Tgh makan.. Masak sotong tadi.. So nak kongsi sket ngn korang kat sini.. Nak kongsi yang tgh makan ni xdapat, so kongso resepi la.. Hehe
Ok. Ni bahan2 untuk satu hidangan, 2-4 orang makan.
1. Setengah kilo sotong.
2. Cili api
3.Sos tiram
4. Bawang putih
5. Garam
6. Lada sulah atau lada hitam
Haa... Simple kan.. Ni pulak cara nak buat dia.
1. Hiris dan tumis bawang putih. Selepas naik bau, baru masuk kan cili.
2. Bila bwg tu dah perang. Masuk kan sotong (potong bulat2 boleh, panjang2 pun boleh)
3. Biar kan air dia keluar sekejap. Pastu masukan sos tiram. Dalam 4-5 sudu camtu. Kacau...
4. Biarkan sampai kuah dia agak kering dan pekat. Masuk kan lada hitam, biar sekejap.
5. Rasa kuah dia sket, tambah garam secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
Haha.. Dah siap dah.. Ok nak sambung makan.. Yum yum... Adios..
No comments:
Post a Comment