apa yang nak dicari

Showing posts with label palestine. Show all posts
Showing posts with label palestine. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Yang Mana Tumpuan Kita

Salam cik blog.. Kenyang ni, makan tomyam ayam tadi.. Alhamdulillah.. Apa? Nak resepi, ala, malas la tulis resepi tomyam, senang je nak buat kan. Xthrill langsung.. Hehehe...

Dah 3hari berlalu, baru aku nak tulis pasal gempa kat jepun tu.. Seluruh tumpuan manusia dunia beralih kepada bencana alam tu. "Japan, we are with you" itu lah kata-kata slogan bersimpati pada jepun. Tapi seriusli bagi aku, "ada aku kisah" tu je yang aku boleh cakap. Bukan aku xambik tahu pasal penderitaan orang jepun, dan bukan juga aku xambik pengajaran dari bala Tuhan tu, tapi perhatian aku lebih tertumpu kepada perkara lain.

Perkara tersebut ialah, keputusan Israel untuk menambah beratus ratus penempatan Haram kat tebing barat. Ya HARAM, bermaksud merampas tanah2 rakyat palestine, menghalau rakyat palestine dan meruntuhkan rumah2 rakyat palestine demi untuk menampung pertambahan bilangan rakyat Israel..

Setakat ini, yang aku tahu hanya USA yang bersuara dengan menyatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Israel itu. Tapi dengan ekonomi mereka dikawal oleh yahudi, apa yang mereka boleh buat? Kita ni lagi la, kita hanya mampu berdoa je kepada mereka. Tapi kalau benda-benda macam ni kita xtahu dan tak ambik kisah, bagaimana kita ingin membantu dan berdoa???...pikir-pikirkan lah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 9, 2011

kita yang sering terlupa

assalam cik blog, aku tengah kekeringan idea ssebenarnya huk huk.. tapi aku gagahkan diri gak untuk bercerita ngn ko hari ni, kang kalau aku xlayan kan ko merajuk plak, cakap aku salu abaikan ko la, xsetia ngn ko la, xbagi nafkah la (erkk.. ko bini aku ke nak kena bagi nafkah, cuba la sedar sket yang ko tu komputer) haaa.. kan aku dah melalut.. Astaghfirullah...

aku sebenarnya nak bercerita pasal saudara-saudara seagama aku di malaysia ni.. 2-3 menjak ni, banyak isu yang di berlaku di dunia, dan juga di Malaysia sendiri. bermula ngn rusuhan di mesir, pastu pasal ada yang nak tiru dan buat kat malaysia plak, pastu pasal rusuhan kat libya plak dan yang terbaru pasal prk berkembar kat kerdau dan kat merlimau.. yang aku "respek" saudara2 seagama ngn aku kat malaysia ni, bila ada pilihanraya, xkira kecil ke besar ke, dorang akan menumpukan seluruh perhatian kat benda tu, dah jadi macam perkara wajib plak, sehingga boleh melupakan isu2 yang lain dalam sekelip mata. (kecuali bola). boleh di ibaratkan macam nak pergi berperang pada zaman Nabi S.A.W dimana pernah aku ceritakan kat ngko yang ada sahabat yang xsempat mandi junub sebab xsabar nak menyertai peperangan. betapa dasyat nya pilihanraya kat Malaysia ni..

tapi aku bukan nak bercerita pasal kedasyatan pilihanraya kat malaysia ni (mungkin akan bercerita nanti kat ko) buka jugak nak bercerita pasal krisis mesir ngn libya, tapi satu isu yang kita semua sering lupa dan kalau ingat pun bermusim, bila tiba musim dia, maka penuhlah facebook dengan komen2 tentang isu ini.. Ya.. isu PALESTIN..

sepanjang tahun ini la, ataupun kita start dari Malaysia menang bola tahun lepas, ada kita semua igt ngn Palestin. isu yang paling penting bagi ummat Islam sekarang. di mana saudara2 kita disana disembelih disiksa setiap hari, kelaparan dan tangisan yang menjadi peneman hidup mereka sehari2.. ada kita ingat?? disebalik kemeriahan CNY, di selangi dengan bunyi2 Mercun kita bergembira sambil melihat pertunjukan bunga api dan tarian singa, ada kita fikirkan rakyat Palestine? bagaimana keadaan mereka disana? kehidupan yang diselangi dengan bunyi2 senapang dan mortar sambil menyaksikan bom2 fosforus di tembak kearah mereka dan juga kegagahan kereta-kereta kebal Israel. kenapa kita selalu lupa pada mereka??

telah menjadi tanggungjawab seluruh ummat Islam untuk membela nasib Palestine, kebaikan yang saya nampak dari krisis mesir adalah semoga Palestine terbela dengan kejatuhan kerajaan hosni mubarrak, tidak lebih dari itu. walaupun tembok itu diruntuhkan? tapi sudah selamatkah rakyat Palestine? kenapa kita selalu lupa?? adakah bila ada gambar2 pembunuhan kejam berlaku lagi baru kita akan teringat kepada mereka untuk sekejap? adakah bila ada bantuan di "hijack" oleh israel baru kita akan melaung2 kan hidup palestine dan save gaza? common la, sudahkan apa yang kita buat. contoh nya, bila kita laung2 kan semangat "save gaza" "free Palaestine" kita laungkan nya sehingga matlamat kita itu tercapai. jangan sekadar menjadi pak turut yang takut diherdik atau disindir bila tidak mengikut yang lain..

ingat la saudara2 ku sekalian, isu palestine tidak akan selesai selagi palestine tidak aman. aku sedar ramai antara kita yang tidak mampu untuk kesana seperti yang dilakukan oleh angota2 fortila yang ditangkap hari tu, aku pun xberkemampuan. tapi kita masih boleh menyumbang dengan wang ringgit atau pun sekadar mengingatkan teman2 yang lain akan penderitaan rakyat palestine.

aku lebih rela malaysia xpernah menang bola,
aku lebih rela tiada pilihan raya di malaysia,
aku lebih rela gaddafi terus berkuasa,
asalkan isu palestine terus di hati kita semua...

adios....

Sunday, January 16, 2011

Apa nilai palestine di mata billionaire arab

Hartawan arab, sheikh Mansur dah habis kan lebih dari £1billion untuk beli player baru manchester city!! Nilai ini termasuklah kos gaji dan pembaharuan kontrak pemain city. tapi penduduk palestin terus merana, cuba bayangkan apa yang boleh dibuat di Palestine dengan hanya suku nilai tu? Cuba bayangkan berapa tan makanan boleh dibeli untuk rakyat palestine, berapa banyak sekolah boleh dibuka, berapa banyak rumah boleh dibina. Tapi duit sebanyak tu dihabiskan utk kegilaan bola sepak dia sendiri. Bangsa arab, bangsa Nabi, sepatutnya melindungi palestin, tapi mereka lebih sayangkan Israel dari palestin sendiri, bagaimana hormat untuk bangsa ini boleh terus kekal dihati umat Islam?? Bangsa yang paling kedekut menghulur bantuan bila saudara seagama sendiri dalam kesusahan. Bangsa ini nampak nya Memalukan Nabi.. Dah la jadi sekutu kuat israel dan usa, pastu saudara seagama ditindas, so apa yang nak dipandang sangat ngn bangsa Arab ni?? Huh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.