apa yang nak dicari

Thursday, February 10, 2011

Kahwin?

Hahaha... Umur pun dah 25 tahun.. Dah dekat separuh umur dah ni. Dah mula dah terfikir pasal kahwin. Mungkin dah sampai seru dah. Tapi jodoh belum ada lagi ni. Macam mana ek? Takpe2.. Jodoh tu kita letak tepi dulu, bila2 je boleh jumpa, Tuhan yang tentukan semua tu kan? Kita cakap pasal belanja kahwin je dulu..

Okey. Mula2 bertunang.. Time bertunang ni, salu nya orang buat kecik2 je, cukup syarat. Biasa nya orang akan bagi sebentuk cicin belah pinang, harga dalam 400-500 la jugak. Pastu sepasang kain untuk buat baju nikah, harga dalam 200 la kain tu. Pastu majlis kecil2 untuk pertunangan tu, habis la dalam 2000.. Itu untuk pertunangan sahaja.

Pastu date akan ditetapkan, begitu juga dengan duit hantaran. Salunya orang bagi 10K. Jumlah hantaran pun akan ditentukan gak, biasa nya 7 balas 9. 7 lelaki bagi, 9 pompuan bagi.. Ok katalah yang dibagi tu adalah,
1. Set dompet dan belt (lelaki)
2. Handbag (pompuan)
3. Jam tangan (lelaki ngn pompuan)
4. Set perfume (lelaki dan perempuan)
5. Set sembahyang (l n p)
6. Kasut ( l n p)
7. Kek (l n p)
Itu contoh la, tapi ada gak yang bg laptop, henpon, gitar, kita kira average 1dulang rm1000, tambah barang kemas rm3000 dan barang mahal (laptop, kamera, etc rm5000) pastu cincin kawen dalam 3K, baju kawen lagi 3K.ok, dah siap preparation..

Untuk majlis pulak. Kenduri ke2-2 tempat, lbh kurang 15K, pastu pelamin mekap semua lebih kurang 5k, jurugambar plak 3K..

So hanya untuk berkahwin, pasangan itu perlu ada sekurang-kurang nya 63 ribu.. Pergh... Kalau kedua-dua sama sama kumpul 1000 sebulan, lebih kurang 3tahun baru cukup, xmasuk honeymoon lagi. Pergh.... Gila ar...

So, ikut lah cara Islam jangan ikut adat. Bukan kedekut, tapi berpada2 lah. Lagi lmbat kahwin, lagi susah, takut jadi apa2 plak..hummm...kalau aku la, aku nak simple2 je, dari habiskan duit byk tu untuk belanja kahwin, baik aku beli rumah atau keta untuk bini aku tu, lagi bagus kan.. Hahaha.. Anyway lain orang lain pendapat, lain juga kemampuan.. So pikir2 la.. Adios..

No comments: