apa yang nak dicari

Sunday, January 30, 2011

3 maid

Ada 3orang maid tengah berborak2 sesama mereka,

maid A :eh, korang tahu tak, bos kita tu nampak je macam baik, alim, tapi huh, cam haram"..

Maid B : kenapa ko cakap cmtu?

Maid A : ye la, semalam time aku kemas2 bilik bacaan dia, aku jumpa majalah2 lucah, banyak lak tu.

Maid C : abis tu ko buat apa ngn majalah tu?

Maid A : apa lagi, aku bakar la semua sekali, biar padan muka dia..

Maid B : bagus2, tapi yang itu xper lagi, semalam time aku kemas2 bilik tidur dia ko tahu aku jumpa apa?

Maid A : ko jumpa apa?

Maid B : aku jumpa kondom

Maid A : abis tu ko buat apa ngn kondom tu?

Maid B : aku cucuk2 kondom tu ngn jarum, biar padan ngn muka sape2 yang beromen ngn orang tua tu

Mendengar jawapan maid B tu, maid C terus pengsan....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 27, 2011

sofea

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

sofea jane, best gak layan lagu ni time2 demam cmni ni... best....

Sunday, January 23, 2011

Pengecut kah begitu?

Pengecut atau bacul bermaksud penakut, takut untuk menanggung risiko atau melakukan sesuatu. Ada yang takutkan makhluk halus, ada juga pengecut yang takut untuk melawan. Tapi jika kita mengelak dari sesuatu yang menyakitkan kita, yang kita pasti akan membuatkan kita merana dan terseksa, adakah kita juga layak dipanggil pengecut atau penakut?? Semua orang berhak utk gembira, jika kita tidak boleh gembira sekalipun, elak kan diri dari menderita dan bersedih, xkisah lah jika dipanggil pengecut sekalipun.. Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suratan atau kebetulan..

"Esok pinjam kete ngko jap, aku nak pg hantar barang kat umah akak aku" kata aku pada si fifi. Dia balas, ok je, tapi bagus pg ptg ni terus je, sebab aku nak pg skudai gak, nak pg factory outlet". Pastu perjalanan tengah hari aku berjalan seperti biasa.. Petang tu plak aku pun bersiap la, tiba2 teringat lak ada pasar malam, "kita pg pasar malam dulu la, nanti pastu kita gi skudai" cakap ku. Tapi fifi suruh pg skudai dulu, pergi kejap je, pastu g pasar malam balik terus tgk bola. Ok gak idea fifi tu, pastu bersiap2 lka kitorang utk pg ke skudai. Perjalanan macam biasa xder benda yang menarik. Sampai2 je rumah kak long aku, lepas letak2 barang, kak long aku cakap dia nak pg klinik, si zaim demam, (tapi time tu aku tgk dia ok lagi), so kitorang pun terus la pergi al ihsan tu, tengah sedap2 tgk2 baju (tgk je yang mampu bt masa ni), tiba2 kaklong call, dia mintak tolong hantar pg hospital, doktor cakap zaim kena p hospital. Aku pg la ke klinik tu. Klinik penawar nama dia, mintak tolong fifi follow pg spital sama sebab senang nak balik nanti, pastu aku drive la, mula2 ok, pastu lepas je kawasan UTM, mata si zaim terbeliak dan dia xsedarkan diri, kaklong aku terus meraung2, aku xboleh nak buat apa sebab tgh drive, aku dah jadi panik tambah2 dengan kak long dok goncang2 bahu aku, aku xmampu nak buat apa, hanya mampu suruh dia istighfar sambil aku memijak pedal minyak selaju2 nya, pastu kaklong suruh patah balik pg klinik tadi, zaim makin teruk, senyap macam xbernyawa, aku makin risau, tangan aku dah menggeletar, tapi nasib aku boleh kontrol diri lagi time tu, aku buka emergency light, pastu hon semua keta kat depan aku mintak2 dorang paham dan memberi laluan. Alhamdulillah kebanyakan mereka ni paham. Bila sampai ke klinik je terus kak long lari bawak zaim masuk, dia belom sedar lagi, aku makin la risau xterkira rokok aku hisap nak bagi relax sket, lepas 30 minit baru la kaklong kuar, dia cakap lepas kena suntik baru zaim sedar, skarang ni tengah tgu ambulan.. Dalam kelegaan tu, aku terfikir, macam mana kalau aku xjadi pg skudai tadi, macam mana kalau kak long yang drive sendiri pg hospital, Syukur pada tuhan yang maha Mengetahui segala sesuatu.. Alhamdulillah, selepas sejam zaim kat kritikal wad, dia dah dipindahkan ke wad biasa.. Syukur alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 21, 2011

Tujuan yang hilang

Pernahkah di antara kalian membuat satu keputusan yang amat besar yang mengubah hidup anda kerana sesuatu sebab.. Anda semua tidak akan menyesal membuat pengorbanan seperti ini jika ini boleh membuatkan tujuan anda tercapai.

Tapi, bagaimana pula jika setekah anda membuat keputusan tersebut, keputusan yang tidak boleh ditarik kembali, (do or die), anda hilang tujuan, alasan, sebab untuk meneruskan nya.. Adakah anda kecewa? Keputusan anda sudah tidak boleh ditukar, samada anda meneruskan nya tanpa senarang sebab dan tanpa motivasi, kemungkinan juga dgn jiwa yang sakit, atau anda tidak meneruskan nya dan menanggung akibat yang buruk?? Ke2-2 nya adalah penderitaan untuk anda. Jadi apakah keputusan anda jika berada di situasi ini..

(Moral, jgn buat keputusan jika pemalar2 yang terlibat dalam keputusan anda itu rapuh)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 20, 2011

Tunang..

Kalau mengikut cara orang islam kat malaysia ni, kalau bertunang atau meminang, kena ada rombongan mak bapak pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat pihak lelaki untuk memperisterikan perempuan tersebut, bila keluarga pihak perempuan itu bersetuju, maka cincin pertunangan pun disarungkan dan jadilah perempuan tersebut tunang kepada lelaki itu, ada yang buat majlis secara kecil2 kecilan, dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, xkurang jugak yang buat majlis besar besaran kalah majlis kahwin..

Kalau ikut stail barat pulak (kristian), pertunangan ni berlaku bila si lelaki memberitahu si perempuan yang dia mau memperisterikan si perempuan tersebut ( will you marry me) dan bila perempuan tersebut bersetuju (I do) maka diorang ber2 sah sebagai tunang..

Tapi bagaimana pulak dari pandangan Islam?? Surprisingly, dari sudut pandangan fikah, cara barat ni lebih kepada cara sebenar bertunang mengikut Islam. Mengikut hukum fikah, bertunang adalah bila si lelaki menyatakan hasrat untuk mengahwini perempuan tersebut (meminang) dan perempuan tersebut bersetuju. Maka sah lah mereka ber2 sebagai tunang. Ini tidak perlukan sebarang majlis, atau sebarang hantaran. In fact, ramai dikalangan kita yang telah bertunang tanpa disedari dan ramai jugal yang telah putus tunang tanpa disedari dan memungkiri janji suci untuk berkahwin.. Sekadar perkongsian dari saya... (Sumber: uztaz azhar idrus)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 19, 2011

Khurafat???

Aku tengah best2 nak tido tiba2 hosmate aku balik, pastu "khurafat sial citer ni, khurafat sial".. Aku tanya la," ko tgk citer khurafat ke tadi?"," xla aku tgk citer season of the witch, khurafat gila citer tu" jawab hosmate aku ni. aku pun tanya la apa benda yang khurafat nya, dia balas "kau tahu x book of solomon tu apa?" Aku cakap la aku macam tahu. Kalau xsilap tu konon2 nya buku sihir yang dijumpai oleh knight of templar (kalau ikut pada golongan illuminati paranoid la). Pastu member aku sambung, " dalam citer tu dia cakap buku tu digunakan untuk hapuskan sihir" aku tanya balik, " so apa yang khurafat nya?" Sia jawab "kalau budak2 tengok macam mana? Nanti dorang percaya". Aku pun balas, "alah, budak pun percaya yang doremon tu boleh kuarkan apa saja dari poket dia"....

Persoalan nya kini, apa maksud khurafat? Kepercayaan yang menyalahi agama, atau perbuatan yang hampir syirik. Kita khurafat bila kita percaya benda lain berkuasa atas kita. So, book of solomon tu tiada pun dalam ajaran islam, benda tu ditimbulkan oleh orang yang anti-illuminati, yang dimulakan oleh orang kristian. Kenapa kita sebagai islam nak ikut??? Lagi satu, kita memang dah tahu kan yang hollywood ni buat duit, citer2 dorang tu memang xbetul faktanya, bukan nya kita tgk dokumentari. Dalam citer hollywood, nabi isa tu ada anak, amerika xpernah kalah kat vietnam, ada orang yang berpakaian aneh menjadi hero malah ada orang yang memakai seluar dalam dia kat luar pun jadi hero.mengikut hollywood jugak, bumi akan hancur pada 2012, tapi banyak juga citer dia yang cakap manusia hidup sampai kurun ke 30.. Apakah kita percaya ngn semua tu?? Xperlu la nak percaya, anggap je la semua tu sekadar hiburan..

Ok la dah ngntok dah ni, just nak pesan, yang suka tgk citer tu, jgn la samakan reality dengan filem, dalam filem semua tu indah, reality pula tidak, kepada golongan yang paranoid ngn illuminati, henti-hentikan la, baik belajar ilmu agama lagi bagus, setan tu tahu dia makhluk tuhan, dia tahu tempat dia kat neraka, n dia xkan nek berperang ngn tuhan nyer.. Dan kepada anda semua, citer khurafat memang best, kalau buka si shamsul kayu tu belako, citer tu akan jadi superberst.. Sekian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 17, 2011

Glad that you've been happy

hahaha... perasaan bercelaru, tak tahu apa yang patut dirasai, Lupa akan perasaan?, dasyat!! bak kata2 nazmi raja lwak yang baru ni, tapi yang pastinya dia harus gembira, ya dia patut gembira kerana orang yang dicintainya sedang bergembira, sedang bahagia, tapi patutkah dia merasa sebegitu? kenapa tidak, sebab baginya wanita itulah segala-galanya, apa yang penting baginya adalah kebahagian wanita itum bukankah itu matlamat utamanya selama ini, semua itu tidak harus berubah walau sesakit mana pun perasaan nya sekarang. biar dia sakit, biar dia derita, biar dia sedih, yang paling penting ungkapan ini selalu berada dalam hatinya, "I'm glad you've been happy" adios...

