hai cik blog, aku nak wish selamat hari wanita kat ngko dan semua wanita2 lain kat dunia ni.. yang jantan tapi berangan nak jadi wanita tu, jangan terlebih2 nak celebrate yer..
wanita ni sebenarnya yang membuatkan hidup kita, malah dunia ini lebih berseri. tanpa penglibatan mereka, dunia hari ini tidak seperti apa yang kita lalui. byk perkara yang dicetuskan atau tercetus kerana wanita, contohnya, penubuhan gereja anglican dan juga revolusi perancis. kita persetankan semua itu keran semua itu tidak penting bagi aku, hari ni, aku nak mengajak ko untuk mengenali tokoh2 wanita pada zaman Nabi.
1. Siti Aminah
merupakan Ibu kepada baginda, wanita yang paling bertuah kerana dari rahim nya lahir hamba Allah yang paling agung. mengalami kesusahan ketika mengandungkan Nabi kerana suaminya Abdullah telah meninggal dunia. namun semua itu ditempuhi dengan penuh kesabaran.
2. Hallimatul Sa'diah
seorang lagi wanita yang sangat bertuah. menjadi ibu susuan Nabi dan memelihara Nabi ketika zaman kanak-kanak baginda. keperibadian Nabi banyak terbentuk semasa di bawah jagaan wanita mulia ini.
lagu halimatul sa'diah
3. Siti Khadijah
wanita ini dimuliakan Allah untuk menjadi Isteri kepada baginda, Merupakan manusia pertama yang memeluk Islam. beliau berasal dari keturunan bangsawan, tetapi tanpa menghiraukan status dan harta nya beliau mengahwini Nabi yang serba kekurangan. banyak menghabiskan beliau untuk perkembangan Agama Islam, juga wanita yang mententeramkan Nabi selepas Nabi menerima wahyu pertama. Kematian nya membuatkan Nabi bersedih sudah cukup untuk menggambarkan ketinggian kedudukan nya di kalangan ummat Islam.
lagu siti khadijah
4. Summayyah
antara pemeluk Islam yang terawal bersama anak nya Ammar dan suami nya Yassir. merupakan hamba kepada Abu Hudzaifah. Diseksa dan terpaksa melihat anak dan suami yang dicintai diseksa setelah keislaman mereka diketahui. tetap teguh dengan iman sehinggalah dia menemui ajal di hujung lembing abu jahal. Nabi yang melihat penyeksaan itu hanya mampu menyabarkan mereka dengan berkata "sabarlah keluarga Yassir, kerana tempat kalian adalah di syurga". lagu sumayyah
terdapat ramai lagi tokoh2 wanita Islam yang kecintaan mereka pada Islam adalah setanding dengan sahabat-sahabat yang lain. untuk mengetahui secara lebih detail, sila lawati kisah dan teladan wanita Islam
wanita2 pada zaman sekarang ni, kalau dapat mengikuti walau sedikit pun jejak atau teladan wanita2 mulia ini, anda seharusnya bersyukur dan berbangga (bukan riak atau takbur) kerana anda terpilih untuk mengikuti jalan yang diredhai Allah.. Alhamdulillah..
ok la cik log, nak start buat kerja dah ni, kepada wanita2 sekalian, selamat hari wanita, dunia tidak berseri tanpa anda semua... adios
No comments:
Post a Comment