apa yang nak dicari

Tuesday, March 22, 2011

We are monsters?

Mereka bicarakan Al-Quran selama lapan minit. Memutuskan yang Al-Quran bersalah kerana menyebabkan keganasan, dan menjatuhkan hukuman bakar kepada Al-Quran. Siapa yang salah? Mereka kerana membakar Quran atau kita yang tidak menghayati isi kandung Al-Quran?


Realitinya, mereka sebenarnya salah faham kepada ummat Islam sekarang, mereka tersalah anggap yang kesemua ummat Islam berpegang teguh kepada Quran. Jadi tanpa memahami isi kandungan Quran, mereka mengadili Quran berdasarkan kelakuan Ummat Islam pada zaman sekarang..


Adakah kita raksasa? Cuba kita jawab soalan itu, adakah kita manusia atau raksasa/binatang? Cuba kita lihat, masalah buang bayi, paling ramai adalah dari kalangan muslim, jadi adakah kita manusia atau binatang??


Perihal membuat tembok dan menindas saudara seagama di palestine, sama seperti membantu Israel menyembelih rakyat palestine, adakah mereka ini manusia atau binatang??


Suicide bomber yang bukan setakat membunuh tentera-tentera kafir, malah membunuh saudara seagama di pasar2, adakah mereka manusia atau binatang??


Itu sekadar sedikit contoh untuk kita semua, kita terlalu cepat melenting bila kita merasakan maruah kita diperkotak katik kan. Tapi adakah kita sedar yang semua ini terjadi atas kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Mungkin juga perkara ini sebagai satu wake-up call untuk kita semua.


Sedarlah wahai muslim yang maruah kamu semua diperlakukan seperti daging busuk kerana kamu sendiri yang tidak menjaganya. Jangan la bersifat seperti seorang pelacur yang mengamuk bila dicela kerana pekerjaan nya itu.... W'salam

p/s.. kagum dengan keyataan seseorang yang sekarang ada teknologi canggih untuk membuat watak video sama seperti seseorang.. habis la pelakon2 semua, xleh cari makan la pasni.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: