apa yang nak dicari

Showing posts with label lesson learned. Show all posts
Showing posts with label lesson learned. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

We are monsters?

Mereka bicarakan Al-Quran selama lapan minit. Memutuskan yang Al-Quran bersalah kerana menyebabkan keganasan, dan menjatuhkan hukuman bakar kepada Al-Quran. Siapa yang salah? Mereka kerana membakar Quran atau kita yang tidak menghayati isi kandung Al-Quran?


Realitinya, mereka sebenarnya salah faham kepada ummat Islam sekarang, mereka tersalah anggap yang kesemua ummat Islam berpegang teguh kepada Quran. Jadi tanpa memahami isi kandungan Quran, mereka mengadili Quran berdasarkan kelakuan Ummat Islam pada zaman sekarang..


Adakah kita raksasa? Cuba kita jawab soalan itu, adakah kita manusia atau raksasa/binatang? Cuba kita lihat, masalah buang bayi, paling ramai adalah dari kalangan muslim, jadi adakah kita manusia atau binatang??


Perihal membuat tembok dan menindas saudara seagama di palestine, sama seperti membantu Israel menyembelih rakyat palestine, adakah mereka ini manusia atau binatang??


Suicide bomber yang bukan setakat membunuh tentera-tentera kafir, malah membunuh saudara seagama di pasar2, adakah mereka manusia atau binatang??


Itu sekadar sedikit contoh untuk kita semua, kita terlalu cepat melenting bila kita merasakan maruah kita diperkotak katik kan. Tapi adakah kita sedar yang semua ini terjadi atas kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Mungkin juga perkara ini sebagai satu wake-up call untuk kita semua.


Sedarlah wahai muslim yang maruah kamu semua diperlakukan seperti daging busuk kerana kamu sendiri yang tidak menjaganya. Jangan la bersifat seperti seorang pelacur yang mengamuk bila dicela kerana pekerjaan nya itu.... W'salam

p/s.. kagum dengan keyataan seseorang yang sekarang ada teknologi canggih untuk membuat watak video sama seperti seseorang.. habis la pelakon2 semua, xleh cari makan la pasni.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

pengikut nostradamus ke??

cik blog, aku nak citer benda yang datangnya dari mail dan blog2 yang berlegar-legar... pasal  tsunami kat jepun tu. entry ni sah2 aku kena balun ngn sesetengah golongan yang konon mulia ni nanti.. 1st of all aku nak bgtahu yang aku beriman dengan Quran dan aku percaya isi kandungan nya. tapi sesetengah orang yang tak respek pada kata-kata Allah ni yang membuatkan aku bengang. berikut adalah apa yang dikatakan oleh mereka yang konon-konon nya pengkaji Quran.

Tsunami jepun..


1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4.


1. Rujuk di Quran.


Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Kedudukan Jepun 


Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi.

4. Hari melapetaka.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.


 inilah kandungan mel2 berantai tersebut.. satu perkara yang aku tahu adalah, mereka-mereka yang membuat benda ni terlalu taksub dan terpengaruh ngn ramalan-ramalan nostradamus.. korang perasan tak yang benda-benda ni terjadi selepas berlaku nya sesuatu peristiwa. ini kerana orang yang konon nya pengkaji tu, nak benda tu ada dalam Quran sebab tu la dia mengaitkan setiap benda tu dengan Quran.

kenapa perlu menggunakan kalendar hijrah? setahu aku, kalendar hijrah dan kalendar gregory tu dua-dua hasil ciptaan manusia dan kedua-dua nya bukan wahyu. yang beza nya kalendar gregory mengikut bumi mengelilingi matahari dan kalendar hijrah mengikut bulan. kalendar hijrah mula digunakan pada zaman hazrat Umar.kalau korang nak cakap yang pembuat kalendar tu menggunakan akal fikiran yang diberikan Allah aku xtahu nak cakap apa lah, sebab semua milik manusia ni dipinjamkan oleh Allah, termasuklah pereka kalendar gregory.

kenapa guna juzuk ke 14, bukan menggunakan surah ke berapa yang selalu orang guna? pastu plak, korang tahu ke tak yang bilangan ayat Quran tu berbeza mengikut pendapat. Al-Quran diturunkan secara terus melalui Jibril yang mempedengarkan nya kepada Nabi, orang yang menyalin Quran tu yang meletak kan tanda berhenti kat setiap ayat tu mengikut apa yang dorang dengar dari nabi, dan ada antaranya meletakkan tanda berhenti apabila nabi berhenti untuk mengambil nafas. (tapi jangan la pulak korang percaya yang ada ayat Quran yang tiada dalam Quran, sesetengah orang panggil Quran hakiki, bahaya tu).


