apa yang nak dicari

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

LeLaKi dAn WanItA

Selalu juga aku terbaca di emel2 foward atau di laman-laman sosial tentang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Dan kebanyakan wanita suka mengepost benda2 ni di page2 atau di blog2 mereka.

Yang salu nya, mereka inginkan lelaki yang sempurna, macam kuat agama (macam ustaz), hensem, byk duit, salunya mereka letak agama je tapi dalam hati kompom ada yang lagi dua tu. Even pelacur pun begitu jugak. Mengimpikan lelaki-lelaki yang sempurna.

Maka si lelaki-lelaki ni pun berebut-rebut la menunjuk yang dorang kuat agama demi menarik hati si wanita. Hilang sudah keikhlasan di situ.

Tapi bila di tanya pada lelaki, wanita bagaimana pilihan mereka, jawapan mereka juga lebih kurang sama, even ustaz pun akan bagi jawapan yang sama, wanita yang setia dan mereka layak untuk nya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 22, 2011

We are monsters?

Mereka bicarakan Al-Quran selama lapan minit. Memutuskan yang Al-Quran bersalah kerana menyebabkan keganasan, dan menjatuhkan hukuman bakar kepada Al-Quran. Siapa yang salah? Mereka kerana membakar Quran atau kita yang tidak menghayati isi kandung Al-Quran?


Realitinya, mereka sebenarnya salah faham kepada ummat Islam sekarang, mereka tersalah anggap yang kesemua ummat Islam berpegang teguh kepada Quran. Jadi tanpa memahami isi kandungan Quran, mereka mengadili Quran berdasarkan kelakuan Ummat Islam pada zaman sekarang..


Adakah kita raksasa? Cuba kita jawab soalan itu, adakah kita manusia atau raksasa/binatang? Cuba kita lihat, masalah buang bayi, paling ramai adalah dari kalangan muslim, jadi adakah kita manusia atau binatang??


Perihal membuat tembok dan menindas saudara seagama di palestine, sama seperti membantu Israel menyembelih rakyat palestine, adakah mereka ini manusia atau binatang??


Suicide bomber yang bukan setakat membunuh tentera-tentera kafir, malah membunuh saudara seagama di pasar2, adakah mereka manusia atau binatang??


Itu sekadar sedikit contoh untuk kita semua, kita terlalu cepat melenting bila kita merasakan maruah kita diperkotak katik kan. Tapi adakah kita sedar yang semua ini terjadi atas kelalaian dan kealpaan kita sendiri. Mungkin juga perkara ini sebagai satu wake-up call untuk kita semua.


Sedarlah wahai muslim yang maruah kamu semua diperlakukan seperti daging busuk kerana kamu sendiri yang tidak menjaganya. Jangan la bersifat seperti seorang pelacur yang mengamuk bila dicela kerana pekerjaan nya itu.... W'salam

p/s.. kagum dengan keyataan seseorang yang sekarang ada teknologi canggih untuk membuat watak video sama seperti seseorang.. habis la pelakon2 semua, xleh cari makan la pasni.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 16, 2011

pengikut nostradamus ke??

cik blog, aku nak citer benda yang datangnya dari mail dan blog2 yang berlegar-legar... pasal  tsunami kat jepun tu. entry ni sah2 aku kena balun ngn sesetengah golongan yang konon mulia ni nanti.. 1st of all aku nak bgtahu yang aku beriman dengan Quran dan aku percaya isi kandungan nya. tapi sesetengah orang yang tak respek pada kata-kata Allah ni yang membuatkan aku bengang. berikut adalah apa yang dikatakan oleh mereka yang konon-konon nya pengkaji Quran.

Tsunami jepun..


1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4.


1. Rujuk di Quran.


Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Kedudukan Jepun 


Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi.

4. Hari melapetaka.

Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.


 inilah kandungan mel2 berantai tersebut.. satu perkara yang aku tahu adalah, mereka-mereka yang membuat benda ni terlalu taksub dan terpengaruh ngn ramalan-ramalan nostradamus.. korang perasan tak yang benda-benda ni terjadi selepas berlaku nya sesuatu peristiwa. ini kerana orang yang konon nya pengkaji tu, nak benda tu ada dalam Quran sebab tu la dia mengaitkan setiap benda tu dengan Quran.

kenapa perlu menggunakan kalendar hijrah? setahu aku, kalendar hijrah dan kalendar gregory tu dua-dua hasil ciptaan manusia dan kedua-dua nya bukan wahyu. yang beza nya kalendar gregory mengikut bumi mengelilingi matahari dan kalendar hijrah mengikut bulan. kalendar hijrah mula digunakan pada zaman hazrat Umar.kalau korang nak cakap yang pembuat kalendar tu menggunakan akal fikiran yang diberikan Allah aku xtahu nak cakap apa lah, sebab semua milik manusia ni dipinjamkan oleh Allah, termasuklah pereka kalendar gregory.

kenapa guna juzuk ke 14, bukan menggunakan surah ke berapa yang selalu orang guna? pastu plak, korang tahu ke tak yang bilangan ayat Quran tu berbeza mengikut pendapat. Al-Quran diturunkan secara terus melalui Jibril yang mempedengarkan nya kepada Nabi, orang yang menyalin Quran tu yang meletak kan tanda berhenti kat setiap ayat tu mengikut apa yang dorang dengar dari nabi, dan ada antaranya meletakkan tanda berhenti apabila nabi berhenti untuk mengambil nafas. (tapi jangan la pulak korang percaya yang ada ayat Quran yang tiada dalam Quran, sesetengah orang panggil Quran hakiki, bahaya tu).


pastu dengan zon masa kat bumi ni, sepa plak yang tentukan? dengan menjadikan Greenwich kat london tu sebagai centre. manusia jugak tu kan..yang paling penting la, kalau betul la dorang ni pengkaji, kenapa dorang xkaji dan maklumkan benda ni sebelum ianya terjadi?? kan banyak nyawa manusia boleh diselamatkan?. please la tolong la jangan ikut penganut agama nostradamus tu. jangan Hina Quran ngn konon-konon kajian korang tu. pastu yang tukang foward pulak, tolong jadi manusia yang pandai berfikir. jangan main percaya ngn benda-benda ni semua. bila baca, korang dengan bangga nya foward dan ada yang claim dia pun tengah buat kajian yang serupa, tapi bila benda tu di sangkal dengan bukti-bukti kukuh, dengan xmalunya mengaku dia xpernah percaya dan tengah kumpul bukti nak menyangkal benda tu.. common lahh..

p/s sekali lagi aku nak bagitahu aku beriman dengan Al-Quran dan perkara Ghaib. tapi aku xkan sesekali beriman ngn benda-benda melalut macam ni.. adios.....

Monday, March 14, 2011

Yang Mana Tumpuan Kita

Salam cik blog.. Kenyang ni, makan tomyam ayam tadi.. Alhamdulillah.. Apa? Nak resepi, ala, malas la tulis resepi tomyam, senang je nak buat kan. Xthrill langsung.. Hehehe...

Dah 3hari berlalu, baru aku nak tulis pasal gempa kat jepun tu.. Seluruh tumpuan manusia dunia beralih kepada bencana alam tu. "Japan, we are with you" itu lah kata-kata slogan bersimpati pada jepun. Tapi seriusli bagi aku, "ada aku kisah" tu je yang aku boleh cakap. Bukan aku xambik tahu pasal penderitaan orang jepun, dan bukan juga aku xambik pengajaran dari bala Tuhan tu, tapi perhatian aku lebih tertumpu kepada perkara lain.

Perkara tersebut ialah, keputusan Israel untuk menambah beratus ratus penempatan Haram kat tebing barat. Ya HARAM, bermaksud merampas tanah2 rakyat palestine, menghalau rakyat palestine dan meruntuhkan rumah2 rakyat palestine demi untuk menampung pertambahan bilangan rakyat Israel..

