Assalam cik blog, apa khabar? aku kureng sihat sket hari ni, gara-gara selalu terkena Hujan.. (Kalau geng serbanistas baca ni dah kena dah aku ni, "bukan hujan yang buat ko tak sihat, tapi Allah" macam tu la kata-kata mereka) hahaha.. aku tahu, aku sedar semua kejadian adalah datang dari Allah, tapi Allah kurniakan akan kepada manusia untuk manusia berfikir. Setiap kejadian yang berlaku datang dari Allah, Kalau Allah cakap jadilah, maka jadilah. tetapi Allah sediakan penyebab dia (pengecualian untuk Kelahiran Isa). sebab Allah mahu hamba dia ni berfikir.. "tidak ditumbuhkan sepohon pokok, melainkan untuk kamu berfikir". aku pun xtahu kata-kata ni hadis atau bukan. tapi benda ni la yang aku pegang dari kali pertama aku dengar ayat ni.. kita ambik contoh la, yang terbaru ni, pasal tsunami kat jepun, kenapa berlaku tsunami? kerana Allah, penyebab dia, gempa kat dasar laut. Kenapa berlaku gempa? Kerana Allah, penyebab dia adalah pergerakan plat-plat bumi, dan seterusnya.. ok la, kalau orang yang nak paham, dia akan paham dan bagi yang xnak paham dan keras kepala, biarlah korang ngn kepahaman korang tu.. (kalau orang dari zaman dulu ni macam korang, xder la ibnu sina tu semua).. huhuhu
tapi bukan itu yang aku mahu bercerita sekarang ni, biasala kalau dah start melalut tu.. haha.. tapi pasal keinginan aku.. setiap lelaki mesti mengimpikan bidadari di syurga, aku pun tidak terlepas dari mempunyai keinginan tersebut. tetapi layakkah aku mendapat bidadari seperti ainul mardhiyah di sana nanti..
ainul mardhiyah,
kau seharum kntuman di taman syurga
menantikan hadirnya seorang lelaki
untuk menjadi bukti cinta sejati
itu lah bait-bait lagu ainul mardhiyah, bidadari untuk para syuhadah. Alangkah indahnya ganjaran kepada mereka yang syahid. SubhanAllah..
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih
sambungan lagu tadi, Kekasih seorang wanita adalah suaminya dan kekasih seorang lelaki adalah isterinya. itu barulah dinamakan kekasih, gerek atau gewe. bagi aku, ramai wanita yang seumpama ini di Dunia ni, dan Syukur Alhamdulillah, aku kenal mereka-mereka ini, yang seorang nya hampir berkahwin dah pun, beruntung nya bakal suaminya tu.... (tiada perasaan jeles disini ye, sebab dia tu kawan aku). tapi in the end, bidadari dunia bagi setiap lelaki adalah isterinya sendiri.. betul tak kata aku encik-encik lelaki semua..
aku juga berharap mendapat isteri yang begitu, tapi sungguh aku tidak layak, mendapat kasih wanita biasa pun aku tidak layak apatah lagi untuk mendapat kasih dari wanita yang bagi aku hampir sempurna.. begitu banyak kekurangan aku untuk mendapat anugerah yang sebegitu indah dari Allah. Aku berusaha, tetapi Hanya Tuhan yang bisa jadikan aku seorang yang layak untuk mendapat bidadari dunia ini, namun aku redha atas apa jua ketentuan Nya..
No comments:
Post a Comment