Sunday, January 16, 2011

Apa nilai palestine di mata billionaire arab

Hartawan arab, sheikh Mansur dah habis kan lebih dari £1billion untuk beli player baru manchester city!! Nilai ini termasuklah kos gaji dan pembaharuan kontrak pemain city. tapi penduduk palestin terus merana, cuba bayangkan apa yang boleh dibuat di Palestine dengan hanya suku nilai tu? Cuba bayangkan berapa tan makanan boleh dibeli untuk rakyat palestine, berapa banyak sekolah boleh dibuka, berapa banyak rumah boleh dibina. Tapi duit sebanyak tu dihabiskan utk kegilaan bola sepak dia sendiri. Bangsa arab, bangsa Nabi, sepatutnya melindungi palestin, tapi mereka lebih sayangkan Israel dari palestin sendiri, bagaimana hormat untuk bangsa ini boleh terus kekal dihati umat Islam?? Bangsa yang paling kedekut menghulur bantuan bila saudara seagama sendiri dalam kesusahan. Bangsa ini nampak nya Memalukan Nabi.. Dah la jadi sekutu kuat israel dan usa, pastu saudara seagama ditindas, so apa yang nak dipandang sangat ngn bangsa Arab ni?? Huh
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 15, 2011

The one and Only

the one and Only scholes...

ini koleksi kata2 bebereapa lagenda bolasepak dan juga pemain bola sepak terhadap paul shcoles

Micah Richards : "He's always in the right position, always seems to be at the end of the box when the ball drops in. The complete midfielder - when he's fit, he's the best. Some go missing but he's in the right place at the right time. He's my favourite player of all-time, unbelievable. If you give him a chance it's a goal, isn't it?"

Glenn Hoddle : "There isn’t a player of his mould anywhere else in the world."

Terry Venables : "He’s the best one- or two-touch passer in the country. He sees the game unlike any other player."

Alan Shearer : "If you ask footballers to pick out the player they most admire, so many of them will pick Paul Scholes. He can tackle, and his passing and shooting is of the highest level. He’s the most consistent and naturally gifted player we’ve had for a long, long time."

Eidur Gudjohnsen : "I'm more an admirer of Paul Scholes than I am of Ronaldo. Ronaldo is a fantastic player, but he has 10 other great players around him every week...Scholes is one of the most complete footballers I've ever seen. His one-touch play is phenomenal. Whenever I have played against him, I never felt I could get close to him."

Edgar Davids : ""Every one of us (midfielders) is just trying to become as good as him. Everyone can learn from Paul Scholes."

Edgar Davids : "I'm not the best, Paul Scholes is."

Tony Adams : "I really rate Paul Scholes, because he hasn't got the high profile of many of the Manchester United players, he doesn't get too much attention, but he is one very good player. He is an intelligent player, he works hard and he scores some great goals. He is not flamboyant and is a quiet lad off the pitch but he is a tremendous asset to Manchester United and to England. He has already got my vote as player of the year."

Cesc Fabregas : "He is the one whose level I aspire to. He is the best player in the Premier League."

Patrick Vieira : "The player in the Premiership I admire most? Easy - Scholes."

Thierry Henry : "I can't understand why Scholes has never won the player of the year award. He should have won it long ago. Maybe it's because he doesn't seek the limelight like some of the other 'stars'."

Zinedine Zidane : "My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder."

Zinedine Zidane : "Scholes is undoubtedly the best midfielder of his generation."

Sam Allardyce : "There is not a better midfield player in the world."

Kevin Keegan : "What United have got that Chelsea haven't is Paul Scholes. I think he is different to anything else in English football."

Marcello Lippi : "Paul Scholes would have been one of my first choices for putting together a great team - that goes to show how highly I have always rated him. Scholes is a player I have always liked, because he combines great talent and technical ability with mobility, determination and a superb shot. He is an all-round midfielder who possesses character and quality in abundance. In my opinion, he's been one of the most important players for United under Sir Alex."

Ray Wilkins : "I'm saddened because I think we as spectators, not only in this country but right through out Europe and the rest of the World, will be missing one hell of a footballer."

Gordon Strachan : "Paul Scholes has been the best England midfield player for 30-odd years. You'd probably have to go back to Bobby Charlton to find someone who could do as much as Scholes. When the ball arrives at his feet he could tell you where every player on that pitch is at that moment. His awareness is superb."

Veron while at Chelsea being asked in an interview who's the best english player : "Paul Scholes."

Peter Schmeichel : "People say he is a great player, but you have to define what a great player is, For me, it is a player who has a bottom level that means his worst performance is not noticed. If he is having a bad game, a team-mate might feel Paul Scholes is not quite on his game, but a spectator wouldn't notice. Scholes, of all the players I have played with, has the highest bottom level. His reading of the game is unsurpassed. He has an eye for a pass, for what the play or the game needs at that precise moment, that I have never seen anyone else have. He controls and distributes the play and the game better than anyone I have ever seen."

Peter Schmeichel : "Still the best player in that United midfield."

Laurent Blanc : "Scholes is the best English player. Intelligence, technique, strength... all the attributes are there. At Manchester United I saw what he could do on the training field. Phew!"

Michael Carrick : "Paul Scholes is just fantastic. When you play alongside him, you realise what a special talent he is."

Michael Carrick : "He is a legend and he's going to be remembered for a long time. Just to play alongside him and learn from him has been an absolute pleasure. I think he is a footballer's footballer; he has been at this level for so long. As long as he is part of us we always feel we have a chance. We appreciate the way he goes about his business. I have never met a character like Scholesy; certainly not someone who is that good."

Park Ji Sung when asked by the club’s official home page which United player he would like to see in the red shirt of the Taeguk Warriors : “It has to be Paul Scholes.”

David Beckham said that, among his team mates at Real Madrid, which included Zinedine Zidane, Raúl, Ronaldo, Luís Figo and Roberto Carlos, Scholes was the most admired opponent : "He's always one of those people others talk about. Even playing at Real Madrid, the players always say to me 'what's he like'? They respect him as a footballer, and to have that respect from some of those players is great."

Brian Kidd : "Paul Scholes had the best football brain I'd ever seen in a kid. Let's face it. Paul Scholes is in a class of its own."

Rio Ferdinand : "I can honestly say Paul is the best player in the England squad. For me he is the complete player."

Rio Ferdinand : "For me, it's Paul Scholes. He'll do ridiculous things in training like say, "You see that tree over there?" - it'll be 40 yards away - "I'm going to hit it". And he'll do it. Everyone at the club considers him the best."

Phil Neville : "Paul, for me, is the best player in the England team. It worries teams. Speak to any other international team and they will single Paul out as England's key player. For me, he doesn't get the full credit that he deserves. He is a world-class player and deserves to be up there with the likes of Zidane and Figo."

Gary Neville : "I wouldn't swap Paul Scholes for anybody. He is quite simply the most complete footballer I have ever played with. He is the best."

Gary Neville : "Paul Scholes is the best player I've ever played with. There's talent in every part of his game."

Steve Bruce : "He's the best player in Britain in my opinion and he has to get himself fit just before we are due to play at Old Trafford. I cannot pay Paul a bigger compliment than to say that he's the most complete footballer in the country. The best bar none."

Roy Keane : "An amazingly gifted player who remained an unaffected human being."

George Best : "To be honest I think England have lost their best player. Certainly he's the most consistent and naturally gifted player we've had for a long, long time."

Sir Bobby Charlton : "I am sorry for England because they don't have any player like him. You can talk about others but there is no one else like him. He is the best technical player England has without any question. He could have had a lot more caps if he had carried on. And if I was the manager he would have ended up with more than I did – easy"

Sir Bobby Charlton : "He’s always so in control and pinpoint accurate with his passing – a beautiful player to watch."

Sir Bobby Charlton : "Paul Scholes is my favourite player. He epitomises the spirit of Manchester United and everything that is good about football."

Sir Alex Ferguson : "Very few players can do that, but Scholes is one of them - and I knew he was one of them. That's why, without question, I think Paul Scholes is the best player in England. He's got the best skills, the best brain. No one can match him."

Sir Alex Ferguson : "He has an awareness of what’s happening around him on the edge of the box which is better than most players. As a kid he always had a knack of arriving in the penalty area just at the right time, but he’s proving just as effective from outside the box because he’s using his experience in the right way. It doesn’t matter who I am thinking about bringing into my midfield, Paul Scholes will be included, as he would in any side in the world."

Sir Alex Ferguson : Sir Alex Ferguson gave evidence in court on behalf of one of his former trainees and listened to the prosecution barrister's list of United's top players.

"You've missed Paul Scholes - and he's my best player," Ferguson chided her.

Arsene Wenger : "Who would not have liked Paul Scholes in their team because he is an absolutely fantastic football player. When he has the ball at his feet and you are a central defender, you have to be on your toes because he can still today find anybody in the box - and we have seen that again against Newcastle on Monday night.

Xabi Alonso : “When I was at Liverpool he was one of the players I liked most. Maybe he’s not valued as much as he should be in England because of the style of football there and because he keeps a low profile. Perhaps he would have been more valued in Spain, where midfielders like him form part of the ‘ideal’. He certainly has the talent to have adapted to Spain – or Italy, or Germany, or France. Fans in Spain rate him very highly and I admire him a huge amount.”

Misi Terbaru


haha.. misi terbaru aku buat masa sekarang, so agak bizi la 2-3hari ni. tadi boring kat umah, kebetulan ujan pun dah benti, aku pg la pasar malam, usha2 apa2 yang best, sampai2 je kat gerai ni, nampak buku ni, apa lagi terus sambar la.. hehe.. tapi agak kecewa la sket sebab ni versi terjemahan bahasa melayu, xbest sebab terjemahan dia xbest sangat, so susah nak paham maksud sebenar dia..tapi xpela, bole gak buat ilang boring aku 2-3hari ni.. adios. nak sambung baca jap, baru habis 2 chapter..

Terlanjur mencintai mu....




Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku

Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Reff:
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga

Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi



jika kau punya perasaan, pasti kau akan merasa, but i dont think so..

Friday, January 14, 2011

Cinta kepada Makhluk

Cinta adalah sesuatu yang indah, mencintai dan dicintai adalah satu lumrah kepada manusia. Tapi kenapa terdapat sesetengah golongan yang cuba melawan hakikat alam, hakikat kejadian manusia untuk mencintai dan dicintai oleh sesama makhluk. "cinta hanya lah untuk Tuhan" ini lah kata2 sesetengah golongan. cuba difikir, adakah tiada cinta antara nabi Muhammad dan Khadijah? adakah perkahwinan mereka tanpa rasa cinta? bagaimana pula dengan Adam dan Hawa? yusuf denagn Zulaikha?? adakah mereka juga tiada rasa cinta antara satu sama lain? bagaimana pula hubungan ibu dan anak? adakah seseorang anak yang lahir kedunia ni, tanpa perasaan cinta antara ibu dengan ayahnya???

sedarlah cinta kita kepada Allah memang wajib, dan sentiasa perlu ada dalam diri kita, tapi kita juga perlu mencintai makhluk, itu kehendak hakiki manusia.. jangan la kita meniru golongan budha (no offence) yang sami atau pendeta nya tidak dibenarkan menikmati perasaan itu? tidak kah kita akan melanggar sunnah nabi? yang sebetulnya, jangan la kita terlalu mencintai dunia sehingga terlupa akhirat, biar seimbang, ada hadis "carilah kekayaan akhirat ibarat kau akan mati esok hari, carilah juga kekayaan duni ibarat kau akan hidup selama-lamanya" lebih kurang camtu lah bunyi dia..

ntah la, nak cakap banyak pun aku ni bukanlah kuat sangat beragama, kadang2 lagha gak, lagipun sesetengah orang ni, xpandang kata2 orang macam aku, ntah2 hadis tu pun aku kena tuduh reka sendiri.. hehe.. xpelah aku xkisah ngn pandangan golongan ni terhadap aku. ( aku bukan takhbur jauh skali menyombong( takhbur tu hanya milik Allah) tapi aku dah selalu kena ngn golongan2 seperti ni dari zaman sekolah hingga la zaman bekerja ni)

Thursday, January 13, 2011

Kerna Ku Sayang Kamu

seandainya kau ada disini denganku

mungkin 'ku tak sendiri

bayanganmu yg selalu menemaniku

hiasi malam sepiku

kuingin bersama dirimu

kutak akan pernah berpaling darimu

walau kini kau jauh dariku

kan slalu kunanti karena kusayang kamu

hati ini selalu memanggil namamu

dengarlah melatiku

kuberjanji hanyalah untukmu cintaku

takkan pernah ada yg lain

adakah rindu di hatimu

seperti rindu yg kurasa

sanggupkah kuterus terlena

tanpamu di sisiku

kukan selalu menantimu

lagu dygta, kerna ku sayang kamu, antara lagu yang paling aku suka, sebab aku rasa kena dengan diri aku.. huhuhu

kepada sesiapa yang in long distance relationship tu, salu kan la dengar lagu ni, best, hayatilah lagu ini, semoga masing2 sabar dan setia menunggu, penantian itu sesungguhnya sangat indah jika dihiasi dengan kesetian… adios….



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

BEKIKIS BULU BETIS

BUKIT SEMATAN PULAU SUMATERA

GUNUNG SELINDUNG DI KOTA JAWA

DIA ALAI AKU BULIH NGASU PENEMU

BELAJAR PUCHAU LELENGAU SERIBU GUNA

AKU ENDA PEDULI AKU ENDA NGIRA RUGI

SEAGI AKU ENDA PUAS ATI

BIAR AKU AMBIS BEKIKIS BULU BETIS

ENTI NUAN BEDAU NYADI KA BINI

ILA NUAN DARA BARU NUAN NEMU AKU

DUDUK MEUGAU UGAU DI MUA PINTU

ILA NUAN DARA BARU NUAN NEMU DIRI

NURUN TANGGA BELAKANG ENDA MAI GARI

Lagu iban pulak kali ni, hehehe… tapi lagu ni right now means something to me, tambah2 part chorus nya, huhuhu…. In anything we do, (bukan stakat jiwang2 jek k) kita mesti berusaha habis2, bak kata andrewson ngalai tu, biar berkikis bulu betis, sampai camtu skali, jangan baru usaha sket dah nak give up, biar macam2 pun halangan, rejection, heart broken, walau sesakit mana pun, walau semalu mana pun, kita mesti tetap berusaha, dan jangan lupa berserah pada Tuhan gak, (“bila kamu membulatkan tekad, maka berserahlah kepada Allah) sebab semua datang dari dia, yakinla yang dia Maha Penyayang, Dia sayangkan semua makhluk dia, Dan dia sudah tentukan yang terbaik bagi setiap makhluknya, bergantung dengan tahap penerimaan makhluk tu sendiri, kadang kala kita tak menghargai apa yang terbaik utk kita dan masih mengharap sesuatu yang kita Nampak dan sangkakan menarik dan sesuai bagi kita, jangan la bila kita kehilangan baru belajar menghargai apa yang kita dapat, bak kata2 Dr.House, “people don’t get what they deserved, they get what they get”….. adios



