapat masuk cinema.

tapi dalam ramai2 aku respek fan geng biru dari london la, dah la mampu bagi fight, pastu ngn gentleman nya terima kekalahan.. biasa la bagi team yang power, terima kalah menang dengan hati terbuka.. buka macam team lain, xkuat pun tapi menyalak jer lebih.. hahahahaha....

kepada team jiran tetangga, semoga anda menang FA cup, pastu welcome to champions league football.. bagus gak bila ada 2 team tetangga yang power ni.. hahahaha...

aku pun dah malas nak cakap byk, tgu dapat piala je ni.. hahaha... sekian Glory Glory Manchester United dan Gomo Kelate Gomo... salam perpaduan sepanjang zaman....................

Sunday, May 8, 2011

999

 aku: hello 999

999: ye ini 999, ada apa-apa yang boleh kami bantu?

aku: saya ingin melaporkan sebuah kecurian

999: encik jangan bersedih ye, banyak kan bersabar, boleh kami tahu apa yang telah dicuri dan lokasi kecurian?

aku: eh, tak lah, saya xsedih pun, malah saya sangat gembira sebenarnya

999: kenapa macam tu plak encik?

aku: sebab hati saya telah dicuri......... saya suka.....

lalu terdengar bunyi sumpah seranah sebelum talian dimatikan.....

Wednesday, April 27, 2011

Terima Kasih Mama

Sebelum kita lahir,
Ibu sudah menanggung rasa,
Pening-pening, mual-mual,
Menanggung berat kita
Didalam rahim mereka.


Saat kita dilahirkan
Ibu bertarung nyawa
Memilih nyawa kita
dari nyawa mereka
Semua sakit dan penat
Hilang bila kita melihat dunia


Semasa kita membesar
Ibu mengajar kita berjalan
Berlari dan bercakap
Menjaga keperluan kita
Lebih dari keperluan sendiri


Bila kita pandai berkata-kata
Ibu tanpa jemu mendengar
Menjawab pertanyaan kita tentang dunia
Mengajar kita mengenal ciptaan Tuhan


Bila kita bersekolah
Ibu membangukan kita
Memanaskan air mandi kita
Menyiapkan kita untuk menimba ilmu


Ibu, tanpa kenal erti jemu dan bosan
Memenuhi setiap keperluan kita
Selagi mereka termampu


Bila kita sakit,
Ibu sentiasa di sisi kita
Menjaga kita tanpa menghiraukan kesihatan sendiri
Kalau boleh, biar mereka yang sakit
Asal kita sihat dan ketawa..


Kesusahan sendiri disorokan
Agar kita tidak risau
Dan sentiasa bahagia


Tapi apabila kita dewasa
Berkerjaya dan berkeluarga
Adakah kita ingat akan mereka
Mereka yang tidak pernah mengharap balasan
Dari kita anak-anak mereka.


Terima kasih mama kerana melahirkan saya... I love you evey single time..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LeLaKi dAn WanItA

Selalu juga aku terbaca di emel2 foward atau di laman-laman sosial tentang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Dan kebanyakan wanita suka mengepost benda2 ni di page2 atau di blog2 mereka.

Yang salu nya, mereka inginkan lelaki yang sempurna, macam kuat agama (macam ustaz), hensem, byk duit, salunya mereka letak agama je tapi dalam hati kompom ada yang lagi dua tu. Even pelacur pun begitu jugak. Mengimpikan lelaki-lelaki yang sempurna.

Maka si lelaki-lelaki ni pun berebut-rebut la menunjuk yang dorang kuat agama demi menarik hati si wanita. Hilang sudah keikhlasan di situ.

Tapi bila di tanya pada lelaki, wanita bagaimana pilihan mereka, jawapan mereka juga lebih kurang sama, even ustaz pun akan bagi jawapan yang sama, wanita yang setia dan mereka layak untuk nya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DuniA

wahai orang yang bersuka-suka dengan dunia dan gemerlapannya
dan kedua matanya tidak pernah tidur
nafsumu memburu apa yang tidak kau temu
saat kau menemui Allah kau akan berkata, "apa ini?"

kucela dunia kerana
mengankat orang bodoh dan merendahkan orang mulia
dia berkata " orang bodoh itu anakku" maka ku angkat
sedang ahli taqwa adalah anak tiriku

ingat dunia itu fitnah bagi seseorang
tiap saat dia pergi dan datang
jika pergi sabarlah dan jika datang bersyukurlah...


(dipetik dari Mukashafah Al Qulub)

Monday, April 25, 2011

copy paste

Orang yang jahat dalaman lebih teruk dari orang yang jahat luaran.. Kerana dia akan tikam kita dari belakang dan musnahkan kita tanpa kita sedar sebab dia sentiasa berpura-pura jadi seorang yang paling baik di hadapan kita.. Berhati-hati lah dengan manusia seperti ini.. (ohtidak, 2011)

Tuesday, April 19, 2011

bantu membantu amalan kita

selama engkau mampu jangan engkau putus
berbuat baik pada orang yang terus
ingatlah keutamaan perbuatan Allah
jadikan keperluan orang padamu
bukan keperluanmu pada orang

penuhilah keperluannya jika kau mampu
jadilah kau saudara mereka
sungguh baik hari muda
hari dimana keperluannya terkabulkan

(dipetik dari mukashafah al qulub)

Monday, April 18, 2011

qanaah

Qanaah memberikanku pangkat kemuliaan
kekayaan apakah yang lebih memuliakan daripadanya
mulanya ia bagimu sebagai modal
selanjutnya bermuara dalam taqwa
kau akan beruntung tanpa memerlukan teman
nikmat di syurga sebab sabar sebentar saja

tundukkan nafsu dengan apa adanya
jika tidak dia akan menuntut yang selebihnya
umurmu akan panjang disana
selama masih kuat bertahan

jika rezekimu masih jauh juga
sabar dan terimalah apa yang ada
tidak perlu kau payah memburunya
jika memang kebahagianmu tentu akan datang juga

jika cita-cita mu menghauskan mu
cukuplah qanaah yang mengenyangkan mu
jadilah lelaki yang kakinya ditanah
tapi cita-citanya setinggi langit

wahai pemburu rezeki yang masaih jauh
percuma saja engkau lelah
yang kuat kadang tidak dapat apa-apa
sedang lalat yang lemah dapat banyak juga....


dipetik dari "Mukashafah Al Qulub"

this is how it should be done



musical comedy, musical theater or musical drama..

but definitely not in friendship...

Sunday, April 17, 2011

Garisan perak...

Bagai di dalam kegelapan malam
Melindung segala yang terpendam
Setiap rahsia dan kisah hitam
Menjadi igauan dari masa silam...


Waiting for a silver lining
Just a slim line, not a lightning
Liltle light, not to show everything
Just to know where I'm going...


Setiap detik, masa dan ketika
Mencari erti sebenar sebuah cerita
Kisah kehidupan bersepuh duka
Dan juga tangisan penghilang lara


God, show me the silver lining
Let me now where I'm going
This darkness make me suffocating
Is there any air so I'm not dying...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 14, 2011

moral dan cinta tidak seiring....

tiada morality dalam percintaan
seperti pembunuhan pertama dalam sejarah manusia
qabil membunuh habil kerana cinta Iklimiaya’

Wednesday, April 13, 2011

DalAm K0tAk......

hidup ini terlalu besar dan luas jika mahu dimuatkan didalam satu kotak.
tapi, terlalu ramai yang menyempitkan hidup mereka
didalam satu kotak yang kecil seperti iklan milo fuzz di kaca televisyen,
terlalu sempit sehingga hampir memecahkan kotak tersebut.

kerana itu lah, terciptanya ungkapan, "live outside the box",
bermaksud hidup diluar kotak dan bukan hanya tertumpu didalam kotak,
seperti katak yang menyangka dunia hanya di bawah tempurung
sehinggalah kaki-kaki nakal menyepak tempurung tersebut
barulah ia sedar yang dunia ini lebih luas,
itupun kalau kaki-kaki nakal itu membiarkan ia melompat bebas.

tapi, masih terdapat kotak dalam kenyataan tersebut,
kotak yang membataskan setiap perlakuan dan perkataan,
adakah perlu kita menghancurkan kotak tersebut
lalu bebas bergerak seperti burung-burung yang terbang tanpa pemangsa
atau tangan-tangan nakal yang sedia melastik bila berkesempatan

atau kita perlu membiarkan kotak itu wujud
kotak yang menyimpan sedikit sebanyak maklumat diri kita yang asal
agar kita dapat kembali bila hidup kita sudah terlalu bebas
agar kita dapat mengenal kembali siapa kita yang sebenar....


adios.......

past and present.......

past favorite........

initially....

"I lifted her head, she looked at me and said, "Hold me darling, just a little while", I held her close, I kissed her our last kiss, I found the love that I knew I had missed, Well now she's gone
Even though I hold her tight, I lost my love, my life, that night
"

"Sedangkan kau yang ku sayang, Telah pergi dari ku, Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang"

"And I know you're your shining down on me from heaven, Like so many friends we've lost along the way. And I know eventually we'll be together,One sweet day.." 

after that....

"Indah sinar sang suria, Merdu irama sang bayu, Tiada seindah wajahmu, Tiada semerdu suara mu"

"Lying close to you feeling your heart beating, And I'm wondering what you're dreaming, Wondering if it's me you're seeing, Then I kiss your eyes, And thank God we're together, I just want to stay with you in this moment forever, Forever and ever"

"Cinta antara kita, tiada penghalangnya, walau akhir usia, ku menyinta dirimu, ku hanya menunggu mu, menyata kau cintaku, ku kan berjanji, menyintamu syg…."

and then.....

"Cerita cinta anak remaja, Menggauli kidung kasih, Punahkah takut di hati, Terkutuklah bila kita berpisah, Selamanya harus bersama , Buktikan kita bahagia"

"Hati ini selalu memanggil namamu, Dengarlah melatiku, Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku, Takkan pernah ada yang lain"

"And we have gone through good and bad times. But your unconditional love was always on my mind. You've been there from the start for me. And your love's always been true as can be. I give my heart to you. I give my heart, cause nothing can compare in this world to you."


and now, present favorite.....

I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you
And I will never find another lover more precious than you,
More precious than you
Girl you are close to me you're like my mother,
Close to me you're like my father,
Close to me you're like my sister,
Close to me you're like my brother
You are the only one my everything and
For you this song I sing

And all my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too
I said you're all that I'm thinking of

Baby, baby,
Said, I promise to never fall in love with a stranger,
You're all I'm thinking of,
I praise the Lord above,
For sending me your love,
I cherish every hug,
I really love you

And all my life, baby, baby, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do, love me

You're all that I ever known, when you smile,
On my face, all I see is a glow.
You turned my life around,
You picked me up when I was down,
You're all that I ever know,
When you smile my face glows,
You picked me up when I was down
You're all that I ever known,
When you smile my face glows,
You picked me up when I was down

And I hope that you feel the same way too,
Yes I pray that you do love me too
All my life, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too

Tuesday, April 12, 2011

save the big school


sedih bila terbaca berita di nst online ni, big school yang menjadi rumah kediaman selama 2tahun (setahun di east wing, setahun di dorm10) telah menjadi makanan anai-anai. yup, anai-anai.. bangunan yang megah berdiri selama 100 tahun ini hampir rebah menyembah bumi disebabkan makhluk yang lemah ini. seperti simbolik kepada ikatan kita as a oldboys yang semakin lemah disebabkan isu-isu yang remeh seperti fahaman politik.

oldboys, common la, struktur yang kita bangga-bangga kan selama ni semakin lemah. dah la akademik makin lemah, team rugby pun dah jadi team belasahan, bangunan bigschool ni pun dah makin nak runtuh. you guys semua dah jadi muka-muka penting kat malaysia ni, save the school man, berapa sangat la bajet yang diperlukan utk repair ni semua jika dibandingkan dengan apa yang kita belajar disana..

pihak pengurusan kolej, kenapa xalert ngn benda ni? oldboys tahu pun bila dah masuk paper. xkan xperasan kot bangunan macam dah nak runtuh. tp boleh plak kosongkan dorm..
 
apa-apa pun, semua yang termampu harus dibuat untuk menyelamatkan warisan kita ni, SAVE THE BIG SCHOOL...

Wednesday, April 6, 2011

Polo??

Terlihat iklan polo lalu teringat satu ungkapan.. "Folksbagen"... Dengan B tu dijelaskan.. "Folksbagen".. Huhu.. Hanya mampu tersenyum..:
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 22, 2011

We are monsters?

Mereka bicarakan Al-Quran selama lapan minit. Memutuskan yang Al-Quran bersalah kerana menyebabkan keganasan, dan menjatuhkan hukuman bakar kepada Al-Quran. Siapa yang salah? Mereka kerana membakar Quran atau kita yang tidak menghayati isi kandung Al-Quran?


Realitinya, mereka sebenarnya salah faham kepada ummat Islam sekarang, mereka tersalah anggap yang kesemua ummat Islam berpegang teguh kepada Quran. Jadi tanpa memahami isi kandungan Quran, mereka mengadili Quran berdasarkan kelakuan Ummat Islam pada zaman sekarang..


Adakah kita raksasa? Cuba kita jawab soalan itu, adakah kita manusia atau raksasa/binatang? Cuba kita lihat, masalah buang bayi, paling ramai adalah dari kalangan muslim, jadi adakah kita manusia atau binatang??


Perihal membuat tembok dan menindas saudara seagama di palestine, sama seperti membantu Israel menyembelih rakyat palestine, adakah mereka ini manusia atau binatang??


Suicide bomber yang bukan setakat membunuh tentera-tentera kafir, malah membunuh saudara seagama di pasar2, adakah mereka manusia atau binatang??


Itu sekadar sedikit contoh untuk kita semua, kita terlalu cepat melenting bila kita merasakan maruah kita diperkotak katik kan. Tapi adakah kita sedar yang semua ini terjadi atas kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Mungkin juga perkara ini sebagai satu wake-up call untuk kita semua.


Sedarlah wahai muslim yang maruah kamu semua diperlakukan seperti daging busuk kerana kamu sendiri yang tidak menjaganya. Jangan la bersifat seperti seorang pelacur yang mengamuk bila dicela kerana pekerjaan nya itu.... W'salam

p/s.. kagum dengan keyataan seseorang yang sekarang ada teknologi canggih untuk membuat watak video sama seperti seseorang.. habis la pelakon2 semua, xleh cari makan la pasni.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

COD

cerita dari 2 teman,
cerita yang berbeza,
buat aku terfikir,
kadang-kadang Tuhan bayar Cash
atas kebaikan dan kesalahan kita di Dunia
Allahuakhbar....

Monday, March 21, 2011

Layak kah engkau menjadi bidadari syurga?

Jawapan nya tidak, kerana kamu sudah dilahirkan sebagai manusia. Kamu layak dan berpeluang menjadi wanita ahli syurga (semuanya ketentuan Allah) tapi tidak sebagai bidadari syurga. Wallahua'lam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 19, 2011

Apa special nya mereka?

Salam cik blog, kali ni aku nak bercerita pasal pompuan lagi, terlebih dahulu aku nak minta maaf kalau-kalau ada yang offended dengan apa yang aku tulis ini.

Terdapat sesetengah golongan perempuan yang memakai tudung labuh, (bulat dan labuh, ala yang common tu la) tapi aku tertanya-tanya, apa kelebihan mereka memakai tudung yang sebegitu? Adakah berbeza dengan tudung biasa, (bawal, tudung yang ada topi tu ke) yang dipakai labuh menutup dada? Adakah pahala mereka lebih jika memakai tudung labuh itu? Dari apa yang aku tahu, tidak...

Setahu aku dan dari apa yang aku baca, Nabi ada menyuruh kaum perempuan melabuhkan hijab mereka, tapi tidak dinyatakan itu adalah tudung labuh, means kalau pakai tudung lain tapi mengikut syara' adalah sama. Lagi satu, tudung labuh juga bukan sunnah kerana sunnah adalah perbuatan Nabi.

Jadi, dimana keistimewaan mereka? Yang menjadi punca persoalan ini adalah, sesetengah perempuan yang memakai tudung labuh ini merasakan mereka sempurna dan kuat agama mereka, Astaghfirullah, siapa mereka untuk menyatakan yang mereka kuat agama, sehingga kan mereka memandang jijik atau tidak berkawan dengan yang lain. Tambah-tambah lagi dengan perempuan yang tidak bertudung.

Terdapat juga perempuan yang memakai tudung labuh tetapi di hati masih ada sifat menunjuk-nunjuk yang konon nya mereka lebih dari perempuan lain? Apa yang lebihnya? Sedarkah mereka yang menunjuk-nunjuk itu mendatang kan dosa? Jika mereka bertudung labuh, tapi masih tidak dapat menutup kelakuan mereka yang suka mengumpat, mengata, dan sebagainya, apa lah guna nya tudung labuh mereka itu?

Wahai wanita, keimanan bukan dikira dari jenis tudung yang kamu pakai, keimanan itu dikira dari setinggi mana ketaatan kamu pada perintah Allah. Jika tudung kamu itu sudah mengikut syara' yang ditetapkan, bergembiralah kamu. Ingat lah, Islam ini mudah, jika kamu mahu memakai tudung yang fancy, ( bukan untuk menunjuk, lumrah wanita sukakan benda yang cantik ) pakailah jika tudung tersebut, memenuhi syara'. Tapi seeloknya, tanya lah suami mu dahulu. Wahai wanita, sedar lah, hati yang mulia itu lebih baik dari tudung labuh yang menutup keseluruhan fizikal.
Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 18, 2011

lain kali jangan tido...

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.