Tadi tgh boring2, aku buka la fesbuk, pastu ada sorang ni post kan pasal ada satu masjid kat terengganu xder bilal, sampai dorang kena letak mic kat tv untuk bagi ada azan. Dari apa yang dorang tulis tu, nampak sangat la dorang nak salahkan kerajaan sebab lmbat nak lantik bilal baru. Aku pun komen la "xder ke kariah masjid tu yang reti azan?" Tapi komen aku tu xberbalas, so aku tambah lagi. Lebih kurang cmni la ayat aku "semua benda nak dipolitikan, soal agama jangan la dipolitik kan, fardhu kifayyah juga jangan dipolitikkan, orang islam kariah masjid ni imam tu sorang je ke? yang lain2 mana? pak2 aji kampung tu mana?? sorang pun xreti nak azan ke? ke nak kena bayar baru nak azan?? astaghfirullah, mintak kampung2 lain di jauhkan dari benda2 ni, xder azan satu hari satu kampung tanggung dosa, kalau ada no akaun masjid tu ke, imam ke, letak la kat sini, kita sama2 sumbang untuk bayar orang yang azan kat sana...". agak menyindir nada aku ni sebenarnya, ye la xkan nak azan kat masjid pun nak tunggu dapat duit baru nak bayar, lupa ke bayaran dari Tuhan tu lagi bernilai.. pastu pengelola page tu pun balas, "Tuan MAA awas bila berkata2 takut tergelincir aqidah.
http://www.facebook.com/video/video.php?v=119609251404418" tuan MAA tu aku la, aku terkejut gak bila dia cakap cmtu, apa yang aku cakap sampai bole buat akidah aku tergelincir?? dalam kewonderan aku tu, aku pun klik la link yang dia bagi tu, rupa-rupanya klip petikan ucapan di dun terengganu dimana seorang ahli dun mengkritik ahli yang lain dan mendakwa beliau cuba memisahkan agama dan politik, "kenapa nak pisahkan agama dan politik? kalau pergi berpolitik, agama tinggal kat rumah ke? kalau mati time berpolitik tu, xke mati tanpa agama??" begitulah lebih kurang ayat beliau, aku senyum la bila tengok video tu, senyum lega sebenarnya, sebab aku takut apa yang aku cakap sebelum ni buat akidah aku tergelincir, tapi tidak, (Alhamdulillah). so aku balas la, ni erti sebenar ISLAM dan POLITIK, "mempolitikan agama xsama dengan memisahkan agama dari politik, tu yang anda semua kena tahu, Allah kurniakan manusia akal yang tinggi utk berfikir, mempolitikan agama bermaksud menjadikan agama tu modal dalam kegiatan politik seseora...ng, memperalatkan agama untul menjatuh kan seseorang, itu lagi kotor dari politik wang.. apa yang dimaksudkan relation agama dan politik adalah, menjadikan agama sebagai landasan atau guide untuk berpolitik, berpolitik cara Islam yakni sentiasa bermuafakat dan bertolak ansur antara satu sama lain.( untuk pengetahuan tuan jkkk, sy tidak berpihak kepada mana2 parti politik)apa yang saya paham disini adalah sesetengah pihak cuba menyalahkan sesetengah pihak yang lain atas ketiadaan bilal, ini yang saya anggap mempolitikan agama atau masalah agama. padahal azan tu menjadi tanggungjawab kariah masjid tersebut, semua lelaki baligh berhak utk mengazankan solat bukan bilal seorang sahaja." tu jawapan aku untuk orang yang suka memutar belit kata2 dan orang yang sentiasa mengikut kata2 itu... seriusly aku fedap ngn politik malaysia.....
No comments:
Post a Comment