This message has been scanned for malware by Websense. www.websense.com

Wednesday, January 12, 2011

Islam dan Politik

Tadi tgh boring2, aku buka la fesbuk, pastu ada sorang ni post kan pasal ada satu masjid kat terengganu xder bilal, sampai dorang kena letak mic kat tv untuk bagi ada azan. Dari apa yang dorang tulis tu, nampak sangat la dorang nak salahkan kerajaan sebab lmbat nak lantik bilal baru. Aku pun komen la "xder ke kariah masjid tu yang reti azan?" Tapi komen aku tu xberbalas, so aku tambah lagi. Lebih kurang cmni la ayat aku "semua benda nak dipolitikan, soal agama jangan la dipolitik kan, fardhu kifayyah juga jangan dipolitikkan, orang islam kariah masjid ni imam tu sorang je ke? yang lain2 mana? pak2 aji kampung tu mana?? sorang pun xreti nak azan ke? ke nak kena bayar baru nak azan?? astaghfirullah, mintak kampung2 lain di jauhkan dari benda2 ni, xder azan satu hari satu kampung tanggung dosa, kalau ada no akaun masjid tu ke, imam ke, letak la kat sini, kita sama2 sumbang untuk bayar orang yang azan kat sana...". agak menyindir nada aku ni sebenarnya, ye la xkan nak azan kat masjid pun nak tunggu dapat duit baru nak bayar, lupa ke bayaran dari Tuhan tu lagi bernilai.. pastu pengelola page tu pun balas, "Tuan MAA awas bila berkata2 takut tergelincir aqidah.
http://www.facebook.com/video/video.php?v=119609251404418" tuan MAA tu aku la, aku terkejut gak bila dia cakap cmtu, apa yang aku cakap sampai bole buat akidah aku tergelincir?? dalam kewonderan aku tu, aku pun klik la link yang dia bagi tu, rupa-rupanya klip petikan ucapan di dun terengganu dimana seorang ahli dun mengkritik ahli yang lain dan mendakwa beliau cuba memisahkan agama dan politik, "kenapa nak pisahkan agama dan politik? kalau pergi berpolitik, agama tinggal kat rumah ke? kalau mati time berpolitik tu, xke mati tanpa agama??" begitulah lebih kurang ayat beliau, aku senyum la bila tengok video tu, senyum lega sebenarnya, sebab aku takut apa yang aku cakap sebelum ni buat akidah aku tergelincir, tapi tidak, (Alhamdulillah). so aku balas la, ni erti sebenar ISLAM dan POLITIK, "mempolitikan agama xsama dengan memisahkan agama dari politik, tu yang anda semua kena tahu, Allah kurniakan manusia akal yang tinggi utk berfikir, mempolitikan agama bermaksud menjadikan agama tu modal dalam kegiatan politik seseora...ng, memperalatkan agama untul menjatuh kan seseorang, itu lagi kotor dari politik wang.. apa yang dimaksudkan relation agama dan politik adalah, menjadikan agama sebagai landasan atau guide untuk berpolitik, berpolitik cara Islam yakni sentiasa bermuafakat dan bertolak ansur antara satu sama lain.( untuk pengetahuan tuan jkkk, sy tidak berpihak kepada mana2 parti politik)apa yang saya paham disini adalah sesetengah pihak cuba menyalahkan sesetengah pihak yang lain atas ketiadaan bilal, ini yang saya anggap mempolitikan agama atau masalah agama. padahal azan tu menjadi tanggungjawab kariah masjid tersebut, semua lelaki baligh berhak utk mengazankan solat bukan bilal seorang sahaja." tu jawapan aku untuk orang yang suka memutar belit kata2 dan orang yang sentiasa mengikut kata2 itu... seriusly aku fedap ngn politik malaysia.....

Tuesday, January 11, 2011

thank you

"seorang jejaka cute yang berbadan tough. first impression jejaka ini seorang yang panas baran & kurang ajar tapi andaian tersebut meleset. rupa-rupa dia seorang yang amat hormatkan & mengambil teguran yg membina dengan hati terbuka dari seorang guru.. malahan saya agak terharu kerana dia telah menghadiahkan saya cd lagu penyanyi kegemaran saya yg tidak terdapat di malaysia. I am very proud of him"

tulisan dari seorang yang ku anggap guru yang bukan sahaja mengajar di kelas, tapi sepanjang masa, mengajar tentang kehidupan dan mengajar tentang erti sebenar seorang manusia.. jujur aku akui, kelebihan yang ku ada (Alhamdulillah) banyak diajar oleh guru ku ini, dan keburukan ku banyak dikikis oleh tunjuk ajar nya, sesungguh nya aku sangat bersyukur pada Tuhan kerana aku memberiku peluang berjumpa dan mendapat tunjuk ajar beliau.. thankyou....

Sunday, January 9, 2011

Its good to be back

What's a hectic day... Penat gila aku ni, tgh tgu hosmate2 kesayangan dtg ambk kat larkin ni tu yang menulis ni jap.. Sampai kat changi tadi dalam pukul satu, pastu blur xtahu nak buat apa? nak pg mana? Dah la kat situ xder wireless free nak tgk wikitravels pun xdapat,( by the way wikitravels ni website yang sgt bagus bagi orang yang suka travel..). Main igt je la apa yang aku baca semalam, yang aku igt pg stesen kerinci, pastu aku pg stesen mrt, nak beli tiket xtahu kan, aku tanya la pakcik tu,"nak pg stesen kerinci pakcik" dia terus blur, aku pun cakap la stesen yang aku bole ambik bas pg johor, dia pun balas " keranji la, bukan karachi, karachi lat india sana".. Ek eleh pakcik ni, dah la salah dengar, salah tempat. Lagitu, karachi kat pakistan la, tapi aku cakap dalam hati je la, "you bawak duit kecik pg mesen sana, beli tiket, dengan bodoh2 nya aku pun pg la, tgk2 orang beli dulu, baru tahu cara dia. Dekat 10 menet gak ar nak beli satu tiket, seb baik xder orang beratur blakang aku. Pastu naik la aku, round2 singapore naik benda alah tu, ye la bila lagi nak pg singapore kan? Tapi dok kat dalam je la, xlarat beb naik jalan lagi, berat gila kot barang2 aku ni..dah habis pusing baru la aku turun kat keranji tu, terus naik bas pg larkin, 1.80 dollar tambang dia. Tapi kena benti 2kali, sekali kat imigresen singapore sekali lagi kat imigresen m'sia, dah setel semua baru la dapat naik bas lagi, turun je m'sia terus gi cari rokok, pergh sangap gila kot aku ni, hahaha.. Lambat jugak si fifi ni nak smp, chow dulu ar bye...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 8, 2011

Bandung part4

Hari terakhir untuk berjalan2 di bandung, memandangkan poket dah kering, aku memutuskan utk bersiar2 sekitar hotel je, aku pg ke money changer utk menukar duit sebab aku baru je igt budak2 opis pesan begoleng (roti kering yang ada perasa) aku pusing2 kawasan tu menarik gak la, ramai penjaja2. Aku singgah di warung pecel lele utk makan, aku tgk kat tmpat lauk, xde pun lele, pastu aku tanya la ada lele ke tak? Dia cakap ada, so aku order la satu, rupa2nya lele tu masih idup, terus dia pg siang, basuh, masuk dalam air garam ngn kunyit terus goreng.. Wow dalam hati aku, lele fresh beb.. Sedap gak la, yang best sambal dia, xpnah aku rasa kat m'sia. Ulam pulak dia guna daun basil.. Pastu pusing2 beli2 sket barang then balik bilik, malam nya aku nak kuar lagi... Malam tu aku xbawak kamera, xbawak beg, sebab takut kena serbu ngn penjaja lagi, so kalau aku jalan macam ni jen dorang xtahu sket aku pelancong kan, strategi aku berhasil, tapi sayangnya malam la baru nmpak keindahan chihampelas walk tu, rasa rugi lak xbawak cam.. Uwaaa!!! Aku masuk setiap tmpat. Nak membeli tp duit cukup2 utk bayar cukai kat epot je, membeli belah tingkap je la, pas makan aku terus balik, bajet nak tido awal, tp bila dapat o9 terus xdapat tido bila terbaca kisah cinta kat satu blog ni.. Ntah pukul berapa aku tertido tak tahu la, yang aku tahu je jam aku bunyi, pukul 7 dah.. Aku bgn, kemaskan barang2 mandi dan terus chekout. Pas je minum dorang hantar aku pg bandara ni, ada orang gaduh2 lagi kat epot ni, tgu flite jap lagi, tapi emegresen kol 10 baru buka, terdampar la aku kat luar ni ngn perut yang nak gastrik. Bukan xnak makan atau diet, tapi hati sangat tergangu sampai xbole nak telan makanan. (Ada bunga2 la plak)..apa kan daya.. Huhu.. Bye2 bandung, thanks bagi aku percutian yang best, walaupun aku tgh bermasalah, tapi aku still rasa best kat sini, thanks jugak kat orang2 bandung yang peramah.. Sampai jumpa lagi nanti, definitely I'll come again..
Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

Friday, January 7, 2011

Bandung part3

Khamis 6jan

Sebab terlalu penat semalam aku terbangun pkl 8 lagi hari ni, tapi malas gila nak bgn, duit pun tgl beberapa ratus ribu je lagi, tapi aku gagahkan diri untuk bangun dan menyiapkan diri utk keluar. Destinasi hari ni tankuban perahu.. So lepas aku sarapan, aku tanya pakcik frenly tu cmna nak pg sana, yang aku paham, naik teksi super mahal. Dekat 400 ribu, so konon2 nak jimat, aku tanya la apa option yang murah, so naik angkut, tapi kena byk tuka2. So aku naik la angkut tu pg terminal, kat terminal plak, xpaham jugak aku, tapi lepas tanya dan tanya baru aku tahu kena naik angkut ke subang, bukan subang jaya kat selangor tu k..dekat sejam gak tgu angkut tu penuh, dah 2 orang dah yang datang menyanyi dan dah 2000 dah aku bg ngn dorang. Pastu kelindan dia mintak tambang 12000 dia cakap, aku bg 20000 terus dia blah xbg balik baki aku. (Sial je) jalan dia best, naik gunung, bole tgk kebun the, kebun strawberry, ngn kebun sayur kat tepi2 jalan. Strawberry pun murah ada la aku beli satu bekas time dia benti kat stesen minyak, 5000 je satu, selepas 2 jam baru aku sampai ke subang. Bila aku turun blur gak aku, cmna nak pegi tankuban perahu ni?? Aku tanya2 orang, rupa2nya aku dah terlepas, tankuban perahu tu separuh perjalanan dari kota bandung ke subang, pastu aku tanya cmna nak pg, dia cakap dari sini xder direct, kena pg depan sket, dia suruh aku naik ocheng pg depan tu, aku pun naik la ocheng tu, 2000 bayaran dia. Lupa lak nak bgtau, ocheng tu sebenarnya motosikal. Pastu aku naik angkut lagi lama gak dia nak gerak, dekat sejam gak. Pastu gerak patah balik jalan tadi, smpai la ke tankuban perahu. Dari situ nak naik kena beli tiket, 50000 pastu naik samada ocheng atau kereta, pakcik tu offer dia cakap naik keta dia 20ribu jek, aku pun naik la, rupa2nya kawah yang bawah je 20ribu tu, nak smp atas kena byr 50ribu. Pastu dia cakap kalau nak dia bwk smpai ats, jadi guide, bawak turun sampai pekan terdekat aku kebna byr 150ribu. Aku dah xder pilihan kan, dah halfway, xkan nak jalan pulak, aku angguk je, perghh memang bes tempat ni, tgk kawah idup, kawah mati, ngn bau belerang dia, selepas puas pusing2, aku terus ke lembang, sekali lagi, bukan limbang kat s'wak k.. Hehe.. Dari sana naik angkut lagi terus ke cihampelas, 5000 je.. Pergh penat gila aku, tapi sempat lagi singgah beli bakso.. Malam nya aku tgk bola jek, tgk kekalahan chelsea ngn liberpool kakakaka.. Pstu tido... Bye... Esk jalan2 kat chihampelas ni jek..
Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

