apa yang nak dicari

Showing posts with label Kenanganku. Show all posts
Showing posts with label Kenanganku. Show all posts

Monday, April 25, 2011

copy paste

Orang yang jahat dalaman lebih teruk dari orang yang jahat luaran.. Kerana dia akan tikam kita dari belakang dan musnahkan kita tanpa kita sedar sebab dia sentiasa berpura-pura jadi seorang yang paling baik di hadapan kita.. Berhati-hati lah dengan manusia seperti ini.. (ohtidak, 2011)

Wednesday, April 13, 2011

past and present.......

past favorite........

initially....

"I lifted her head, she looked at me and said, "Hold me darling, just a little while", I held her close, I kissed her our last kiss, I found the love that I knew I had missed, Well now she's gone
Even though I hold her tight, I lost my love, my life, that night
"

"Sedangkan kau yang ku sayang, Telah pergi dari ku, Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang"

"And I know you're your shining down on me from heaven, Like so many friends we've lost along the way. And I know eventually we'll be together,One sweet day.." 

after that....

"Indah sinar sang suria, Merdu irama sang bayu, Tiada seindah wajahmu, Tiada semerdu suara mu"

"Lying close to you feeling your heart beating, And I'm wondering what you're dreaming, Wondering if it's me you're seeing, Then I kiss your eyes, And thank God we're together, I just want to stay with you in this moment forever, Forever and ever"

"Cinta antara kita, tiada penghalangnya, walau akhir usia, ku menyinta dirimu, ku hanya menunggu mu, menyata kau cintaku, ku kan berjanji, menyintamu syg…."

and then.....

"Cerita cinta anak remaja, Menggauli kidung kasih, Punahkah takut di hati, Terkutuklah bila kita berpisah, Selamanya harus bersama , Buktikan kita bahagia"

"Hati ini selalu memanggil namamu, Dengarlah melatiku, Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku, Takkan pernah ada yang lain"

"And we have gone through good and bad times. But your unconditional love was always on my mind. You've been there from the start for me. And your love's always been true as can be. I give my heart to you. I give my heart, cause nothing can compare in this world to you."


and now, present favorite.....

I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you
And I will never find another lover more precious than you,
More precious than you
Girl you are close to me you're like my mother,
Close to me you're like my father,
Close to me you're like my sister,
Close to me you're like my brother
You are the only one my everything and
For you this song I sing

And all my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too
I said you're all that I'm thinking of

Baby, baby,
Said, I promise to never fall in love with a stranger,
You're all I'm thinking of,
I praise the Lord above,
For sending me your love,
I cherish every hug,
I really love you

And all my life, baby, baby, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do, love me

You're all that I ever known, when you smile,
On my face, all I see is a glow.
You turned my life around,
You picked me up when I was down,
You're all that I ever know,
When you smile my face glows,
You picked me up when I was down
You're all that I ever known,
When you smile my face glows,
You picked me up when I was down

And I hope that you feel the same way too,
Yes I pray that you do love me too
All my life, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too

Tuesday, April 12, 2011

save the big school


sedih bila terbaca berita di nst online ni, big school yang menjadi rumah kediaman selama 2tahun (setahun di east wing, setahun di dorm10) telah menjadi makanan anai-anai. yup, anai-anai.. bangunan yang megah berdiri selama 100 tahun ini hampir rebah menyembah bumi disebabkan makhluk yang lemah ini. seperti simbolik kepada ikatan kita as a oldboys yang semakin lemah disebabkan isu-isu yang remeh seperti fahaman politik.

oldboys, common la, struktur yang kita bangga-bangga kan selama ni semakin lemah. dah la akademik makin lemah, team rugby pun dah jadi team belasahan, bangunan bigschool ni pun dah makin nak runtuh. you guys semua dah jadi muka-muka penting kat malaysia ni, save the school man, berapa sangat la bajet yang diperlukan utk repair ni semua jika dibandingkan dengan apa yang kita belajar disana..

pihak pengurusan kolej, kenapa xalert ngn benda ni? oldboys tahu pun bila dah masuk paper. xkan xperasan kot bangunan macam dah nak runtuh. tp boleh plak kosongkan dorm..
 
apa-apa pun, semua yang termampu harus dibuat untuk menyelamatkan warisan kita ni, SAVE THE BIG SCHOOL...

Wednesday, April 6, 2011

Polo??