pastu dengan zon masa kat bumi ni, sepa plak yang tentukan? dengan menjadikan Greenwich kat london tu sebagai centre. manusia jugak tu kan..yang paling penting la, kalau betul la dorang ni pengkaji, kenapa dorang xkaji dan maklumkan benda ni sebelum ianya terjadi?? kan banyak nyawa manusia boleh diselamatkan?. please la tolong la jangan ikut penganut agama nostradamus tu. jangan Hina Quran ngn konon-konon kajian korang tu. pastu yang tukang foward pulak, tolong jadi manusia yang pandai berfikir. jangan main percaya ngn benda-benda ni semua. bila baca, korang dengan bangga nya foward dan ada yang claim dia pun tengah buat kajian yang serupa, tapi bila benda tu di sangkal dengan bukti-bukti kukuh, dengan xmalunya mengaku dia xpernah percaya dan tengah kumpul bukti nak menyangkal benda tu.. common lahh..

p/s sekali lagi aku nak bagitahu aku beriman dengan Al-Quran dan perkara Ghaib. tapi aku xkan sesekali beriman ngn benda-benda melalut macam ni.. adios.....

Tuesday, March 15, 2011

bila professor berkata-kata





haa... cik blog.. cuba ko tengok kat gambar tu pastu ko pikirlah sendiri kat mana ko tergolong. jangan masuk golongan ke7 sudah la, memang aku mintak pakcik hamka langgar ko ngn kereta mayat dia tu.. hahaha..

apa yang dibaca di dalam solat mu...

salam cik blog, hari ni aku nak bercerita pasal Sembahyang atau solat, sesetengah orang cakap xboleh guna perkataan sembahyang sebab sembahyang tu bermaksud "sembah yang" (konon-konon "yang" tu nama tuhan orang zaman dulu-dulu.. tapi bagi aku sembahyang tu solat dalam bahasa melayu. dan aku menyembah Allah, bukan "yang".. 

dulu aku sembahyang tak khusyuk, khuduk apatah lagi, pastu hanya baca bacaan yang wajib je seperti Al-Fatihah dan Tahiyyat je. Astaghfirullah, kejam kan aku pada diri sendiri.. tapi Alhamdulillah, pada suatu hari aku mendapat emel yang  menyatakan maksud bacaan ketika duduk antara 2 sujud. ketika itu lah aku sedar yang selama ni aku begitu rugi.. bongok nak cepat punya pasal kan. tapi xlah setiap kali semayang aku camtu, kadang2 je.. hehehe... bila aku dah dapat istiqamah, baru aku nak kongsi ngn ko.. 

penting ni untuk kita faham maksud setiap bacaan kita sebab dengan ini aku dapat menambahkan kekusyukan solat aku. kalau aku yang cenggini pun boleh, xkan la korang xleh kan.. ok ni dia maksud2 bacaan dalam solat kita..


Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


semoga kita semua dapat mengamalkan nya, aku pun xtahu cara aku betul atau tidak, tapi berdasar kan nasihat ustazah aku time sekolah dulu la, dia cakap "kalau nak khusyuk solat, hayati apa yang kita baca dalam solat tu, baca dengan terang dan dalam hati kita ulang balik maksud bacaan tu". 


p/s aku ni pun dulu cam haram gak perangai, ada la jugak termiss solat, Astaghfirullah.. tapi aku sedar yang diri aku ni milik Allah, semua yang ada pada aku ni milik Allah, so aku mestilah tahu berterima kasih pada Allah.. kalau aku boleh ubah, korang2 yang jauh lebih baik mesti boleh gak... Cinta Allah tu pada semua Hamba dia,, xkira siapa, asalkan hamba tu rajin mencari Cinta Dia..

