apa yang nak dicari

Sunday, February 14, 2010

that's our right dow


royalti royalti royalti

kerajaan pusat xpatut la buat macam tu, royalti minyak tu hak kami sebagai rakyat kelantan, bagi je la duit royalti, kenapa kecoh2 nak bagi wang ihsan pulak.. macam la pemberian tu telus sangat nanti..tu hak rakyat la beb, rakyat dah pilih dorang utk memerintah that's mean rakyat pilih dorang utk handle duit tu.. jangan la jadi penyangak dengan cuba menidak kan hak kami, hak kami utk membangun, hak kami utk mndapat pluang kerja di negeri kami sendiri.. kalau macam ni la, sampai bila2 pun korang xleh menang kat kelate.. adios

mabuk la lu

kes paling hangat sekarang, manusia yang rasa dia ble pegang kuasa, tapi bila diberi kuasa oleh rakyat mula mabuk dan lupa diri

apala nasib saudara2 kami kat pulau tu, nak meniaga tak dapat (kena kasi roboh), nak sambut hari kelahiran rasul kami pun dorang xbagi, (apa?? igt lion dance tu best sangat ke samapai benda tu je yang boley)

member2 @ sekutu dorang pun xsuka ngn dorang, nak tunjuk lagak, perasaaan bagus dan mula nak tunjuk dia tu bos.. please la wei, kalau dah tahu xreti, janganla pandai2 nak memerintah... lahanat punya manusia..

apa kes!!!!

apahal orang luar nak sibuk2 ngn urusan negara kita, sapa yang nak dibicara pun dorang nak bising2. dorang tu sapa?? igt bagus sgt ke?? ke si mamat yang kena dakwa meliwat tu mmg buah hati dorang?? aku xpelik la kalau semua 50 parlimentarian tu lelaki.. hahahaha...

apa2 hal, negara kita ni ada undang2, kalau dia tu xbuat, xda nya dituduh bersalah, lets human's justice decide it here and be ready to face god wrath later (sape2 yang salah la, either penuduh atau tertuduh)..

Wednesday, January 6, 2010

Yang teratas

Sebelum itu aku nak mintak maaf sebab aku menyentuh isu agama, maaf kepada mereka yang tersentuh. Aku nak ckp sket pasal isu skarang ni, isu penggunaan nama Allah bg pengikut agama lain. Secara am nya agama Kristian.. Aku secara dasar nya setuju nama Allah digunakan oleh agama lain. Ini kerana agama2 seperti yahudi dan nasrani adalah pada asasnya adalah agama langit. Dibawa oleh nabi2 Allah. Disebabkan itu, tuhan mereka adalah Allah.. Tuhan yang Sama seperti kita umat Islam. Walaupun fahaman mereka perbeza adalah berbeza dgn kita, terutama dr segi ketuhanan, kita tdk boleh la menidak kan fahaman mereka. Mmg la dlm zabur tiada nama Allah, kerana zabur ditulis dlm bahasa ibrani, (lgpn sapa yg pnah baca teks asal zabur?) asal kan kita dgn agama kita dan mereka dgn agama mereka. Xpa la. 'bagiku agama ku, dan bagimu agama mu'. Selagi mereka tidak menggugat agama kita, tidak menyamakan sifat2 tuhan mereka dgn tuhan kita, perkara ini bukan lah satu isu..

Sunday, January 3, 2010

White pele

My friend said to me, he saw the white pele the other day, he goes by the name of wayne rooney. Oh.. He goes by the name of WAYNE ROONEY..

Hehe... Tgh lepak kat kopitiam tgh tgu man u main.. Lawan old rival dorang. Leeds united.. Kalau igt2 blk, leeds dulu ni power.. Pnah pg smp semi champion league, kalah ngn valencia time tu.. Player2 dorang, kewell, rio, robinson, viduka, smith, bowyer, ian hart.. Power dorang ni... Tp tu la, sebab masalah kewangan, dorang main kat league one je skang, kalau ikut kata lain, divisen 3 la.. Sblm ada big four skrang ni. Dorang ni muka tetap kat 4 teratas. Dorang jugak la pemenang t'akhr divisyen 1, sblm tkr jadi liga perdana.. Huhu.. Apa2 pun silakan tgk... Result ngn review game, aku tls lps hbs game ni.. Ciow..

Saturday, January 2, 2010

undang-undang mengundang marah

ni contoh2 undang2 pelik kat amerika,

Alabama
diharam main domino ngn solitaire time weekend,kalau korang letak garam atas rel ketapi, korang boleh kena hukuman mati...

arizona
di tucson, pompuan xleh pakai seluar


Arkansas
laki bole pukul bini dia sekali sebulan, kalau mengorat kat tengah2 jalan bole kena penjara.

California
korang xleh pasang perangkap tikus kalau xde lesen memburu, korang xleh makan oren dalm tab mandi,di blyth korang kena bela sekurang2 nya 2ekor lembu kalau nak pakai kasut cowboy.

Colorado
kat denver, korang xleh bg jiran sebelah rumah korang pinjam vacuum

connecticut
korang xleh kiss bini korang pada hari ahad...

hawaii
korang kena saman kalau korang xder bot

idaho
kotrang xleh kelihatan muram
kalau nak beli bawang bila dah malam, kena ada permit

kentucky
korang xleh beli yopi kalau suami korang xizin(pompuan)

Louisiana
korang xleh tangkap cicak waktu malam..

orego
korang xleh makan aiskrim pada hari ahad

south corolina
korang xleh jual alat muzik pada hari ahad

tennesse
pompuan xleh call laki ajak kuar date

virginnia
korang xleh drive kalau xpakai kasut,

Washington
lolipop kena ban, xleh beli produk dagibg pada hari ahad, xleh beli cadar pada hari ahad,tv pun xleh dibeli pada hari ahad

pelik dan aneh

1- Gas methane yang terdapat pada timbunan najis **** di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang **** bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku **** berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.

2- Anggota polis telah dikerahkan untuk menangkap seekor kuda belang yang terlepas ke luar Zoo Marine World, California. Binatang itu sedang menghala ke sebuah jalan raya enam laluan. Dengan menggunakan sebuah kereta peronda polis mengejar kuda belang itu dan akhirnya dapat memintasnya.
Anggota polis merasakan kerja mereka mudah dibereskan. Bagaimanapun mereka terperanjat besar bila kuda belang itu menendang pintu keretanya. Kemudian kuda belang itu melompat dan menyebabkan bahagian hadapan kereta turut kemik. Selepas itu kuda itu mengunyah pula stering hingga tertanggal sekali gus mencederakan dua orang pengendali haiwan sebelum berjaya ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam zoo berkenaan.

3- Kakitangan dan pegawai Bandar Raya Toccoa di Georgia, Amerika telah membuat ketetapan bahawa wang orang ramai diharamkan daripada membiayai latihan dan kelas yoga kerana menganggap yoga adalah sejenis latihan memuja iblis dan syaitan.

4- Satu kejadian pelik.. berlaku di daerah Ridgway, Illinois pada tahun 1976. Sebatang perdu pokok yang beratnya kira-kira 500 paun telah dijumpai di merata-rata tempat seperti di rumah orang, dalam kereta, van dan di jalan raya. Tunggul perdu ini akan berada selama satu atau dua hari dan kemudiannya ghaib tanpa dapat dikesan.

5- Seorang wanita, Rosana Vigil berumur 60 tahun telah digempur oleh seorang penjahat di sebuah jalan raya di Denver, Colorado. Penjahat itu lantas memicit mulutnya dan mengeluarkan gigi palsu. Sewaktu membuat laporan kepada polis, Rosana menceritakan setelah melihat tiada emas pada gigi palsunya, penjahat itu membebaskannya dan memberi balik gigi palsu tanpa mengapa-apakannya.

6- Rekod sendawa paling lama hingga setakat ini dipegang oleh seorang lelaki yang bernama Vera Stong dari Tennessee, Amerika. Dia sendawa tanpa berhenti selama 58 hari.

7- Racun ular tedung tidak berbahaya jika diminum.

8- Raja Christian IV dari negara Denmark tidak senang dengan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pengarang yang bernama Theodore Reinking. Sebagai hukumannya pengarang tersebut dipaksa memakan bukunya dengan mengoyak kertas tulisan itu dan dijadikan sup.

9- Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati.

tribute to-- ezoha.com