Terlihat iklan polo lalu teringat satu ungkapan.. "Folksbagen"... Dengan B tu dijelaskan.. "Folksbagen".. Huhu.. Hanya mampu tersenyum..:
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 10, 2011

The lady in red

Haha... Yang paranoid tu mesti ingat tajuk kat atas ni berkaitan ngn freemason atau illuminati kan? Tidak2.. Tiada kaitan dengan itu. Hanya ingin bercerita pasal pengalaman di unimas dulu..

Ada la satu malam ni, ujung bulan 3 kalau aku xsilap. Si mad ni (time tu roomate aku la dia ni) tiba2 je rasa bosan, pastu dia ajak aku kuar makan. Pg kuching. Aku pun tgh kebosanan gak kat bilik tu kalau xdapat wireless kan, so aku setuju la, tapi dengan syarat, mesti ada pompuan. Haha.. Best tak syarat aku tu. Mad cakap ok je, pastu dia suruh aku pg sewa keta. Dia pun calling2 la budak2 pompuan yang dia kenal.

Pastu bila dah bersiap semua, gerak la kitorang, tapi si mad suruh pg cafe cempaka dulu, ambik budak tu ngn kawan dia. Macam biasa, aku la yang menjadi supir. Huhu.. Pastu bila sampai kat kafe, ada la sorang budak berbaju merah tengah tgu. Mad tanya la perempuan baju merah tu, mana kawan dia? Dia cakap kawan dia xdapat ikut, so kluarla kami bertiga.
Pastu si perempuan baju merah ni tanya la mad nama aku, mad suruh tanya sendiri, dia pun bgtau nama dia then dia tanya nama aku, aku jawab. "Saya micheal, orang serian".. Dia menganguk-angguk je la, (senang gak kena tipu hahaha)

Kat dalam keta, si pompuan baju merah ni merengek2 nak pinjam hanpon mad sebab nak ambik gambar. Time tu si mad ni pakai csl, baru lagi tu (tp xlama pas tu kena curi). Tapi mad xnak bagi dia pegang, terus mad letak dalam drawer kat depan. Pastu kesian punya pasal aku bagi la henpon aku, dia pun bergambar la, tapi dia xon flash, so gelap la gmbr dia, aku pun suruh la dia on flash, baru la dapat dia ambik gambar. Rupanya, dia ambik gambar diri sendiri je, pastu dok puji2 diri "kenapalah saya ni cantik sangat", pastu "ya Allah, cantik/cute nya saya". Nak tergelak aku dengar, org macam ni pun ada. Kat mana la si mad kenal orang ni.. Macam pelik je..

Yang menambahkan kepelikan dia, dia xmakan ayam atau daging. Time kat penyet tu dia order pecel lele je. Dah la aku dah kenal sorang manusia yang pelik bernama rashid, perempuan baju merah ni pun pelik gak. Haha.. Pastu bila dah setel semua, kami balik, time balik tu, si perempuan baju merah ni sempat lagi bergambar. Pastu bila dah sampai, dia pesan, delete gambar2 saya k. Aku ok je, cuma malas la nak delete satu2. Dalam ati aku, (kenapa la minah ni xdelete terus tadi) lepas hantar, minah tu bg duit sewa keta, tapi dia bagi lebih, dia bg RM50, dia cakap, baki tu simpan, nanti kalau keluar lagi, saya dah xpayah bayar sewa keta. Dalam ati aku, 'aik, best sangat ke kuar ngn kitorang ni, sampai nak kuar lagi" perasaan je tu. Haha.. Pastu aku ngn mad pun balik la, itu je la cerita pasal perempuan baju merah kali ni.. Adios..

Sunday, January 23, 2011

Suratan atau kebetulan..