Wednesday, March 9, 2011

kita yang sering terlupa

assalam cik blog, aku tengah kekeringan idea ssebenarnya huk huk.. tapi aku gagahkan diri gak untuk bercerita ngn ko hari ni, kang kalau aku xlayan kan ko merajuk plak, cakap aku salu abaikan ko la, xsetia ngn ko la, xbagi nafkah la (erkk.. ko bini aku ke nak kena bagi nafkah, cuba la sedar sket yang ko tu komputer) haaa.. kan aku dah melalut.. Astaghfirullah...

aku sebenarnya nak bercerita pasal saudara-saudara seagama aku di malaysia ni.. 2-3 menjak ni, banyak isu yang di berlaku di dunia, dan juga di Malaysia sendiri. bermula ngn rusuhan di mesir, pastu pasal ada yang nak tiru dan buat kat malaysia plak, pastu pasal rusuhan kat libya plak dan yang terbaru pasal prk berkembar kat kerdau dan kat merlimau.. yang aku "respek" saudara2 seagama ngn aku kat malaysia ni, bila ada pilihanraya, xkira kecil ke besar ke, dorang akan menumpukan seluruh perhatian kat benda tu, dah jadi macam perkara wajib plak, sehingga boleh melupakan isu2 yang lain dalam sekelip mata. (kecuali bola). boleh di ibaratkan macam nak pergi berperang pada zaman Nabi S.A.W dimana pernah aku ceritakan kat ngko yang ada sahabat yang xsempat mandi junub sebab xsabar nak menyertai peperangan. betapa dasyat nya pilihanraya kat Malaysia ni..

tapi aku bukan nak bercerita pasal kedasyatan pilihanraya kat malaysia ni (mungkin akan bercerita nanti kat ko) buka jugak nak bercerita pasal krisis mesir ngn libya, tapi satu isu yang kita semua sering lupa dan kalau ingat pun bermusim, bila tiba musim dia, maka penuhlah facebook dengan komen2 tentang isu ini.. Ya.. isu PALESTIN..

sepanjang tahun ini la, ataupun kita start dari Malaysia menang bola tahun lepas, ada kita semua igt ngn Palestin. isu yang paling penting bagi ummat Islam sekarang. di mana saudara2 kita disana disembelih disiksa setiap hari, kelaparan dan tangisan yang menjadi peneman hidup mereka sehari2.. ada kita ingat?? disebalik kemeriahan CNY, di selangi dengan bunyi2 Mercun kita bergembira sambil melihat pertunjukan bunga api dan tarian singa, ada kita fikirkan rakyat Palestine? bagaimana keadaan mereka disana? kehidupan yang diselangi dengan bunyi2 senapang dan mortar sambil menyaksikan bom2 fosforus di tembak kearah mereka dan juga kegagahan kereta-kereta kebal Israel. kenapa kita selalu lupa pada mereka??

telah menjadi tanggungjawab seluruh ummat Islam untuk membela nasib Palestine, kebaikan yang saya nampak dari krisis mesir adalah semoga Palestine terbela dengan kejatuhan kerajaan hosni mubarrak, tidak lebih dari itu. walaupun tembok itu diruntuhkan? tapi sudah selamatkah rakyat Palestine? kenapa kita selalu lupa?? adakah bila ada gambar2 pembunuhan kejam berlaku lagi baru kita akan teringat kepada mereka untuk sekejap? adakah bila ada bantuan di "hijack" oleh israel baru kita akan melaung2 kan hidup palestine dan save gaza? common la, sudahkan apa yang kita buat. contoh nya, bila kita laung2 kan semangat "save gaza" "free Palaestine" kita laungkan nya sehingga matlamat kita itu tercapai. jangan sekadar menjadi pak turut yang takut diherdik atau disindir bila tidak mengikut yang lain..

ingat la saudara2 ku sekalian, isu palestine tidak akan selesai selagi palestine tidak aman. aku sedar ramai antara kita yang tidak mampu untuk kesana seperti yang dilakukan oleh angota2 fortila yang ditangkap hari tu, aku pun xberkemampuan. tapi kita masih boleh menyumbang dengan wang ringgit atau pun sekadar mengingatkan teman2 yang lain akan penderitaan rakyat palestine.

aku lebih rela malaysia xpernah menang bola,
aku lebih rela tiada pilihan raya di malaysia,
aku lebih rela gaddafi terus berkuasa,
asalkan isu palestine terus di hati kita semua...

adios....