Bandung part2

Aku bangun agak lambat, dalam pukul 8 camtu, pastu mandi2, terus bersiap nak kuar, tapi sebelum tu pg setelkan bayaran hotel dulu sebab semalam xsempat nak setel, pastu sambil2 pikir nak makan apa pagi ni, nasib baik hotel ni sediakan brekfes, bersarapan la aku dgn nasi goreng, time aku kuar, pakcik yang agak frenly kat sini ni tanya nak pg mana, aku cakap la nak pg pasar baru, dia tanya nak naik apa? Aku jawab apa2 je yang senang, terus dia tahan kan angkut (angkutan kota - macam van sapu kat s'wak tu). Naik la aku benda tu sampai la ke pasar baru, kosnya cuma 2.5 ribu jek.. Naik je pasar tu, aku terus cari (rahsia) pastu pusing2 lagi cari (rahsia gak), sambil sambil tu belikan baju utk anak2 sedara zaim dan azhar, ngn trisya jugak, pastu beli kain batik utk kakak2, kain pelikat utk abg dan adik, dekat suku hari dan beberapa botol air kemudian, baru aku sedar duit ku dah banyak menyusut baru la aku mengambil keputusan utk balik. Time kat luar plak, byk giler penjaja nak jual barang. Mula2 aku tgk je, tapi helikopter mainan tu tarik gak perhatian aku, aku pun beli la, mahal gak harga dia 50ribu. Bila aku beli je dari sorang ni, semua penjaja kerumun aku utk jual barang2 dorang, kecut gak perut aku, nak buat xtahu takut plak, aku try menolak tapi dorang makin kuat merayu. Nasib baik ada abg gad tu halang dorang dan suruh aku cepat2 pergi. Dia cakap jgn takut, buat xtahu jek. Tapi aku ni kan jenis yang mudah kesian, xsmpai hati nak buat tak tahu (sebab ni aku salu diperkudakan kot). Pastu ada sorang pakcik tua, offer aku naik beca dia, aku tanya berapa, dia cakap 50ribu, mak ai mahal gila, naik angkut baru 6ribu kot. Aku cakap la, barang saya banyak pakcik, nanti berat, dia cakap xpa, nanti bole bersiar2.. Aku kesian ngn pakcik tu, so aku naik la. Dia pun bawak aku pusing2 kota bandung, selamba je dia bawak wrong way, tapi apa yang aku respek orang indon ni, dorang sangat beradap kot kat jalan raya, pakcik tu gangu lalu lintas dorang, xsekali pun aku dengar bunyi hon, kalau kat malaysia dah berbakul dah pakcik tu kena sumpah. Pusing2 punya pusing baru la dia bawak pg chihampelas, bila dia benti tanya orang, baru lah aku tahu yang dia xtahu jalan ke hotel aku. Kesian.. Dah la jalan banyak naik bukit, kesian dia kena turun tolak aku dan barang2 yang berat, berapa kali ntah dia benti minum air utk hilang kan penat. Aku sangat2 kesian ngn dia. Akhirnya sampai la aku ke hotel setelah banyak kali terpusing2... Sebab kesian aku bg dia extra 10ribu.. Pastu aku simpan barang2. Baru la aku terasa penat dan sakit bahu, barang rahsia tu berat gila kot.. Aku lepak2 jap pastu kuar cari makanan, aku pg restoran masakan padang bungkus nasi kat situ, 3-4 lauk xsampai 10ribu.. Memang murah.. Pas makan je terus tido sebab nak layan bola. Yeay man utd menang.. Haha.. Pas tu sambung tido balik, nak berjalan lagi ni esok... Bye.. Tido dulu..
Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

Bandung part 1

Ok, flite yang sepatutnya gerak pukul 8.10 malam delay jadi pukul 9 malam, sial je, dah la xder bgtau nak delay, dah la aku suruh orang jemput pukul 9 kat sana, pukul 10 waktu malaysia. Pastu kat dalam flite ni aku dok tgh2. Sebelah kanan budak malaysia. 1st time naik kapal terbang kot, nak pakai seat belt pun xpandai. Hehe.. Skip part yang boring. Dalam pukul 10.15 waktu tempatan tibalah aku di bandara hussen sastranegara, agak primitif la epot ni, lepas tgu custom clearance yang agak lama, baru la aku dapat menjejak kan kaki ke bumi bandung, tercari2 org yang sepatutnya jemput aku, tp aku dah agak mesti orang tu dah blah dah sebab aku sampai lmbt. Pastu aku ambik la teksi, kos dia 45ribu utk ke hotel. Sampai je dihotel, terus chekin pastu kuar cari makanan, nasib depan ni ada warung, beli la mee goreng kat situ, harga dia 7ribu, not bad la. Pas makan, layan tb jap, pastu tido.. Xsabar menunggu siang utk berjalan2 di sini..
Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

Tuesday, January 4, 2011

Boring nya

Haha.. Boring tak tahu nak buat apa. Tgh tgu flight ni, baik aku update blog yang xseberapa ni. Td dari mula2 chek in td baru 5 minit lepas aku jumpa smoking room. Maklumla 1st time kat LCCT ni. Rupa-rupanya kat atas ni smoking room dia, igt kan kat bawah, tapi xper la dah jumpa kan.. Hehe.. Xder la sangap sangat aku kat dalam flight tu nanti. Yang xbest nya pulak, busuk dowh tempat ni, baru aku sedar yang rokok ni busuk rupanya, sorry la my friend atau orang awam yang lain yang xmerokok tapi salu jadi 2nd smoker tu.. Huhu time aku masuk td, aku sorang jek, tapi skang dah ramai dah, siap ada awek mat salleh lagi tu, disebabkan aku xtahu nak insert gambar kat benda alah ni, xdpat la aku nak letak gmbar dia.. Pastu ada sorang mat salleh ni siap xjadi lagi nak smoking sebab xtahan bau busuk.. Siap tutup idung lagi.. Lawak dowh.. Haha.. Dah tak tahu dah nak merapu apa lagi.. Cukup la dulu, adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.