"Esok pinjam kete ngko jap, aku nak pg hantar barang kat umah akak aku" kata aku pada si fifi. Dia balas, ok je, tapi bagus pg ptg ni terus je, sebab aku nak pg skudai gak, nak pg factory outlet". Pastu perjalanan tengah hari aku berjalan seperti biasa.. Petang tu plak aku pun bersiap la, tiba2 teringat lak ada pasar malam, "kita pg pasar malam dulu la, nanti pastu kita gi skudai" cakap ku. Tapi fifi suruh pg skudai dulu, pergi kejap je, pastu g pasar malam balik terus tgk bola. Ok gak idea fifi tu, pastu bersiap2 lka kitorang utk pg ke skudai. Perjalanan macam biasa xder benda yang menarik. Sampai2 je rumah kak long aku, lepas letak2 barang, kak long aku cakap dia nak pg klinik, si zaim demam, (tapi time tu aku tgk dia ok lagi), so kitorang pun terus la pergi al ihsan tu, tengah sedap2 tgk2 baju (tgk je yang mampu bt masa ni), tiba2 kaklong call, dia mintak tolong hantar pg hospital, doktor cakap zaim kena p hospital. Aku pg la ke klinik tu. Klinik penawar nama dia, mintak tolong fifi follow pg spital sama sebab senang nak balik nanti, pastu aku drive la, mula2 ok, pastu lepas je kawasan UTM, mata si zaim terbeliak dan dia xsedarkan diri, kaklong aku terus meraung2, aku xboleh nak buat apa sebab tgh drive, aku dah jadi panik tambah2 dengan kak long dok goncang2 bahu aku, aku xmampu nak buat apa, hanya mampu suruh dia istighfar sambil aku memijak pedal minyak selaju2 nya, pastu kaklong suruh patah balik pg klinik tadi, zaim makin teruk, senyap macam xbernyawa, aku makin risau, tangan aku dah menggeletar, tapi nasib aku boleh kontrol diri lagi time tu, aku buka emergency light, pastu hon semua keta kat depan aku mintak2 dorang paham dan memberi laluan. Alhamdulillah kebanyakan mereka ni paham. Bila sampai ke klinik je terus kak long lari bawak zaim masuk, dia belom sedar lagi, aku makin la risau xterkira rokok aku hisap nak bagi relax sket, lepas 30 minit baru la kaklong kuar, dia cakap lepas kena suntik baru zaim sedar, skarang ni tengah tgu ambulan.. Dalam kelegaan tu, aku terfikir, macam mana kalau aku xjadi pg skudai tadi, macam mana kalau kak long yang drive sendiri pg hospital, Syukur pada tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.. Alhamdulillah, selepas sejam zaim kat kritikal wad, dia dah dipindahkan ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 11, 2011

thank you

"seorang jejaka cute yang berbadan tough. first impression jejaka ini seorang yang panas baran & kurang ajar tapi andaian tersebut meleset. rupa-rupa dia seorang yang amat hormatkan & mengambil teguran yg membina dengan hati terbuka dari seorang guru.. malahan saya agak terharu kerana dia telah menghadiahkan saya cd lagu penyanyi kegemaran saya yg tidak terdapat di malaysia. I am very proud of him"

tulisan dari seorang yang ku anggap guru yang bukan sahaja mengajar di kelas, tapi sepanjang masa, mengajar tentang kehidupan dan mengajar tentang erti sebenar seorang manusia.. jujur aku akui, kelebihan yang ku ada (Alhamdulillah) banyak diajar oleh guru ku ini, dan keburukan ku banyak dikikis oleh tunjuk ajar nya, sesungguh nya aku sangat bersyukur pada Tuhan kerana aku memberiku peluang berjumpa dan mendapat tunjuk ajar beliau.. thankyou....

Wednesday, September 22, 2010

Jangan disentuh Alma Mater ku.....



semalam aku ada terbaca web sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak2 orang india di malaysia. dalam web tu banyak la post2 yang konon2 nya masyarakat india disini telah di tindas dan dijadikan sebagai hamba abdi.. dan dalam banyak2 post tu, ada lah satu post yang amat menjengkelkan dan menimbulkan kemarahan... tajuk dia "Malay College Kuala Kangsar Malay only college in One Malay-sia.. dia memetik kata2 muhyidin yassin dalam newspaper, "We must raise our standards to be internationally comparable while narrowing the gap between the educated and less-educated. The importance of the education system cannot be overemphasized, given its role in strengthening the competitiveness of our nation and in building One Malaysia"

then dia tambah..“The Malay College in Kuala Kangsar has been identified by the Education Ministry as one of the High-Performing Schools in the country.”
The college is for Malay Muslims only in One Malay-sia!