Sunday, March 6, 2011

xtahu nak letak tajuk

cik blog, malam ni aku xdapt tidur, sedih memikirkan dosa-dosa aku yang tak terkira selama ni, kadang2 rasa kau ni lagi beruntung dari aku cik blog, ko xperlu menjawab soalan2 mungkar dan nangkir bila ko meninggalkan dunia ni, ko tak perlu menunggu amalan ko dihisab di akhirat, menunggu dengan penuh ketakutan kalau2 dosa kau lagi berat dari pahala, juga xperlu melalui titian sirat. aku takut dengan dosa2 aku, sempatkah aku menebus dosa2 itu dengan iman yang tidak seberapa ini? sempat kah aku memberatkan timbangan amal ku dengan sisa2 hidup yang xseberapa ni..

aku berharap aku sempat. Ya Tuhan, berikan kesempatan pada aku, hanya Engkau yang dapat memberikan kesempatan pada hamba mu yang sering lalai ini. aku takut akan neraka Allah, tapi aku tidak layak ke syurga Nya, 25 tahun usia aku, sebanyak mana yang aku mampu bawa sebagai bekalan aku kesana? sebanyak mana dosa yang bakal menarik aku ke neraka? terlalu banyak dosa aku, sering tewas pada hasutan syaitan dan nafsu. bila ingin berbuat kebaikan, aku sering tewas, sering mudah lupa dan senang berputus asa.

cik blog, aku sangat takut. masihkah terdapat cahaya di hujung jalan aku? ataupun hujung jalan ku ini membawa aku ke suatu lagi jalan yang gelap.aku risau dengan perasaan selesa, kerana aku sering lalai bila aku selesa. aku harap kali ini aku dapat beristiqamah. kalau ko mampu, aku akan mintak ko ingat kan aku tentang semua ni, ingatkan aku tentang dosa2 lalu yang menggunung itu....

sungguh disini terlalu byk dugaan. terlalu byk ujian, sehingga aku terasa seperti tidak yakin untuk menghadapi semua dugaan ini.........

Friday, March 4, 2011

khutbah sket...

hai cik blog, dah cantik kan ko skang ni,(suka la tu).. pandai tak aku mekap ko, haa, ko jangan ingat shahdan je yang pandai mekap, aku pun pandai gak.. memandang kan ko ni pompuan, xpegi semayang jumaat td, meh aku citer kat ko pasal khutbah tadi.. agak menarik gak khutbah td..

td khatib tu cerita pasal amanah.. amanah pada Allah, amanah pada Rasul, amanah pada mak bapak, dan amanah sesama manusia. amanah pada Allah ni kita kena beribadah la pada dia, kena sembahyang, zakat semua tu kena ada la. pastu pulak amanah pada Rasul, kita kena ikut apa yang dia ajar, dan yang dia larang tu kita jangan la buat.. pastu plak, amanah pada ibu dan bapa, cik blog, ko jangan buat muka sedih rindu kat mak bapak kat sini, ko tu komputer, mana ada mak bapak. sambung balik, amanah pada mak bapak ni, kita kena jaga maruah mereka, kena patuh pada mereka, jangan jadi anak yang derhaka, yang dia larang tu, walaupun kadang2 xsalah disisi agama kita jangan lah buat, sebab ada baik nya dia larang kita tu. jangan asyik dok bercinta sampai berkecai impian mak bapak nak tgk kita berjaya, pastu plak, jangan kebihkan orang lain dari mak bapak kita sendiri (ni memang kena tepat kat batang idung aku, nasib baik xpatah kalau ta dah mc dah arini)

pastu plak, amanah sesama manusia. ko jangan la terasa hati plak cik blog, ko patut rasa beruntung sebab ko tu komputer, xperlu nak jaga amanah sesama komputer.. contoh dia macam ni la, kalau kawan suruh kita jaga sesuatu untuk dia, kita jaga lah betul2, contoh dia, kalau kawan suruh kita jaga kebun dia, jangan lah kita plak yang pegi makan atau pegi jual semua hasil dia, lagi teruk, siap jual tanah kebun tu lagi.. mana boleh camtu..

yang aku perasaan la cik blog, orang2 ni, banyak yang konon2 nya jaga amanah dia ngn Allah, amanah dia ngn Rasul, tapi amanah dengan mak bapak dan amanah terhadap sesama manusia hancur. bila ditanya kenapa ko jual tanah member dia tu, atau kenapa ko jual semua hasil kebun member dia tu, lalu dijawab, "maafkan aku, semua ni dah ditakdirkan Tuhan, ko xleh marah, kalau ko marah maksudnya ko tak redha ngn ketentuan Tuhan".. apa pendapat ko cik blog pasal orang macam ni.. bagi aku tu, orang yang bercakap macam tu, mengikut ikutan setan la tu..

