apa yang nak dicari

Thursday, January 20, 2011

Tunang..

Kalau mengikut cara orang islam kat malaysia ni, kalau bertunang atau meminang, kena ada rombongan mak bapak pihak lelaki pergi ke rumah pihak perempuan untuk menyatakan hasrat pihak lelaki untuk memperisterikan perempuan tersebut, bila keluarga pihak perempuan itu bersetuju, maka cincin pertunangan pun disarungkan dan jadilah perempuan tersebut tunang kepada lelaki itu, ada yang buat majlis secara kecil2 kecilan, dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, xkurang jugak yang buat majlis besar besaran kalah majlis kahwin..

Kalau ikut stail barat pulak (kristian), pertunangan ni berlaku bila si lelaki memberitahu si perempuan yang dia mau memperisterikan si perempuan tersebut ( will you marry me) dan bila perempuan tersebut bersetuju (I do) maka diorang ber2 sah sebagai tunang..

Tapi bagaimana pulak dari pandangan Islam?? Surprisingly, dari sudut pandangan fikah, cara barat ni lebih kepada cara sebenar bertunang mengikut Islam. Mengikut hukum fikah, bertunang adalah bila si lelaki menyatakan hasrat untuk mengahwini perempuan tersebut (meminang) dan perempuan tersebut bersetuju. Maka sah lah mereka ber2 sebagai tunang. Ini tidak perlukan sebarang majlis, atau sebarang hantaran. In fact, ramai dikalangan kita yang telah bertunang tanpa disedari dan ramai jugal yang telah putus tunang tanpa disedari dan memungkiri janji suci untuk berkahwin.. Sekadar perkongsian dari saya... (Sumber: uztaz azhar idrus)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

uto laut said...

adat jah belako tuh..kalu tak buat,ore sekeliling mulo la nok bunyi mulut..kalu ikut Islam pung,kahwen tak perlukan puluh2 ribu..bakpo la adat ni dicipta..so sebab jah..
bermegah..

azam awang said...

betul tu ki, tapi kalu kenduri tu buke nok bermegah pun, sesetengah tu tujuan dio sebab nok royak ko ore anok dio tu nikoh doh, so kalu ore napok nga ore jate/tino gak ore tok ngato. so laki sebab nok bersedekoh sebab bersyukur bertemu jodoh... kalu melebih2 tu baru la buleh kiro bermegoh2.... jadi ko haram la pulop majlis tu.. huhu