wei.. korang tahu tak dari bila lagi skolah ni ada? 1905. dari zaman omputeh lagi, datuk nenek korang pun xmasuk malaysia lagi, jadi hamba abdi kat negara dorang sendiri, nasib baik orang puteh tu bawak dorang datang sini. yang korang nak persoal sangat kenapa? dah skolah tu pencapaian dia bagus, sekolah elite, kalau ada sekolah jenis tamil yang bagus, dapat top ten ke, top 5 ke pencapaian, xmustahil sekolah tu pun kena angkat. sekolah2 cina yang bagus ada banyak, tapi tu skolah swasta, so xder kaitan ngn kerajaan, kerajaan just bg bantuan jer, tapi dah nama skolah swasta, nak bantuan apa lagi, anak2 orang2 kaya je kat situ. kalau nak persoal sangat tengok sejarah elok2, tapi bg korang yang, sejarah pun korang cakap menipu.. biasa la mentaliti orang yang xdapat terima hakikat.. chiow...

Saturday, January 2, 2010

Sambungan yang dulu2

1st year second sem

time 2nd sem, masih lagi di cmpus lama. Blok yang sama, bilik yang sama and rumate yang sama. Sem 2 ni mmg pokai hbs la, sbb pt kena tolak 1500. Dpt lbh kurang 500 je. Xleh nk enjoy sgt la.. Time sem ni la first crush aku kat unimas ni. Atas sbb2 keselamatan nama beliau t'paksa dirahsiakan.. Tp just crush je la. Tgk dr jauh je.. Haha.. Seingat aku, time sem 2 ni la kitorang start xtvt picnic ktrg. Time tu raya aji, so ktrg pg matang. Mandi2, bbq, 2 buah kereta je pun, aku, zain, amer, mus, wan, zamer, aizat, bob, dan dil.. Best la jugak. 1st time la katakan.. Pastu masa sem ni la 1st time rasa keperitan study, 'dinamik'. Bdk batch aku mesti igt punya. Huhu.. Mana taknya, separuh kelas repeat beb, nasib baik la aku lepas. Tu pun dpt c je.. Time tu, bdk2 ni da gila main dota, aku xlyn sgt game ni, (time tu la). Igt lg aku ckp, 'apa brg main serang2, pastu lari) last2 aku pun main gak, tp xketagih la mcm sesetengah orang.. Sem ni jugak aku terlepas flight, malang beb. T'paksa tgu 5hari br dpt blk, nsb baik jaja ngn aizat ada, xla kesunyian aku time tu.. Huhuhu

Monday, March 30, 2009

weekend yang sangat memenatkan

selepas berlaku nya perjanjian sulit antara dua pihak yang berproblem, maka bermulalah weekend ku yang sangat memenatkan......

saturdays... seperti biasa aku ada match rugby lagi hari ni, 15-a-side rugby league anjuran kfrc. selepas 1 menang dan 2 kalah, kitorang akan lawan black cats (team kfrc). reff arini mmg k#$%k macam biasa.. in the 1st minute, kitorang dapat try, halil yang bwt try lepas flanker kotorang, zul dapat blok clearance kick diorang.. satu permulaan yang bagus.. dalam hati je la.. pastu bila dah start men betul2, barulah terasa yang foward kitorang xseimbang ngn diorang, bila scrum, tuhan je tahu betapa seksa nya aku kat tgh2 tu.. lepas tu winger kitorang, dublin bwt try, lepas a very beautiful punting kick dr herman, walaupun dia kena high tackle.. kitorang dapat defend sampai la to the very last minute of the 1st half.. they got their 1st try.. dtart je 2nd half, kitorang dah jadi macam apa dah, lepaskan 6 try, then kalah ngn mata 40-12.. very2 teruk la.. huhuhu

lepas game, ada sorang pakcik ni kenalkan diri, oldboys koleq (MCKK) rupanya, vice-president of co-called mcoba of sarawak.panjang jugak la ceritanya.. cakap pasal budak koleq, teringat satu benda yang nak dicakap..

kepada budak2 koleq yang jadi ahli2 parlimen atau ahli2 politik, mungkin korang2 ni dari parti politik yang berbeza, perjuangan korang pun mungkin berbeza dan ideologi korang pun mungkin berbeza, tp, as long as you all proud to wearing the sacred necktie setiap wednesday, still proud to tell yourself that you are the special breed, please remember how you all unite in that alma matter, remember the spirit of bung-wak, remember the warisan song we used to sing. remember that we used to be called the malay mafia, dhow them our power, show them what we can do.. dont let others insult bangsa kita, rumpun kita, sultan kita.. perjuangkan hak kita, hak bangsa kita, hak bumiputra, tanpa mengira parti politik atau fahaman agama.. just remember our roots and dont forget that alma matter..