Wednesday, March 2, 2011

takutilah wanita


"Sesungguhnya dunia itu manis.
Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian.
Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu).
Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita"

sabda nabi Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a,

Tuesday, March 1, 2011

Kain Buruk

Dia mempunyai sehelai baju yang digunakan nya selama 2 tahun. Dia sudah tidak suka dengan baju itu dan tergila2 kan sehelai baju baru yang lagi cantik dari baju lamanya itu. Dia terpaksa memakai juga baju lama itu dengan penuh kebencian kerana dia belum mampu memiliki baju baru yang cantik itu, dan apabila dia berjaya memiliki baju baru itu, dia terus membuang baju lama nya besama sampah2 yang lain.. Huhu riwayat sehelai baju..

you're number four?

for someone you are number four but for me you are the first one... the first friend to betray and backstabbing me...

Monday, February 28, 2011

lost cause

air mata itu mengalir bukan kerana kehilangan, tapi kerana pengkhianatan dari mereka yang dia percaya...

lost love can heal, but the betrayal remain and leave it's scar...

Sunday, February 27, 2011

Unwritten rule

peraturan berkawan yang paling mula-mula sekali dan juga yang paling utama

JANGAN MENGORAT BOYFREN/GIRLFREN KAWAN SENDIRI DAN JANGAN LAYAN (JAUHKAN DIRI) KALAU DORANG MENGORAT KORANG.. PIKIR2 KAN LAH PASAL KAWAN TU.....

Friday, February 18, 2011

A letter from Mom and Dad }}



my child,
when i get old
i hope you understand and have patience with me

in case i break a plate,
or spill soup on the table,
because I'm loosing my eyesight,
i hope you don't yell at me.

older people are sensitive,
always have self pity when you yell,

when my hearing get worse,
and i can't understand you're saying
i hope you don't call me deaf
please repeat what you said
or write it down

I'm sorry my child
I'm getting older

when my knees get weaker,
i hope you have the patience to help me get up
like how i used to help you while you were little
learning how to walk

please bear with me

when i keep repeating my self
like a broken record,
i hope you just keep listening to me
please don't make fun of me,
or get sick of listening to me.

do you remember when you're little,
and you wanted a ballon?
you repeated yourself over and over
until you get what you wanted

please also pardon my smell
i smell like an old person
please dont force me to shower
my body is weak

old people get sick easily when they're cold
i hope i dont gross you out

do you remember when you were little,
i used to chase you around
because you didnt want to shower

i hope you can be patient with me
when i'm always cranky
its all part of getting old
you'll understand when you're older

and if you have spare time
i hope we can talk
even for a few minutes
i'm always all by myself all the time
and have no one to talk to

i know you busy with work
even if you're not interested in my stories
please have time for me

do you remember when you were little
i used to listen to your stories
about your teddy bear

when the time comes
and i get ill and bedridden
i hope you have the patience
to take care of me

I'm sorry
if i accidently wet the bed or make mess
i hope you have the patience
to take care of me during the last few moments of my life

when the time of my deadth comes
i hope you hold my hand
and give me strength to face death
and dont worry
when i finally meet our Creator
i will whisper in His ear to bless you
because you loved your mom and dad
thanks you so much for your care
we love you

Wednesday, February 16, 2011

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. " yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .

Friday, February 11, 2011

What come around goes around

Haha.. Tajuk nya bukan pasal muvi cina tu, tapi pasal karma. Korang percaya ngn karma tak? Apa yang korang buat, korang akan dapat balasan yang sama nanti, xkira la korang buat baik atau buat jahat.

Contoh dia, kalau korang buat baik ngn orang, korang akan dapat balasan yang setimpal gak nanti, xkira la dari orang tersebut atau orang lain. Kalau korang suka membantu, nanti korang susah, InsyaAllah, ada orang akan bantu korang. So jangan la korang takut atau malu atau kedekut untuk berbuat baik..

Begitu juga kalau korang berbuat jahat. Pasti akan dibalas, kalau bukan on the spot oleh orang tersebut, mungkin disuatu hari nanti. Contoh nya kalau korang mencuri barang orang, nanti mesti ada barang korang yang kena curi, kalau korang menipu orang, pasti suatu hari nanti korang akan ditipu. Kalau bercinta plak, kalau korang curang, xsetia, permainkan orang, korang pasti akan kena gak macam tu nanti. Nabi ada cakap (kalau xsilap aku la) orang yang baik/suci itu untuk orang yang baik/suci sahaja. So sebagai pengajaran dia, korang jgn la buat jahat, sebab nanti korang akan merasa balik. So kalau terasa nak buat jahat pasni, korang pikir dulu, kalau benda tu orang buat kat korang cmner? Korang mesti xnak kan? Haha.. So jangan la buat.. So pengajaran dia sebelum buat apa2, pikir la dulu... Adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 10, 2011

Kahwin?

