apa yang nak dicari

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Terima Kasih Mama

Sebelum kita lahir,
Ibu sudah menanggung rasa,
Pening-pening, mual-mual,
Menanggung berat kita
Didalam rahim mereka.


Saat kita dilahirkan
Ibu bertarung nyawa
Memilih nyawa kita
dari nyawa mereka
Semua sakit dan penat
Hilang bila kita melihat dunia


Semasa kita membesar
Ibu mengajar kita berjalan
Berlari dan bercakap
Menjaga keperluan kita
Lebih dari keperluan sendiri


Bila kita pandai berkata-kata
Ibu tanpa jemu mendengar
Menjawab pertanyaan kita tentang dunia
Mengajar kita mengenal ciptaan Tuhan


Bila kita bersekolah
Ibu membangukan kita
Memanaskan air mandi kita
Menyiapkan kita untuk menimba ilmu


Ibu, tanpa kenal erti jemu dan bosan
Memenuhi setiap keperluan kita
Selagi mereka termampu


Bila kita sakit,
Ibu sentiasa di sisi kita
Menjaga kita tanpa menghiraukan kesihatan sendiri
Kalau boleh, biar mereka yang sakit
Asal kita sihat dan ketawa..


Kesusahan sendiri disorokan
Agar kita tidak risau
Dan sentiasa bahagia


Tapi apabila kita dewasa
Berkerjaya dan berkeluarga
Adakah kita ingat akan mereka
Mereka yang tidak pernah mengharap balasan
Dari kita anak-anak mereka.


Terima kasih mama kerana melahirkan saya... I love you evey single time..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 8, 2011

selamat hari wanita..

hai cik blog, aku nak wish selamat hari wanita kat ngko dan semua wanita2 lain kat dunia ni.. yang jantan tapi berangan nak jadi wanita tu, jangan terlebih2 nak celebrate yer..

wanita ni sebenarnya yang membuatkan hidup kita, malah dunia ini lebih berseri. tanpa penglibatan mereka, dunia hari ini tidak seperti apa yang kita lalui. byk perkara yang dicetuskan atau tercetus kerana wanita, contohnya, penubuhan gereja anglican dan juga revolusi perancis. kita persetankan semua itu keran semua itu tidak penting bagi aku, hari ni, aku nak mengajak ko untuk mengenali tokoh2 wanita pada zaman Nabi.

1. Siti Aminah
merupakan Ibu kepada baginda, wanita yang paling bertuah kerana dari rahim nya lahir hamba Allah yang paling agung. mengalami kesusahan ketika mengandungkan Nabi kerana suaminya Abdullah telah meninggal dunia. namun semua itu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

2. Hallimatul Sa'diah
seorang lagi wanita yang sangat bertuah. menjadi ibu susuan Nabi dan memelihara Nabi ketika zaman kanak-kanak baginda. keperibadian Nabi banyak terbentuk semasa di bawah jagaan wanita mulia ini.
lagu halimatul sa'diah




3. Siti Khadijah
wanita ini dimuliakan Allah untuk menjadi Isteri kepada baginda, Merupakan manusia pertama yang memeluk Islam. beliau berasal dari keturunan bangsawan, tetapi tanpa menghiraukan status dan harta nya beliau mengahwini Nabi yang serba kekurangan. banyak menghabiskan beliau untuk perkembangan Agama Islam, juga wanita yang mententeramkan Nabi selepas Nabi menerima wahyu pertama. Kematian nya membuatkan Nabi bersedih sudah cukup untuk menggambarkan ketinggian kedudukan nya di kalangan ummat Islam.
lagu siti khadijah




4. Summayyah
antara pemeluk Islam yang terawal bersama anak nya Ammar dan suami nya Yassir. merupakan hamba kepada Abu Hudzaifah. Diseksa dan terpaksa melihat anak dan suami yang dicintai diseksa setelah keislaman mereka diketahui. tetap teguh dengan iman sehinggalah dia menemui ajal di hujung lembing abu jahal. Nabi yang melihat penyeksaan itu hanya mampu menyabarkan mereka dengan berkata "sabarlah keluarga Yassir, kerana tempat kalian adalah di syurga". lagu sumayyah



terdapat ramai lagi tokoh2 wanita Islam yang kecintaan mereka pada Islam adalah setanding dengan sahabat-sahabat yang lain. untuk mengetahui secara lebih detail, sila lawati  kisah dan teladan wanita Islam

wanita2 pada zaman sekarang ni, kalau dapat mengikuti walau sedikit pun jejak atau teladan wanita2 mulia ini, anda seharusnya bersyukur dan berbangga (bukan riak atau takbur) kerana anda terpilih untuk mengikuti jalan yang diredhai Allah.. Alhamdulillah..  

ok la cik log, nak start buat kerja dah ni, kepada wanita2 sekalian, selamat hari wanita, dunia tidak berseri tanpa anda semua... adios

Friday, March 4, 2011

khutbah sket...

hai cik blog, dah cantik kan ko skang ni,(suka la tu).. pandai tak aku mekap ko, haa, ko jangan ingat shahdan je yang pandai mekap, aku pun pandai gak.. memandang kan ko ni pompuan, xpegi semayang jumaat td, meh aku citer kat ko pasal khutbah tadi.. agak menarik gak khutbah td..