Setakat ini, yang aku tahu hanya USA yang bersuara dengan menyatakan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Israel itu. Tapi dengan ekonomi mereka dikawal oleh yahudi, apa yang mereka boleh buat? Kita ni lagi la, kita hanya mampu berdoa je kepada mereka. Tapi kalau benda-benda macam ni kita xtahu dan tak ambik kisah, bagaimana kita ingin membantu dan berdoa???...pikir-pikirkan lah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 9, 2011

kita yang sering terlupa

assalam cik blog, aku tengah kekeringan idea ssebenarnya huk huk.. tapi aku gagahkan diri gak untuk bercerita ngn ko hari ni, kang kalau aku xlayan kan ko merajuk plak, cakap aku salu abaikan ko la, xsetia ngn ko la, xbagi nafkah la (erkk.. ko bini aku ke nak kena bagi nafkah, cuba la sedar sket yang ko tu komputer) haaa.. kan aku dah melalut.. Astaghfirullah...

aku sebenarnya nak bercerita pasal saudara-saudara seagama aku di malaysia ni.. 2-3 menjak ni, banyak isu yang di berlaku di dunia, dan juga di Malaysia sendiri. bermula ngn rusuhan di mesir, pastu pasal ada yang nak tiru dan buat kat malaysia plak, pastu pasal rusuhan kat libya plak dan yang terbaru pasal prk berkembar kat kerdau dan kat merlimau.. yang aku "respek" saudara2 seagama ngn aku kat malaysia ni, bila ada pilihanraya, xkira kecil ke besar ke, dorang akan menumpukan seluruh perhatian kat benda tu, dah jadi macam perkara wajib plak, sehingga boleh melupakan isu2 yang lain dalam sekelip mata. (kecuali bola). boleh di ibaratkan macam nak pergi berperang pada zaman Nabi S.A.W dimana pernah aku ceritakan kat ngko yang ada sahabat yang xsempat mandi junub sebab xsabar nak menyertai peperangan. betapa dasyat nya pilihanraya kat Malaysia ni..

tapi aku bukan nak bercerita pasal kedasyatan pilihanraya kat malaysia ni (mungkin akan bercerita nanti kat ko) buka jugak nak bercerita pasal krisis mesir ngn libya, tapi satu isu yang kita semua sering lupa dan kalau ingat pun bermusim, bila tiba musim dia, maka penuhlah facebook dengan komen2 tentang isu ini.. Ya.. isu PALESTIN..

sepanjang tahun ini la, ataupun kita start dari Malaysia menang bola tahun lepas, ada kita semua igt ngn Palestin. isu yang paling penting bagi ummat Islam sekarang. di mana saudara2 kita disana disembelih disiksa setiap hari, kelaparan dan tangisan yang menjadi peneman hidup mereka sehari2.. ada kita ingat?? disebalik kemeriahan CNY, di selangi dengan bunyi2 Mercun kita bergembira sambil melihat pertunjukan bunga api dan tarian singa, ada kita fikirkan rakyat Palestine? bagaimana keadaan mereka disana? kehidupan yang diselangi dengan bunyi2 senapang dan mortar sambil menyaksikan bom2 fosforus di tembak kearah mereka dan juga kegagahan kereta-kereta kebal Israel. kenapa kita selalu lupa pada mereka??

telah menjadi tanggungjawab seluruh ummat Islam untuk membela nasib Palestine, kebaikan yang saya nampak dari krisis mesir adalah semoga Palestine terbela dengan kejatuhan kerajaan hosni mubarrak, tidak lebih dari itu. walaupun tembok itu diruntuhkan? tapi sudah selamatkah rakyat Palestine? kenapa kita selalu lupa?? adakah bila ada gambar2 pembunuhan kejam berlaku lagi baru kita akan teringat kepada mereka untuk sekejap? adakah bila ada bantuan di "hijack" oleh israel baru kita akan melaung2 kan hidup palestine dan save gaza? common la, sudahkan apa yang kita buat. contoh nya, bila kita laung2 kan semangat "save gaza" "free Palaestine" kita laungkan nya sehingga matlamat kita itu tercapai. jangan sekadar menjadi pak turut yang takut diherdik atau disindir bila tidak mengikut yang lain..

ingat la saudara2 ku sekalian, isu palestine tidak akan selesai selagi palestine tidak aman. aku sedar ramai antara kita yang tidak mampu untuk kesana seperti yang dilakukan oleh angota2 fortila yang ditangkap hari tu, aku pun xberkemampuan. tapi kita masih boleh menyumbang dengan wang ringgit atau pun sekadar mengingatkan teman2 yang lain akan penderitaan rakyat palestine.

aku lebih rela malaysia xpernah menang bola,
aku lebih rela tiada pilihan raya di malaysia,
aku lebih rela gaddafi terus berkuasa,
asalkan isu palestine terus di hati kita semua...

adios....

Sunday, March 6, 2011

MLM

Assalamualaikum cik blog tersayang.
Hari ni aku nak citer pasal mlm kat ngko. Haa.. Jangan xpercaya plak. Tapi aku bukan nak suruh ko join, sebab ko komputer bukan orang.. Haha..
MLM ni bg aku adalah MLM yang terbaik dan terlama yang pnah ada kat dunia ni sebenarnya. Bukan CNI atau LUXOR. Xda produk pun yang perlu dijual. Dan yang bagus nya, kita hanya perlu bercakap ngn orang je.
Untuk MLM ni, kita xpayah cari orang utk jadi ahli. Sebab ahli nya memang dah ramai, dan kebanyakan mereka xsedar yang mereka dah jadi ahli sebenarnya. Tapi malangnya, kebanyakan ahli-ahli MLM ni pasif, tidak aktif. Dan kerja kita hanyalah menjadikan ahli2 yang pasif ini sebagai ahli yang aktif..
Ganjaran?? Ganjaran dia byk kalau ko nak tahu cik blog. Selagi ahli2 yang kita pengaruhi untuk jadi ahli aktof ni buat kerja dorang, selagi tu kita akan mendapat ganjaran. Kalau dia pengaruhi orang lain plak, ganjaran kita makin la bertambah2.. Cuba kau bayangkan kat malaysia je lebih sejuta ahli. Haa.. Berapa banyak ganjaran yang ko dapat? Cu kira cu kira.. Haha..
Ko nak tahu apa MLM ni? Boleh, MLM ni adalah Agama Islam tu sendiri. Kalau kita mengajak ke arah kebaikan, pahala yang kita dapat tu xternilai. Kalau kita berjaya pulak, Subhanallah.. Senang kita kat sana nanti..
Aku pun sebenarnya baru sedar perkara ni cik blog, dan aku pun xlah aktif sangat. Sekadar cukup makan je. Tp InsyaAllah, aku sedang berusaha ke arah itu.. Sama2 lah kita mengajak kawan2 dan saudara kita ke arah kebaikan. Xsusah pun, kita jaga rukun iman dan rukun Islam kita. Memang la kalau nak bagus, kena ikut semua yang nabi buat. Tp untuk permulaan, kita jaga tiang agama kita. Lepas tu barulah kita naik setingkat setingkat.
Nak tahu sebab dia?? Tahu tak siapa yang paling xsuka kalau orang islam cuba mengisafkan diri?? Ya.. Syaitan yang direjam. Semakin jauh kita nak pergi, semakin kuat dan power hasutan mereka. Sebab tu la ramai yang tersalah haluan..
Ok2 aku malas nak merapu lagi. Pasal MLM yang aku cakap td, aku yakin kita semua boleh, kalau untuk luxor dan cni tu kita boleh jelajah satu negara nak cari ahli, boleh bercakap 3jam tanpa henti pasal produk tu, takkan la pasal ni tiba2 xleh plak.. Jangan takut bila orang cakap, " alah ko sendiri pun bukan Islam sangat, dulu pun jahanam gak, nak berlagak alim plak" jgn takut, sebab Allah bersama anda.. Yakin dengan dia. Lagipun, kita ajak apa yang kita sendiri buat je dulu. Jangan lebih2..pastu make sure diri tu istiqamah dengan perbuatan. Baru bagus.. Hehehe..
Ok la cik. Aku nak layan bola lak. Nanti kita jumpa lagi.. Adios....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 4, 2011

Pecah!!!!

Hi cik blog yang comel (suka la tu kena puji)...

Cik blog, aku Xtau topik apa yang nak tulis, bercampur2 jugak la. Td aku tgk berita, pasal pergolakan kat bahrain, dan kat libya, pastu sebelum ni kat mesir. Semua tu negara-negara islam kalau cik blog nak tahu. Berita-berita ni buat aku teringat satu hadis yang aku baca. Tapi aku lupa siapa yang merawikan hadis tu. Lebih kurang cmni lah bunyi dia.

"Satu hari aku melihat Rasulullah S.A.W menunaikan satu solat yang sangat panjang, sesudah baginda solat, aku bertanya kepada baginda tentang solatnya. Baginda menjawab, dalam solat ku tadi aku telah meminta 3 perkara kepada Allah, Allah telah memakbulkan 2 permintaan aku. Lalu aku bertanya "apakah permintaan mu wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab " aku telah meminta supaya ummatku tidak akan mati kerana kebuluran, Allah telah memakbulkan permintaan ku ini, kedua aku telah meminta supaya ummatku tidak pupus dibumi ini, Allah telah memakbulkan permintaan ku ini, ke3 aku telah meminta supaya ummatku tidak berpecah belah, Allah tidak memakbulkan permintaan ku ini".

Dari hadis ini kita dapat mengetahui bahawa ummat Islam pasti akan berpecah belah. Bermula dari kewafatan Nabi, timbul golongan2 nabi palsu, kemudian pada zaman Hazrat Usman, timbul pemberontak-pemberontak dari iraq, mengepung rumah usman malah membunuh beliau. Pada zaman hazrat ali pula tercetus perang sesama islam yang pertama dan kedua. Iaitu perang siffin dan perang unta. Dimana ummul mukminin aisyah sendiri yang berperang dengan hazrat ali.. Dan perpecahan itu berlarutan sampai sekarang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

khutbah sket...

hai cik blog, dah cantik kan ko skang ni,(suka la tu).. pandai tak aku mekap ko, haa, ko jangan ingat shahdan je yang pandai mekap, aku pun pandai gak.. memandang kan ko ni pompuan, xpegi semayang jumaat td, meh aku citer kat ko pasal khutbah tadi.. agak menarik gak khutbah td..

td khatib tu cerita pasal amanah.. amanah pada Allah, amanah pada Rasul, amanah pada mak bapak, dan amanah sesama manusia. amanah pada Allah ni kita kena beribadah la pada dia, kena sembahyang, zakat semua tu kena ada la. pastu pulak amanah pada Rasul, kita kena ikut apa yang dia ajar, dan yang dia larang tu kita jangan la buat.. pastu plak, amanah pada ibu dan bapa, cik blog, ko jangan buat muka sedih rindu kat mak bapak kat sini, ko tu komputer, mana ada mak bapak. sambung balik, amanah pada mak bapak ni, kita kena jaga maruah mereka, kena patuh pada mereka, jangan jadi anak yang derhaka, yang dia larang tu, walaupun kadang2 xsalah disisi agama kita jangan lah buat, sebab ada baik nya dia larang kita tu. jangan asyik dok bercinta sampai berkecai impian mak bapak nak tgk kita berjaya, pastu plak, jangan kebihkan orang lain dari mak bapak kita sendiri (ni memang kena tepat kat batang idung aku, nasib baik xpatah kalau ta dah mc dah arini)

pastu plak, amanah sesama manusia. ko jangan la terasa hati plak cik blog, ko patut rasa beruntung sebab ko tu komputer, xperlu nak jaga amanah sesama komputer.. contoh dia macam ni la, kalau kawan suruh kita jaga sesuatu untuk dia, kita jaga lah betul2, contoh dia, kalau kawan suruh kita jaga kebun dia, jangan lah kita plak yang pegi makan atau pegi jual semua hasil dia, lagi teruk, siap jual tanah kebun tu lagi.. mana boleh camtu..

yang aku perasaan la cik blog, orang2 ni, banyak yang konon2 nya jaga amanah dia ngn Allah, amanah dia ngn Rasul, tapi amanah dengan mak bapak dan amanah terhadap sesama manusia hancur. bila ditanya kenapa ko jual tanah member dia tu, atau kenapa ko jual semua hasil kebun member dia tu, lalu dijawab, "maafkan aku, semua ni dah ditakdirkan Tuhan, ko xleh marah, kalau ko marah maksudnya ko tak redha ngn ketentuan Tuhan".. apa pendapat ko cik blog pasal orang macam ni.. bagi aku tu, orang yang bercakap macam tu, mengikut ikutan setan la tu..

Sunday, February 6, 2011

Mesir oh mesir...

Mesir, bumi para Anbiya.. Dibumi tandus ini datangnya ramai nabi2 Allah, Bumi ini juga menyaksikan antara tamadun terawal manusia, di bumi ini terbinanya Universiti pertama didunia, dan kalau tak silap, hospital pertama jugak kat bumi ini. Di bumi ini terletak nya terusan suez, yang menhubung dan memendekan perjalanan dari timur ke barat. Di sini lahirnya tokoh2 islam terkemuka, antara nya hassan al bana dan juga pergerakan islam ikhwanul muslimin yang menjadi inspirasi kepada gerakan2 dan pertubuhan islam di serata dunia termasuk di bumi Malaysia.

baru2 ni, berlaku nya krisis di mesir, dimana penduduk mesir memberontak untuk menjatuhkan husni mubarrak, pemerintah yang dikatakan sekular, sekutu kuat amerika, dan tunduk kepada israel seperti mana anwar saddat dahulu. Mesir menjadi aset penting kepada kedua2 negara tersebut di timur tengah bersama2 arab saudi. Semenjak kalah di peperangan 6hari pada 1973, mesir menjadi pengecut, dan membiarkan penduduk palestine di sembelih oleh israel malah memmbantu dengan membuat tembok dan mengadakan sekatan kepada palestin. Dari segi logik akal, kerajaan begini memang patut dijatuhkan. Memang patut ditukar. Dan kerajaan baru yang mantap dan tidak tunduk kepada zionis mestilah dibentuk.

Tapi, jika dipikirkan kembali, kenapa zionis tidak melindungi anak buah mereka ini. Kenapa tidak melindungi kerajaan mesir? Ini kerana mereka memang telah menjangka kerajaan mesir akan dijatuhkan, mereka tidak mahu hosni dijatukan dengan aman. Mereka tidak mahu peralihan kuasa terjadi dengan aman. Kenapa? Kerana jika mesir di tangan yang betul, mesir boleh menjadi seperti iran yang tidak takutkan zionis. Sebab itu lah mereka merancang rusuhan. Dan rakyat yang inginkan kerajaan baru menjadi boneka mereka tanpa diketahui.

Dengan terjadinya rusuhan, kedai2 dibakar dan dirompak, pelabur dan warga asing melarikan diri, ekonomi mesir akan hancur. Tanpa ekonomi yang kukuh, sesebuah negara tidak akan dapat berdiri dengan stabil. Begitu juga dengan kerajaab baru dimesir nanti, akan mewarisi mesir yang ekonominya terbengkalai. Dan disini lah zionis akan menusuk jarum2 mereka. Mereka tidak ingin mesir menjadi seperti iran, malah mereka takut akan keadaan itu kerana pada perang 6hari atau yom kipur dulu, mereka hampir2 dikalahkan.

Mereka akan menggunakan senjata ampuh mereka, bank dunia dan IMF yang akan menghulurkan bantuan kepada mesir melalui pakej2 ransangan ekonomi mereka, tapi dengan syarat2 tertentu. Kerajaan yang terdesak akan menerima bantuan ini dan akan menyebabkan mereka berhutang. Tapi jika mereka menolak, tak mustahil mereka akan merangka satu lagi rampasan kuasa. Rakyat mesir buat masa sekarang tidak bersatu, mereka2 yang terhimpit akibat kesempitan ekonomi ini nanti akan mudah termakan umpan2 zionis. Dan rusuhan akan berlaku lagi.

Jadi, pada pandangan saya, gunakan laras yang betul untuk mengubah sesuatu, jika kita tersalah dan termasuk dalam perangkap zionis, buruk padahnya. Pikir pikirkan lah.. Adioss

P/s....
jika kerajaan islamik berjaya dibentuk, dan lantang mengecam israel atau membantu palestina. Tidak mustahil fitnah baru akan direka untuk menghalalkan dunia menyerang mesir sepetimana iraq (mempunyai senjata pemusnah besar), afghanistan (perlindungan kepada al-qaeda dan osama), dan juga iran (loji nukler untuk senjata)..

Wednesday, January 6, 2010

Yang teratas

Sebelum itu aku nak mintak maaf sebab aku menyentuh isu agama, maaf kepada mereka yang tersentuh. Aku nak ckp sket pasal isu skarang ni, isu penggunaan nama Allah bg pengikut agama lain. Secara am nya agama Kristian.. Aku secara dasar nya setuju nama Allah digunakan oleh agama lain. Ini kerana agama2 seperti yahudi dan nasrani adalah pada asasnya adalah agama langit. Dibawa oleh nabi2 Allah. Disebabkan itu, tuhan mereka adalah Allah.. Tuhan yang Sama seperti kita umat Islam. Walaupun fahaman mereka perbeza adalah berbeza dgn kita, terutama dr segi ketuhanan, kita tdk boleh la menidak kan fahaman mereka. Mmg la dlm zabur tiada nama Allah, kerana zabur ditulis dlm bahasa ibrani, (lgpn sapa yg pnah baca teks asal zabur?) asal kan kita dgn agama kita dan mereka dgn agama mereka. Xpa la. 'bagiku agama ku, dan bagimu agama mu'. Selagi mereka tidak menggugat agama kita, tidak menyamakan sifat2 tuhan mereka dgn tuhan kita, perkara ini bukan lah satu isu..

Saturday, January 2, 2010

undang-undang mengundang marah

ni contoh2 undang2 pelik kat amerika,

Alabama
diharam main domino ngn solitaire time weekend,kalau korang letak garam atas rel ketapi, korang boleh kena hukuman mati...

arizona
di tucson, pompuan xleh pakai seluar


Arkansas
laki bole pukul bini dia sekali sebulan, kalau mengorat kat tengah2 jalan bole kena penjara.

California
korang xleh pasang perangkap tikus kalau xde lesen memburu, korang xleh makan oren dalm tab mandi,di blyth korang kena bela sekurang2 nya 2ekor lembu kalau nak pakai kasut cowboy.

Colorado
kat denver, korang xleh bg jiran sebelah rumah korang pinjam vacuum

connecticut
korang xleh kiss bini korang pada hari ahad...

hawaii
korang kena saman kalau korang xder bot

idaho
kotrang xleh kelihatan muram
kalau nak beli bawang bila dah malam, kena ada permit

kentucky
korang xleh beli yopi kalau suami korang xizin(pompuan)

Louisiana
korang xleh tangkap cicak waktu malam..

orego
korang xleh makan aiskrim pada hari ahad

south corolina
korang xleh jual alat muzik pada hari ahad

tennesse
pompuan xleh call laki ajak kuar date

virginnia
korang xleh drive kalau xpakai kasut,

Washington
lolipop kena ban, xleh beli produk dagibg pada hari ahad, xleh beli cadar pada hari ahad,tv pun xleh dibeli pada hari ahad