Hahaha... Umur pun dah 25 tahun.. Dah dekat separuh umur dah ni. Dah mula dah terfikir pasal kahwin. Mungkin dah sampai seru dah. Tapi jodoh belum ada lagi ni. Macam mana ek? Takpe2.. Jodoh tu kita letak tepi dulu, bila2 je boleh jumpa, Tuhan yang tentukan semua tu kan? Kita cakap pasal belanja kahwin je dulu..

Okey. Mula2 bertunang.. Time bertunang ni, salu nya orang buat kecik2 je, cukup syarat. Biasa nya orang akan bagi sebentuk cicin belah pinang, harga dalam 400-500 la jugak. Pastu sepasang kain untuk buat baju nikah, harga dalam 200 la kain tu. Pastu majlis kecil2 untuk pertunangan tu, habis la dalam 2000.. Itu untuk pertunangan sahaja.

Pastu date akan ditetapkan, begitu juga dengan duit hantaran. Salunya orang bagi 10K. Jumlah hantaran pun akan ditentukan gak, biasa nya 7 balas 9. 7 lelaki bagi, 9 pompuan bagi.. Ok katalah yang dibagi tu adalah,
1. Set dompet dan belt (lelaki)
2. Handbag (pompuan)
3. Jam tangan (lelaki ngn pompuan)
4. Set perfume (lelaki dan perempuan)
5. Set sembahyang (l n p)
6. Kasut ( l n p)
7. Kek (l n p)
Itu contoh la, tapi ada gak yang bg laptop, henpon, gitar, kita kira average 1dulang rm1000, tambah barang kemas rm3000 dan barang mahal (laptop, kamera, etc rm5000) pastu cincin kawen dalam 3K, baju kawen lagi 3K.ok, dah siap preparation..

Untuk majlis pulak. Kenduri ke2-2 tempat, lbh kurang 15K, pastu pelamin mekap semua lebih kurang 5k, jurugambar plak 3K..

So hanya untuk berkahwin, pasangan itu perlu ada sekurang-kurang nya 63 ribu.. Pergh... Kalau kedua-dua sama sama kumpul 1000 sebulan, lebih kurang 3tahun baru cukup, xmasuk honeymoon lagi. Pergh.... Gila ar...

So, ikut lah cara Islam jangan ikut adat. Bukan kedekut, tapi berpada2 lah. Lagi lmbat kahwin, lagi susah, takut jadi apa2 plak..hummm...kalau aku la, aku nak simple2 je, dari habiskan duit byk tu untuk belanja kahwin, baik aku beli rumah atau keta untuk bini aku tu, lagi bagus kan.. Hahaha.. Anyway lain orang lain pendapat, lain juga kemampuan.. So pikir2 la.. Adios..

Sunday, February 6, 2011

Mesir oh mesir...

Mesir, bumi para Anbiya.. Dibumi tandus ini datangnya ramai nabi2 Allah, Bumi ini juga menyaksikan antara tamadun terawal manusia, di bumi ini terbinanya Universiti pertama didunia, dan kalau tak silap, hospital pertama jugak kat bumi ini. Di bumi ini terletak nya terusan suez, yang menhubung dan memendekan perjalanan dari timur ke barat. Di sini lahirnya tokoh2 islam terkemuka, antara nya hassan al bana dan juga pergerakan islam ikhwanul muslimin yang menjadi inspirasi kepada gerakan2 dan pertubuhan islam di serata dunia termasuk di bumi Malaysia.

baru2 ni, berlaku nya krisis di mesir, dimana penduduk mesir memberontak untuk menjatuhkan husni mubarrak, pemerintah yang dikatakan sekular, sekutu kuat amerika, dan tunduk kepada israel seperti mana anwar saddat dahulu. Mesir menjadi aset penting kepada kedua2 negara tersebut di timur tengah bersama2 arab saudi. Semenjak kalah di peperangan 6hari pada 1973, mesir menjadi pengecut, dan membiarkan penduduk palestine di sembelih oleh israel malah memmbantu dengan membuat tembok dan mengadakan sekatan kepada palestin. Dari segi logik akal, kerajaan begini memang patut dijatuhkan. Memang patut ditukar. Dan kerajaan baru yang mantap dan tidak tunduk kepada zionis mestilah dibentuk.