td khatib tu cerita pasal amanah.. amanah pada Allah, amanah pada Rasul, amanah pada mak bapak, dan amanah sesama manusia. amanah pada Allah ni kita kena beribadah la pada dia, kena sembahyang, zakat semua tu kena ada la. pastu pulak amanah pada Rasul, kita kena ikut apa yang dia ajar, dan yang dia larang tu kita jangan la buat.. pastu plak, amanah pada ibu dan bapa, cik blog, ko jangan buat muka sedih rindu kat mak bapak kat sini, ko tu komputer, mana ada mak bapak. sambung balik, amanah pada mak bapak ni, kita kena jaga maruah mereka, kena patuh pada mereka, jangan jadi anak yang derhaka, yang dia larang tu, walaupun kadang2 xsalah disisi agama kita jangan lah buat, sebab ada baik nya dia larang kita tu. jangan asyik dok bercinta sampai berkecai impian mak bapak nak tgk kita berjaya, pastu plak, jangan kebihkan orang lain dari mak bapak kita sendiri (ni memang kena tepat kat batang idung aku, nasib baik xpatah kalau ta dah mc dah arini)

pastu plak, amanah sesama manusia. ko jangan la terasa hati plak cik blog, ko patut rasa beruntung sebab ko tu komputer, xperlu nak jaga amanah sesama komputer.. contoh dia macam ni la, kalau kawan suruh kita jaga sesuatu untuk dia, kita jaga lah betul2, contoh dia, kalau kawan suruh kita jaga kebun dia, jangan lah kita plak yang pegi makan atau pegi jual semua hasil dia, lagi teruk, siap jual tanah kebun tu lagi.. mana boleh camtu..

yang aku perasaan la cik blog, orang2 ni, banyak yang konon2 nya jaga amanah dia ngn Allah, amanah dia ngn Rasul, tapi amanah dengan mak bapak dan amanah terhadap sesama manusia hancur. bila ditanya kenapa ko jual tanah member dia tu, atau kenapa ko jual semua hasil kebun member dia tu, lalu dijawab, "maafkan aku, semua ni dah ditakdirkan Tuhan, ko xleh marah, kalau ko marah maksudnya ko tak redha ngn ketentuan Tuhan".. apa pendapat ko cik blog pasal orang macam ni.. bagi aku tu, orang yang bercakap macam tu, mengikut ikutan setan la tu..

Sunday, January 23, 2011

Suratan atau kebetulan..

"Esok pinjam kete ngko jap, aku nak pg hantar barang kat umah akak aku" kata aku pada si fifi. Dia balas, ok je, tapi bagus pg ptg ni terus je, sebab aku nak pg skudai gak, nak pg factory outlet". Pastu perjalanan tengah hari aku berjalan seperti biasa.. Petang tu plak aku pun bersiap la, tiba2 teringat lak ada pasar malam, "kita pg pasar malam dulu la, nanti pastu kita gi skudai" cakap ku. Tapi fifi suruh pg skudai dulu, pergi kejap je, pastu g pasar malam balik terus tgk bola. Ok gak idea fifi tu, pastu bersiap2 lka kitorang utk pg ke skudai. Perjalanan macam biasa xder benda yang menarik. Sampai2 je rumah kak long aku, lepas letak2 barang, kak long aku cakap dia nak pg klinik, si zaim demam, (tapi time tu aku tgk dia ok lagi), so kitorang pun terus la pergi al ihsan tu, tengah sedap2 tgk2 baju (tgk je yang mampu bt masa ni), tiba2 kaklong call, dia mintak tolong hantar pg hospital, doktor cakap zaim kena p hospital. Aku pg la ke klinik tu. Klinik penawar nama dia, mintak tolong fifi follow pg spital sama sebab senang nak balik nanti, pastu aku drive la, mula2 ok, pastu lepas je kawasan UTM, mata si zaim terbeliak dan dia xsedarkan diri, kaklong aku terus meraung2, aku xboleh nak buat apa sebab tgh drive, aku dah jadi panik tambah2 dengan kak long dok goncang2 bahu aku, aku xmampu nak buat apa, hanya mampu suruh dia istighfar sambil aku memijak pedal minyak selaju2 nya, pastu kaklong suruh patah balik pg klinik tadi, zaim makin teruk, senyap macam xbernyawa, aku makin risau, tangan aku dah menggeletar, tapi nasib aku boleh kontrol diri lagi time tu, aku buka emergency light, pastu hon semua keta kat depan aku mintak2 dorang paham dan memberi laluan. Alhamdulillah kebanyakan mereka ni paham. Bila sampai ke klinik je terus kak long lari bawak zaim masuk, dia belom sedar lagi, aku makin la risau xterkira rokok aku hisap nak bagi relax sket, lepas 30 minit baru la kaklong kuar, dia cakap lepas kena suntik baru zaim sedar, skarang ni tengah tgu ambulan.. Dalam kelegaan tu, aku terfikir, macam mana kalau aku xjadi pg skudai tadi, macam mana kalau kak long yang drive sendiri pg hospital, Syukur pada tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.. Alhamdulillah, selepas sejam zaim kat kritikal wad, dia dah dipindahkan ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.