apa yang nak dicari

Sunday, January 23, 2011

Pengecut kah begitu?

Pengecut atau bacul bermaksud penakut, takut untuk menanggung risiko atau melakukan sesuatu. Ada yang takutkan makhluk halus, ada juga pengecut yang takut untuk melawan. Tapi jika kita mengelak dari sesuatu yang menyakitkan kita, yang kita pasti akan membuatkan kita merana dan terseksa, adakah kita juga layak dipanggil pengecut atau penakut?? Semua orang berhak utk gembira, jika kita tidak boleh gembira sekalipun, elak kan diri dari menderita dan bersedih, xkisah lah jika dipanggil pengecut sekalipun.. Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suratan atau kebetulan..

"Esok pinjam kete ngko jap, aku nak pg hantar barang kat umah akak aku" kata aku pada si fifi. Dia balas, ok je, tapi bagus pg ptg ni terus je, sebab aku nak pg skudai gak, nak pg factory outlet". Pastu perjalanan tengah hari aku berjalan seperti biasa.. Petang tu plak aku pun bersiap la, tiba2 teringat lak ada pasar malam, "kita pg pasar malam dulu la, nanti pastu kita gi skudai" cakap ku. Tapi fifi suruh pg skudai dulu, pergi kejap je, pastu g pasar malam balik terus tgk bola. Ok gak idea fifi tu, pastu bersiap2 lka kitorang utk pg ke skudai. Perjalanan macam biasa xder benda yang menarik. Sampai2 je rumah kak long aku, lepas letak2 barang, kak long aku cakap dia nak pg klinik, si zaim demam, (tapi time tu aku tgk dia ok lagi), so kitorang pun terus la pergi al ihsan tu, tengah sedap2 tgk2 baju (tgk je yang mampu bt masa ni), tiba2 kaklong call, dia mintak tolong hantar pg hospital, doktor cakap zaim kena p hospital. Aku pg la ke klinik tu. Klinik penawar nama dia, mintak tolong fifi follow pg spital sama sebab senang nak balik nanti, pastu aku drive la, mula2 ok, pastu lepas je kawasan UTM, mata si zaim terbeliak dan dia xsedarkan diri, kaklong aku terus meraung2, aku xboleh nak buat apa sebab tgh drive, aku dah jadi panik tambah2 dengan kak long dok goncang2 bahu aku, aku xmampu nak buat apa, hanya mampu suruh dia istighfar sambil aku memijak pedal minyak selaju2 nya, pastu kaklong suruh patah balik pg klinik tadi, zaim makin teruk, senyap macam xbernyawa, aku makin risau, tangan aku dah menggeletar, tapi nasib aku boleh kontrol diri lagi time tu, aku buka emergency light, pastu hon semua keta kat depan aku mintak2 dorang paham dan memberi laluan. Alhamdulillah kebanyakan mereka ni paham. Bila sampai ke klinik je terus kak long lari bawak zaim masuk, dia belom sedar lagi, aku makin la risau xterkira rokok aku hisap nak bagi relax sket, lepas 30 minit baru la kaklong kuar, dia cakap lepas kena suntik baru zaim sedar, skarang ni tengah tgu ambulan.. Dalam kelegaan tu, aku terfikir, macam mana kalau aku xjadi pg skudai tadi, macam mana kalau kak long yang drive sendiri pg hospital, Syukur pada tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.. Alhamdulillah, selepas sejam zaim kat kritikal wad, dia dah dipindahkan ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 21, 2011

Tujuan yang hilang

Pernahkah di antara kalian membuat satu keputusan yang amat besar yang mengubah hidup anda kerana sesuatu sebab.. Anda semua tidak akan menyesal membuat pengorbanan seperti ini jika ini boleh membuatkan tujuan anda tercapai.

Tapi, bagaimana pula jika setekah anda membuat keputusan tersebut, keputusan yang tidak boleh ditarik kembali, (do or die), anda hilang tujuan, alasan, sebab untuk meneruskan nya.. Adakah anda kecewa? Keputusan anda sudah tidak boleh ditukar, samada anda meneruskan nya tanpa senarang sebab dan tanpa motivasi, kemungkinan juga dgn jiwa yang sakit, atau anda tidak meneruskan nya dan menanggung akibat yang buruk?? Ke2-2 nya adalah penderitaan untuk anda. Jadi apakah keputusan anda jika berada di situasi ini..

(Moral, jgn buat keputusan jika pemalar2 yang terlibat dalam keputusan anda itu rapuh)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 20, 2011

Tunang..

Kalau mengikut cara orang islam kat malaysia ni, kalau bertunang atau meminang, kena ada rombongan mak bapak pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat pihak lelaki untuk memperisterikan perempuan tersebut, bila keluarga pihak perempuan itu bersetuju, maka cincin pertunangan pun disarungkan dan jadilah perempuan tersebut tunang kepada lelaki itu, ada yang buat majlis secara kecil2 kecilan, dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, xkurang jugak yang buat majlis besar besaran kalah majlis kahwin..

Kalau ikut stail barat pulak (kristian), pertunangan ni berlaku bila si lelaki memberitahu si perempuan yang dia mau memperisterikan si perempuan tersebut ( will you marry me) dan bila perempuan tersebut bersetuju (I do) maka diorang ber2 sah sebagai tunang..

Tapi bagaimana pulak dari pandangan Islam?? Surprisingly, dari sudut pandangan fikah, cara barat ni lebih kepada cara sebenar bertunang mengikut Islam. Mengikut hukum fikah, bertunang adalah bila si lelaki menyatakan hasrat untuk mengahwini perempuan tersebut (meminang) dan perempuan tersebut bersetuju. Maka sah lah mereka ber2 sebagai tunang. Ini tidak perlukan sebarang majlis, atau sebarang hantaran. In fact, ramai dikalangan kita yang telah bertunang tanpa disedari dan ramai jugal yang telah putus tunang tanpa disedari dan memungkiri janji suci untuk berkahwin.. Sekadar perkongsian dari saya... (Sumber: uztaz azhar idrus)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 19, 2011

Khurafat???

Aku tengah best2 nak tido tiba2 hosmate aku balik, pastu "khurafat sial citer ni, khurafat sial".. Aku tanya la," ko tgk citer khurafat ke tadi?"," xla aku tgk citer season of the witch, khurafat gila citer tu" jawab hosmate aku ni. aku pun tanya la apa benda yang khurafat nya, dia balas "kau tahu x book of solomon tu apa?" Aku cakap la aku macam tahu. Kalau xsilap tu konon2 nya buku sihir yang dijumpai oleh knight of templar (kalau ikut pada golongan illuminati paranoid la). Pastu member aku sambung, " dalam citer tu dia cakap buku tu digunakan untuk hapuskan sihir" aku tanya balik, " so apa yang khurafat nya?" Sia jawab "kalau budak2 tengok macam mana? Nanti dorang percaya". Aku pun balas, "alah, budak pun percaya yang doremon tu boleh kuarkan apa saja dari poket dia"....

Persoalan nya kini, apa maksud khurafat? Kepercayaan yang menyalahi agama, atau perbuatan yang hampir syirik. Kita khurafat bila kita percaya benda lain berkuasa atas kita. So, book of solomon tu tiada pun dalam ajaran islam, benda tu ditimbulkan oleh orang yang anti-illuminati, yang dimulakan oleh orang kristian. Kenapa kita sebagai islam nak ikut??? Lagi satu, kita memang dah tahu kan yang hollywood ni buat duit, citer2 dorang tu memang xbetul faktanya, bukan nya kita tgk dokumentari. Dalam citer hollywood, nabi isa tu ada anak, amerika xpernah kalah kat vietnam, ada orang yang berpakaian aneh menjadi hero malah ada orang yang memakai seluar dalam dia kat luar pun jadi hero.mengikut hollywood jugak, bumi akan hancur pada 2012, tapi banyak juga citer dia yang cakap manusia hidup sampai kurun ke 30.. Apakah kita percaya ngn semua tu?? Xperlu la nak percaya, anggap je la semua tu sekadar hiburan..

Ok la dah ngntok dah ni, just nak pesan, yang suka tgk citer tu, jgn la samakan reality dengan filem, dalam filem semua tu indah, reality pula tidak, kepada golongan yang paranoid ngn illuminati, henti-hentikan la, baik belajar ilmu agama lagi bagus, setan tu tahu dia makhluk tuhan, dia tahu tempat dia kat neraka, n dia xkan nek berperang ngn tuhan nyer.. Dan kepada anda semua, citer khurafat memang best, kalau buka si shamsul kayu tu belako, citer tu akan jadi superberst.. Sekian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 17, 2011

Glad that you've been happy

hahaha... perasaan bercelaru, tak tahu apa yang patut dirasai, Lupa akan perasaan?, dasyat!! bak kata2 nazmi raja lwak yang baru ni, tapi yang pastinya dia harus gembira, ya dia patut gembira kerana orang yang dicintainya sedang bergembira, sedang bahagia, tapi patutkah dia merasa sebegitu? kenapa tidak, sebab baginya wanita itulah segala-galanya, apa yang penting baginya adalah kebahagian wanita itum bukankah itu matlamat utamanya selama ini, semua itu tidak harus berubah walau sesakit mana pun perasaan nya sekarang. biar dia sakit, biar dia derita, biar dia sedih, yang paling penting ungkapan ini selalu berada dalam hatinya, "I'm glad you've been happy" adios...

Sunday, January 16, 2011

Apa nilai palestine di mata billionaire arab

Hartawan arab, sheikh Mansur dah habis kan lebih dari £1billion untuk beli player baru manchester city!! Nilai ini termasuklah kos gaji dan pembaharuan kontrak pemain city. tapi penduduk palestin terus merana, cuba bayangkan apa yang boleh dibuat di Palestine dengan hanya suku nilai tu? Cuba bayangkan berapa tan makanan boleh dibeli untuk rakyat palestine, berapa banyak sekolah boleh dibuka, berapa banyak rumah boleh dibina. Tapi duit sebanyak tu dihabiskan utk kegilaan bola sepak dia sendiri. Bangsa arab, bangsa Nabi, sepatutnya melindungi palestin, tapi mereka lebih sayangkan Israel dari palestin sendiri, bagaimana hormat untuk bangsa ini boleh terus kekal dihati umat Islam?? Bangsa yang paling kedekut menghulur bantuan bila saudara seagama sendiri dalam kesusahan. Bangsa ini nampak nya Memalukan Nabi.. Dah la jadi sekutu kuat israel dan usa, pastu saudara seagama ditindas, so apa yang nak dipandang sangat ngn bangsa Arab ni?? Huh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.