Tapi, jika dipikirkan kembali, kenapa zionis tidak melindungi anak buah mereka ini. Kenapa tidak melindungi kerajaan mesir? Ini kerana mereka memang telah menjangka kerajaan mesir akan dijatuhkan, mereka tidak mahu hosni dijatukan dengan aman. Mereka tidak mahu peralihan kuasa terjadi dengan aman. Kenapa? Kerana jika mesir di tangan yang betul, mesir boleh menjadi seperti iran yang tidak takutkan zionis. Sebab itu lah mereka merancang rusuhan. Dan rakyat yang inginkan kerajaan baru menjadi boneka mereka tanpa diketahui.

Dengan terjadinya rusuhan, kedai2 dibakar dan dirompak, pelabur dan warga asing melarikan diri, ekonomi mesir akan hancur. Tanpa ekonomi yang kukuh, sesebuah negara tidak akan dapat berdiri dengan stabil. Begitu juga dengan kerajaab baru dimesir nanti, akan mewarisi mesir yang ekonominya terbengkalai. Dan disini lah zionis akan menusuk jarum2 mereka. Mereka tidak ingin mesir menjadi seperti iran, malah mereka takut akan keadaan itu kerana pada perang 6hari atau yom kipur dulu, mereka hampir2 dikalahkan.

Mereka akan menggunakan senjata ampuh mereka, bank dunia dan IMF yang akan menghulurkan bantuan kepada mesir melalui pakej2 ransangan ekonomi mereka, tapi dengan syarat2 tertentu. Kerajaan yang terdesak akan menerima bantuan ini dan akan menyebabkan mereka berhutang. Tapi jika mereka menolak, tak mustahil mereka akan merangka satu lagi rampasan kuasa. Rakyat mesir buat masa sekarang tidak bersatu, mereka2 yang terhimpit akibat kesempitan ekonomi ini nanti akan mudah termakan umpan2 zionis. Dan rusuhan akan berlaku lagi.

Jadi, pada pandangan saya, gunakan laras yang betul untuk mengubah sesuatu, jika kita tersalah dan termasuk dalam perangkap zionis, buruk padahnya. Pikir pikirkan lah.. Adioss

P/s....
jika kerajaan islamik berjaya dibentuk, dan lantang mengecam israel atau membantu palestina. Tidak mustahil fitnah baru akan direka untuk menghalalkan dunia menyerang mesir sepetimana iraq (mempunyai senjata pemusnah besar), afghanistan (perlindungan kepada al-qaeda dan osama), dan juga iran (loji nukler untuk senjata)..

Wednesday, December 22, 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angina ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom:

1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan:

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.


Rawatan:


Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Tuesday, December 21, 2010

Embracing Imperfection - Very meaningful

When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad.

I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite!

When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said.

'Baby, I love burned toast.'

Later that night, I went to kiss Daddy good night, and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, 'Debbie, your Momma put in a hard day at work today and she's real tired. And besides-a little burnt toast never hurt anyone! You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook.'

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Burnt toast should never be a deal breaker.

We could extend this to any relationship in fact - as understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship!!"

Don't put the key to your happiness in someone else's pocket - but into your own.

People will always forget what you do, and they will always forget what you say, but they will never, ever forget the way you make them feel


This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Tuesday, September 28, 2010

Siapa lagi kalau bukan dia....



Baru2 ni, atau lebih tepat, minggu lepas, dunia dikejutkan lagi oleh seorang doktor yang daif ini, beliau datang dari iran dan merupakan pemimpin iran itu sendiri. Siapa lagi kalau bukan mahmoud Ahmedinejad. Jika dulu beliau menidakan peristiwa holocaust dan mendakwa peristiwa itu adalh mitos untuk mengambil simpati dunia kepada kaum yahudi, kali ini beliau mendakwa peristiwa 9/11 itu merupakan rancangan USA sendiri. Memang sudah ramai yang mengatakan hal ini dan ada yang telah mengemukakan bukti2 mereka. Tapi SIAPA YANG BERANI MENYATAKAN HAL INI DI PERSIDANGAN BANGSA2 BERSATU DI BUMI AMERIKA SENDIRI?? Siapa lagi kalau bukan pemimpin islam yang berani, SINGA ISLAM yang baru ini…

Ucapan beliau tidak di senamgi delegasi2 barat senimgga menyebabkan mereka angkat kaki dari persidangan, langkah itu dimulakan oleh delegasi USA dan di ikuti oleh Delegasi British dan delegasi sekutu2 kuat Amerika yang lain.. aku percaya yang kebanyakan mereka tahu dan percaya apa yang dikatakan oleh Ahmedinejad itu betul, Cuma mereka tu pengecut dan terpaksa akur dengan uncle sam dan seperti lembu yang disusuk hidung, mengikut langkah2 delegasi unce sam itu..

Ini adalah petikan ucapan beliau

Peristiwa 11 september 2001 yang telah member kesan kepada seluruh dunia selama hamper satu dekad. Dalam sekelip mata, berita serangan keatas menara berkembar itu disiarkan menerusi pelbagai media. Hamper semua Negara dan pemimpin mengutuk serangan itu, dan mesin propaganda telah bertindak dan mendakwa seluruh dunia berada dalam bahaya besar iaitu ancaman pengganas. Dan satu2 nya cara untuk mengatasi nya adalah dengan menyerang Afghanistan. Dan selepas Afghanistan ditakluk, Iraq pula di tawan.

Sila Perhatikan , dikatakan bahawa 3000 orang telah terbunuh dalam peristiwa 9/11, menyedihkan kita semua, tapi sehingga sekarang di Afghanistan dan Iraq, beratus ribu orang telah dibunuh dan berjuta lagi telah cedera dan kehilangan tempat tinggal dan konflik ini masih berterusan malah semakin berkembang.

Dalam mengenal pasti siapa yang terlibat dalam serangan itu, disini ada beberapa pendapat


1. Sebuah organisasi pengganas yang sangat kuat dan kompleks Berjaya menembusi setiap lapisan keselamatan dan perisikan amerika dan melancarkan serangan, inilah yang dipegang oleh kebanyakan rakyat amerika

2. Kerajaan amerika sendiri yang merancang serangan itu melalui agesi sulit mereka untuk memperbaiki ekonomi amerika yang sedang jatuh dan menguatkan cengkaman mereka di timur tengah untuk membantu regim zionis. Majority rakyat amerika dan Negara lain bersetuju dengan pandangan ini.

3. dilancarkan oleh pertubuhan pengganas, tetapi kerajaan amerika menyokong dan mengambil kesempatan penuh diatas situsai ini. Tapi, pendapat ini tidak dipersetujui ramai. Bukti utama yang menghubungkan insiden itu adalah beberapa passport yang dijumpai dalam timbunan runtuhan dan video individu yang mana asal usul nya tidak diketahui tetpi ada dinyatakan bahawa dia terlibat dalam perjanjian jual beli minyak dengan beberapa pegawai amerika. Ia juga dis elindungi dengan menyatakan bahawa semua bukti2 dan sisa2 penyerang berani mati itu hilang disebabkan api dan letupan.

Bagaimanapun ada beberapa persoalan yang perlukan jawapan

1. adakah tidak masuk akal siasatan menyeluruh dilakukan terlebih dahulu oleh pihak ke-3 untuk mengenal pasti elemen2 terlibat dalam serangan itu dan kemudian nya merancang satu tindakan waras untuk menentang mereka?

2. dengan menganggarkan bahawa pendapat kerajaan amerika itu betul, adakah ianya waras untuk melancarkan perang yang menyebabkan kematian beratus ribu nyawa semata2 untuk melawan kumpulan pengganas?

3. adakah tidak boleh untuk bertindak seperti mana iran melawan kumpulan pengganas Riggi yang membunuh dah mencederakan 400 rakyat iran. Dalam operasi itu tidak seorang pun mereka yang tidak bersalah cedera

semasa berucap, beliau tidak sedikit pun gentar untuk melontarkan buah fikiran beliau yang menentang setiap tindakan barat yang menindas umat islam. pemimpin berani seperti beliau la yang seluruh dunia islam perlukan. tolak ketepi perbezaan fahaman, syiah atau sunni, yang penting sekarang Islam secara keseluruhan nya, kepada pemimpin2 atau bakal2 pemimpin, contohilah manusia agung ini..
p/s untuk membaca ucapan ini secara keseluruhan sila klik link ini http://www.facebook.com/note.php?created&&note_id=447242443500#!/notes/mohamad-azam-awang/ucapan-dr-mahmoud-ahmadenijad-di-persidangan-pbb/447242443500

adios...