ok, sambung balik, malam tu ngn penat2 nya, cuba la tulis sket blog, tp ketandusan idea, so aku tinggal kejap untuk pg makan.. bila balik je tgk2 pc aku padam, boleh pulak orang2 kat alamanda ni berfikiran sempit, kenapa la ditutup nya main switch, tak ka bangang namanya.. mmg berbakul2 sumpah seranah.. pastu kuar ngn budak2 ni pg makn2 lg pastu berkarok.. haha... balik tido, sebab esaok ada rugby kesumas.

ahad.... pagi2 lagi dah tgu bas yang tak kunjung tiba.. janji pukul lapan, dekat pukul 10 baru sampai.. 1st game berjaya laukkan FSKPM, 24-0.. kecik, aku, ijat, ngn asyraf sorang satu try, pastu plak aku bwt bwt 2 conversion.. diorang xsampai half line pun.. hahaha.. ngn kick-off yang menjadi, mmg seronok.. pastu second game lawan fsts, ada fight sket.. kali ni mng 17-0.. kecik, pian ngn asyraf lagi yang bat try.. pastu aku convert 1 goal.. last game, lawan feb, perlu mng atau seri, sebab diorang pun dah 2 mng.. diorang ni ada dublin, timon ngn duan yang eperienced.. lepas fight yang hebat, last2 mng jugak kitorang ngn point 10-0.. ijat ngn najib dapat try, aku convert 1 goal, 1 goal lagi tak masuk.. hancur record conversion aku hari ni..
so dapat la kitorang gold medal... hail to fk.. trimas to najib, asyraf, mr samarahan (emer), syahmi, brandon, beb, shuk, player import kita, kecik (fss), ijat (FIt) ngn pian (fskpm)..

walaupun weekend tok penat, tp aku xpat ponteng kelas esok, ada presentation... mals nyaaaaa.....

Wednesday, January 14, 2009

1st year......

undeniable, live time 1st year la paling best, kitorang budak meki, 2nd half of the 1st sem baru start ada assingment, baru start bz, sebelum2 tu melepak jer kerja.. tiap2 malam lepak kat gerai makan, sampai pukul 11, selalunya ngn rased la.. pg makan leps maghrib, lepak2, pastu sebelum balik, beli burger dulu...

bila dah dapat pt, dah beli pc, masa banyak habis kat bilik jer, tgk movie, main game, time tu mahal tu pc, pc aku jer dah dekat 2500, kalau skang, pc tu mmg cikai habis..

time sem1 tu dulu, ada lab, kena bwt welding, budak2 yang bwt welding semua sakit mata, mata aku mmg xleh buka langsung, sakit ooo... (saper suruh xpakai eye protector)..

time 1st sem tu jugak la 1st time merasa beraya tempat orang, sedih tu ada la jugak, tmbah2 time kakak aku call tanya makan apa pagi raya tu, makan megi je beb.. pastu boleh pulak kakak aku tu cakap makanan best2 kat rumah.. huhu.. bila turun bawah, bilik jaja, jaja tgh menangis, hehehe (xpernah dia ngaku) neq pulak tgh layan ****, pastu, dah boring sangat, aku ngn amer layan naruto je sampai malam, malam tu awal aku tido, sebab lapar.. kedai mana bukak beb... nasib baik rased datang bawak makanan.. raya second tu baru ada transport, dapat la aku, zain, aizat ngn dil pg beraya, rumah adenan, akim, ngn azim..

lepas jer raya, exam dah nak start.. kitorang punya exam seminggu jer, terus habis, then balik kg... best2.. hahaha... esok aku smbg lagi.. bye2...

Tuesday, January 13, 2009

sambungan semalam

Lepas 2 hari pendaftaran, bermula la ngu orientasi ataupun kat sini dia panggil MAP. Seminggu tu benda alah ni, memang hell habis la.. start pukul 8, pukul 12malam baru habis, kadang2 sampai pukul 2 pagi. Tgh hari pulak ada sejam je rest, sejam tu la nak makan, nak mandi, nak semayang.. time tu aku dah start kenal orang dah, tp byk dari blok sebelah la, awal2 aku kenal, yus, duskey, apih, jo, pastu dah lama sket kenal arwah pah, Camillus, mus, mozac, etc…. yang best nya time MAP mestilah istilah “jangan mintak”, femes giler bender tu, ader la sorang mamat palapes tu, bila nak gertak orang jer mesti cakap, “jangan mintak”, mintak aper pun aku tak tahu, dah luper kot. Pastu sorang lagi brother yang femes time tu, mestilah brader “alien” ataupun “mr lonely” hahahaha… sebab muka dia kot.. sorry …..
Hari2 lepas MAP aku banyak habiskan masa kat blok sebelah, blok M. sebab bosan, duit pun banyak time tu, aku beli la radio, bawak pergi bilik apih, main kad sampai 2-3 pagi.., yang kalah ada yang kena minum air paip, kena pumping ker, yang paling aku igt la, arwah pah kena tinggal kan sekotak rokok dia sebab kalah banyak sangat pastu tak larat nak pumping..
Budak2 lain aku start kenal bila ada perjumpaan budak2 mekanikal ngn lecturer, time tu kena kenalkan diri, pastu, datang la jaja, ko ker budak kelate tadi.. pastu dah kenal2 sket sebab dah start kuliah and budak2 ni pun ramai yang sama blok ngn aku.. pastu time kuliah 1st, aku dok sebelah ricco, boleh pulak mamat ni nak pozer2 yang dia tu dulu jpp kat kmj, terus aku xsuka ngn mamat tu.. hahaha… pastu bila orientasi mekanikal kat bau, aku dok sebilik ngn zain, aizat ngn rico, mmg terseksa hidup aizat, setiap hari dtg bilik kitorang ngadu pasal rico, orientasi tu xder la best sangat, biasa2 jer.. tp last day tu, aku kena sound ngn naim pasal pakai gelang, aper lagi, aku sound balik la.. hehehe..

to be continued

belajar sejarah

bila isi2 borang graduate, baru aku perasan yang dah banyak subjek yang dah diambk, dah lama aku kat Unimas ni sebenarnya.. teringat balik time awal2 datang dulu.. aku pun xtahu, naper aku letak Unimas dalam list pilihan aku. Sengaja kot, bajet dapat Uitm.. hehehe.. nebes gak la time nak datang daftar, bapak aku nak ikut, tp aku xbagi sebab banyak belanja nanti, lagipun aku suka lone ranger jer.. sampai2 epot jer dah ada senior2 (time tu xtahu diorang tu LO) yang sambut.. "unimas2”.. “pg tgu kat luar dulu ek, jap lagi bas sampai” time tu pukul 11 seingat aku.. so tgh2 menunggu tu, pg la merokok jap, risau jugak tinggal beg2 aku kat luar tu.. balik2 jer ada sorang mamat lepak2 sebelah beg2 aku, eh.. mamat tu nak apa… aku pg la tegur, budak Unimas jugak rupanya, 1st cakap melayu la, bila dengar slang dia, “ko budak t’ganu ek”.. terus pakai slang kitorang jer.. t’ganu ngn kelate lebih kurang jer.. huhuh.. mamat tu la amin, budak civil, tp dah berhenti dah..

pukul 1 baru la bas datang, bawak pg Unimas… kawan aku kat Uitm samarahan awal2 dah cakap, tgk roundabout kat sini, aku igt biasa2 jer, kalau besar pun xder la besar sangat.. tp, mmg terkejut la aku, boleh muat padang bola roundabout kat sini, banyak pulak tu.. sampai2 je kat Unimas driver bas tu bawak ikut gate dekat taz, konon2 nak tunjuk kampus baru la (under construction time tu). Bila sampai je kampus (lama) “cantik jugak kampus ni”.. tgk blok2 kayu tu.. pergh.. macam chalet.. ada aircond lagi tu.. dah mula rasa exited dah.. tgk2 kitorang tinggal kat blok batu je.. xbest nyer…(time tu je la) masuk2 bilik, dah ada dah rumate aku.. cis, awal jugak dia ni, kalau tak, dah dapat aku katil bawah.. hehehe.. “kat sini zohor pkl berapa ar?” tu 1st soklan aku kat rumate aku, dia cakap ntah, kol 1 kot… pastu aku Tanya lagi kiblat belah mana, pun dia tak tahu.. biar betul rumate aku ni… bila aku tgk nama dia baru aku tahu, non-muslim rupanya.. sorry la beb.. hehehe.. nak tahu saper rumate aku, mestilah henry-chan.. hahahaha….