apa yang nak dicari

Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Pelik!!!

Sepanjang aku memancing dari kecik sampai besar, dari memancing kat tali air sampai mancing kat laut, dari menaut dan guna pancing buluh sampai la guna abu garcia, byk gak benda2 pelik yang sangkut kat mata kail aku ni, antaranya, ketam, katak, burung (menaut) dll.. Tapi hari ni aku memang xpercaya ngn apa yang sangkut kat mata kail aku tu. Korang tahu apa? ANAK PENYU.. Seriusly aku pun terkejut.. Anak penyu boleh sangkut. Aku igt hewan ni dah nak pupus. Tapi senang2 je bole sangkut.. Pelik2.. Haha..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 21, 2010

Bapak lipan berbulu??

spesis apa kah ini??? nampak macam landak laut, macam ulat gongok gergasi pun ada, tp ke2-2 nya bukan.... so spesis apakah ini??








Saturday, January 2, 2010

undang-undang mengundang marah

ni contoh2 undang2 pelik kat amerika,

Alabama
diharam main domino ngn solitaire time weekend,kalau korang letak garam atas rel ketapi, korang boleh kena hukuman mati...

arizona
di tucson, pompuan xleh pakai seluar


Arkansas
laki bole pukul bini dia sekali sebulan, kalau mengorat kat tengah2 jalan bole kena penjara.

California
korang xleh pasang perangkap tikus kalau xde lesen memburu, korang xleh makan oren dalm tab mandi,di blyth korang kena bela sekurang2 nya 2ekor lembu kalau nak pakai kasut cowboy.

Colorado
kat denver, korang xleh bg jiran sebelah rumah korang pinjam vacuum

connecticut
korang xleh kiss bini korang pada hari ahad...

hawaii
korang kena saman kalau korang xder bot

idaho
kotrang xleh kelihatan muram
kalau nak beli bawang bila dah malam, kena ada permit

kentucky
korang xleh beli yopi kalau suami korang xizin(pompuan)

Louisiana
korang xleh tangkap cicak waktu malam..

orego
korang xleh makan aiskrim pada hari ahad

south corolina
korang xleh jual alat muzik pada hari ahad

tennesse
pompuan xleh call laki ajak kuar date

virginnia
korang xleh drive kalau xpakai kasut,

Washington
lolipop kena ban, xleh beli produk dagibg pada hari ahad, xleh beli cadar pada hari ahad,tv pun xleh dibeli pada hari ahad

pelik dan aneh

1- Gas methane yang terdapat pada timbunan najis **** di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang **** bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku **** berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.

2- Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.
Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.

3- Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.

4- Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.

5- Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.

6- Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.

7- Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum.

8- Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.

9- Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati.

tribute to-- ezoha.com