apa yang nak dicari

Thursday, March 10, 2011

panas terik...

hai cik blog... baru dapat jenguk ko hari ni.. aku baru balik dari site tadi, pegi tengok buoy yang nak kena overhaul. cik nak tahu, panas gila kat luar tu, berpeluh-peluh aku dibuat nya, sampaikan pening kepala otak aku ni.. tapi kan cik blog, dalam panas2 tu aku terfikir gak, kalau panas camni aku dah tak tahan, cmner aku nak tahan panas kat akhirat tu nanti? belum lagi panas kat neraka tu. Na'uzubillah.. Ya Allah, banyak nya dosa aku, takutnya aku...

ko penah duduk dalam bilik ber"aircond" tak? best kan, sejuk jer, tapi kalau ramai manusia dalam bilik tu, kesejukan bilik tu akan hilang kan? pastu kadang2 terasa macam xder aircond je.,. di padang masyar nanti cik blog, manusia bersesak2 lebih dari pada sesak nya manusia dalam lrt, lebih dari pada sardin. sampai kan tiada langsung ruang yang lapang antara manusia dan ada yang kakinya diatas kaki orang lain.. kepanasan nya pulak, MasyaAllah, bagaikan matahari sejengkal dari kepala.. bayangkan lah cik blog, sejengkal tu.. yang sekarang ni jarak dia 149.669.000 kilometer (ihsan cik wikipedia via encik google) tu pun aku dah xtahan, rasa nak berpayung je, kat sana nanti macam mana la nasib aku.. bukan nya ada payung pun kat sana cik blog oi.. hanya orang2 yang terpilih je yang layak mendapat payungan Arash Tuhan tu.. adakah aku layak cik blog? membayangkan keadaan padang masyar pun aku dah takut cik blog caner plak ngn keadaan kat neraka Allah tu, Na'uzubillah..

sekarang ni, kalau panas dan berpeluh2, (dari segi sains nya, peluh tu keluar untuk menyejuk kan badan) kita akan dahaga, (minum air jap) dan mencari-cari air. kat sana nanti cik blog, disebabkan kepanasan tu, kita berpeluh tanpa henti, dan akan mengalami keadaan dahaga yang amat dasyat.. mana nak cari air kat sana cik blog oi.. orang-orang yang terpilih je yang akan dapat syafaat nabi S.A.W kat sana nanti cik.. Layakkah aku untuk mendapat syafaat baginda? cukup kah bilangan selawat ku keatas baginda? cukup tinggi kah rasa cinta dan kasih aku kepada Nabi untuk melayakkan aku mendapat syafaat baginda? Ya Allah, kau tinggikan lah rasa kasih ku kepada Muhammad S.A.W, melebihi kasih ku kepada mana-mana manusia.. sesungguhnya aku tidak mampu mengharungi Hari penghisaban mu tanpa rahmat dari mu..

untuk melalui tempoh waktu di Padang Masyar nanti cukup lama cik blog, beribu-ribu tahun. berbilion-bilion manusia dari zaman Adam lagi yang akan dihisab. setiap perbuatan akan dihisab, setiap tutur kata juga akan dihisab. setiap sen yang diperolehi juga akan dihisab. beruntung nya mereka2 yang zuhud hidupnya kerana harta mereka semua dibelanjakan di jalan Allah sebagai bekalan mereka di akhirat. tiada sedikit pun kebimbangan mereka terhadap harta dunia. bahkan sanggup menghabiskan seluruh harta mereka dalam sekelip mata semata-mata demi agama. tapi aku? takut membelanjakan wang ringgit kerana risaukan keadaan masa depan yang belum pasti. Ya Allah, lemah nya aku.. buka kan lah pintu hatiku untuk melebih2 bila bersedekah ya Allah.

cik blog, bila kita mengadu panas, ingatlah bahawa di sana nanti panas nya adalah berkali2 ganda dari di bumi. bila kita besesak2 di lrt atau dalam bas mini, ingatlah bahawa di sana lebih sesak lagi, bila kita dalam kesusahan, kita berusaha lah dan bertawakkal lah kepada Allah, kerana tawakkal itu akan membantu kita disana nanti, dan apabila kita dalam kesenangan bersedekah lah, kerana itu yang akan menjadi bekalan di kemudia hari..

adios...

No comments: