baru je habiskan 2mangkuk mee udang td.. Haha.. Xsempat nak ambik gambar sebab dah habis baru igt nak ambik.. Huhu.. Ok ni resepi dia..
1. 5 ekor udang sederhana besar.
2. Mee kuning. (Aku guna mee kering je sebab xder peti ais)
3. Sayur (apa2 jenis yang korang suka, sawi ke, kubis ke, janji bukan pucuk ubi)
4. Tomato
5. Tomato sos
6. Sos tiram
7. Bawang
8. Bawang putih
9. Udang kering
10. Cili api
Tu je bahan2 dia. Ada 10 je.. Xbanyak. Ok, cara2 buat pulak.
1. Bersihkan udang, kopek bawang dan potong sayur ngn tomato.
2. Hiris bawang, bawang putih, dan ketuk dan potong cili. Udang kering tu kalau rajin boleh tumbuk, tp aku hiris je kecik2.
3. Tumis semua skali. Sampai la naik bau, kemudian masuk kan air. Dalam segelas camtu la.
4. Letak sos tomato dalam 2-3 sudu dan sesudu sos tiram. Kacau hingga mendidih.
5. Masukkan udang, sambil2 tu korang bole la rebus mee tu sekejap. Toskan, pastu letak dalam mangkuk.
6. Bila udang tu dah masak, rasa kuah dia tu sket, tambah garam dan gula secukupnya.
7. Masuk bancuhan tepung jagung sket. Suku sudu je cukup, nanti pekat sangat.(Kalau nak sedap, korang pekatkan kuah guna udang kering yang dikisar)
8. Masukkan sayur ngn tomato kemudian, masukkan kuah kedalam mangkuk berisi mee tadi.
Haaa.. Dah siap dah.. As simple as that.. Memasak ni xsusah. Malas je yang susah nak buang. Selamat mencuba... Adios...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment