Lama sebelum kelahiran baginda, Allah telah memberitahu akan kelahiran beliau di dalam injil dan zabur. "Seorang Nabi akan kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini (like unto thee) Aku akan menaruh firmanku kedalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang ku perintahkan kepadanya" (deuteronomy 18:18) ayat ini menyatakan akan lahirnya seorang nabi yang seperti Musa A.S.
Majalah "TIME" 15 julai 1974 memuatkan pendapat2 pakar sejarah, penulis, pemimpin tentera dan lain2 tentang siapa pemimpin besar dalam sejarah manusia. Antara calon2 nya ialah, Hitler, Gandhi, Budha, Lincoln dan lain2. Tapi Jules Masserman,seorang psikoanalisis dari USA, telah meletak kan tiga syarat utk melayak kan sesorang itu menjadi pemimpin agung. Iaitu menyediakan petunjuk yang mensejahterakan, menyediakan organisasi sosial dimana rakyat merasa aman, dan memberikan mereka keyakinan. Lalu beliau menyimpulkan "boleh jadi pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, seorang yang menggabungkan ketiga2 kriteria tersebut, sedangkan untuk tingkat yang lebih rendah adalah Musa"
Ini adalah petikan kata beberapa nama besar dunia tentang Nabi Junjungan kita
1. Muhammad adalah suatu jiwa yang bijaksana dan pengaruhnya dirasakan dan tidak dilupakan oleh orang2 di sekitarnya (diwan chand sharma, the prophet of the east, 1935) (sarjana hindu)
2. Empat tahun selepas kematian justinian, 569M, lahir di Makkah tanah arab, seoarang yang memberikan pengaruh yang terbesar bagi umat manusia. Orang itu adalah... Muhammad (john william draper, a history of intelectual development of europe, 1875)
3. Saya ragu apakah ada orang lain yang boleh mengubah keadaan manusia begitu besar seperti yang dilakukan oleh dia (Muhammad). (R.V.C Bodley, the messenger, 1946)
4. Muhammad adalah peribadi keagamaan yang paling berjaya (ensiklopedia brittannica)
Manusia agung adal kekasih Allah, Muhammad S.A.W.. Bersama2 lah kita berselawat kepada baginda, bukan hanya pada hari ini, tapi pada setiap masa kerana satu selawat kita kepada baginda akan dibalas dengan 10 selawat. Akhir kata. Selamat menyambut hari Maulud Nabi...
No comments:
Post a Comment