Kalau boleh aku nak tulis, cerita semua kesakitan aku kat sini. Tapi aku takut bila aku menulis, orang cakap aku menipu. Sebab orang2 yang terlibat kelihatan sangat mulia di khalayak ramai. Aku bingung, aku xmampu menyimpan semua ni, aku perlu luahkan apa yang terpendam. Tapi demi menjaga hati orang yang terlibat aku terpaksa menelan semua nya. Walaupun bagai racun yang berbisa.
Mahu dicerita pada keluarga. Aku malu. sangat malu dan tidak sampai hati melukakan perasaan ibu aku yang mengharap. Biarlah ku simpan dari pengetahuan mereka. Bila ditanya, ada sahaja alasan aku, dan selalunya akan ada "semua nya baik sahaja" dari mulutku. Ya Allah, ampunkan aku, aku terpaksa berbohong pada mereka kerana aku tidak mahu mereka kecewa. Ada saja salam dari mereka, tapi xmampu aku sampaikan.
Mahu dicerita kepada sahabat handai. Aku tidak mahu dituduh menjaja cerita. Mereka2 cerita atau memutuskan persahabatan mereka. Biarlah.. Lagipun aku malu dengan teman2.. Belajar pandai2, grad on-time tapi diperbodohkan. Lagipun siapa yang mahu percaya dengan kata-kataku? Cuba kalau ada orang cakap pak imam meragut kat tepi jalan. Tiada siapa yang percaya bukan?
Aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Mungkin hanya berharap suatu hari semua nya akan terbuka, semua nya akan dipersembahkan kepada semua. Tapi bukan dari aku. Aku berharap Allah akan tunjukan kebenaran kepada semua..
Aku yakin, Allah itu maha adil. Tapi aku berkeras dengan keputusan ku. Aku tidak akan memaafkan dan meredhakan perbuatan mereka ini. Semoga aku mendapat keampunan dari Allah...
No comments:
Post a Comment