Assalamualaikum cik blog.. Kali ni aku nak bercerita kat ko pasal wanita lagi, di khas kan kepada wanita yang sudah bersuami, tapi kalau wanita yang belum berkahwin dan lelaki-lelaki nak baca, xder salah nya..
Cik blog, rata-rata kalau kita bertanya pada wanita-wanita, adakah mereka mencintai suami mereka. Sudah tentu jawapan mereka adalah "mesti lah cinta, kalau tak, takkan la saya kahwin dengan dia".. Tapi adakah cinta mereka kepada suami mereka itu sekadar cinta di dunia ataupun cinta sehingga ke syurga??
Wahai wanita, jika kamu mencintai suami mu, selamatkan lah suami tu di akhirat nanti. Hidup Di dunia ini hanyalah sementara, hidup di akhirat nanti adalah selama-lamanya. Jika benar kamu mencintai suami mu, kamu pasti mahu bersamanya di akhirat.
Wahai wanita, jika kamu mencintai suami mu, tutuplah aurat mu biarpun tanpa disuruh oleh suami mu, kerana dosa-dosamu turut ditanggung oleh suami mu. Suami mu akan di tanya oleh Allah di akhirat nanti. Suami mu mungkin sangat menyayangi dirimu sehingga sanggup berlaku dayus dengan tidak meminta mu menutup aurat mu. Jika suami mu tidak suka kamu begitu, berkata lah dengan sopan, dengan mengatakan kamu menutup auratmu kerana kamu cintakan suami kamu.
Sesungguhnya, perhiasan dirimu hanyalah milik suami mu, cintailah suamimu dengan melindungi perhiasan tubuh mu dari tatapan mata-mata lelaki yang bukan mahram mu. Jika dia tidak senang dengan pakaian kamu, terangkan bahawa diri kamu hanya untuk nya. Sesungguhnya lelaki sangat senang mendengar kata-kata itu dari mulut isterinya.
Wahai wanita-wanita, jika suami mu seorang yang lalai. Nasihati lah dia. tetapi, nasihat lah dengan selembut mungkin. Jangan berkasar atau menyindir dengan tajam kerana ego lelaki sangat tinggi. Namun begitu, ingatlah bahawa setinggi mana ego lelaki, pasti akan tewas dengan kelembutan seorang wanita. Jika kamu menerangkan kepadanya bahawa kamu menegurnya kerana kamu cintakan nya dan mahu bersamanya di akhirat, suami mu pasti akur kerana selalai mana pun dia, pasti ada secebis iman dihatinya.
Duhai wanita sesungguhnya kamu sungguh beruntung sekali, dimasa kecil dosamu ditanggung oleh ibu-bapamu, dan apabila sudah berkahwin, dosamu turut ditanggung oleh suami mu. Dengan hanya taat pada suami mu, kamu mendapat pahala lelaki-lelaki yang berjemaah, berjihad dan perkara-perkara yang lazim nya dilakukan oleh lelaki. Subhanallah, beruntung nya kamu wahai wanita.
Dengan kelebihan itu, kamu seharusnya membantu suami mu. Buktikan kecintaan kamu kepada suami mu dengan mengurangkan dosa-dosa kamu yang ditanggung suami mu.
Wahai wanita
Suami mu tidak mahukan wanita seperti Fatimah kerana sedar dirinya tidak sehebat Ali
Suami mu tidak mahukan wanita seperti Khadijah kerana sedar dirinya tidak semulia Muhammad S.A.W
Suami mu tidak mahukan wanita seperti Zulaikha kerana Dirinya tidak sesempurna Yusuf
Suami mu memilih dirimu kerana dia sedar dia hanya manusia biasa yang banyak kekurangan sama seperti dirimu.
Wahai wanita, cintai lah suami mu..
No comments:
Post a Comment