apa yang nak dicari

Monday, March 7, 2011

Sotong goreng ala paprik

Assalam cik blog yang aku sayang, teman aku yang paling setia.. Haha.. Mesti ko pelik kan tiba2 aku nak manja2 ngn ko plak.. Ko tak payah la nak perasan sangat, ko ingat aku dah hilang akal ke apa nak manja2 ngn komputer..

Dah lama rasanya aku xtulis resepi kat sini, memandangkan makan malam aku tadi best, aku tulis resepi tadi kat sini. Tapi kali ni agak byk bahan dan agak leceh la cara buat dia.

Bahan2..
1. Sotong (dibelah)
2. Garam
3. Limau nipis
4. Halia
5. Lada sulah
6. Cili api
7. Cili merah
8. Tepung gandum
9. Tepung jagung
10. Serbuk kunyit
11. Telur
12. Gula
13. Sos tiram
14. Sos tomato
15. Bawang putih
16. Bawang merah
17. Carrot


Cara-cara
1. Bersihkan sotong, kemudia perap dengan garam, gula, halia, perahan limau nipis dan lada sulah.

2. Sediakan campuran tepung, 1bahagian tepung jagung dicampur dengan 3bahagian tepung gandum dan serbuk kunyit.

3. Campurkan telur kedalam perapan sotong dan kacau.

4. Panaskan minyak didalam kuali, salut sotong dengan tepung tadi dan goreng. (Seeloknya di gulung sebelum masuk dalam kuali)

5. Apabila masak angkat dan toskan

6. Untuk sos nya, panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia

7. Masukan sos tiram dan sos tomato, kacau sekejap kemudia masukkan sedikit air.

8. Biarkan mendidih kemudian masukkan carrot dan cili merah, kacau sehingga pekat.

9. Masukan sotong yang digoreng tadi, kacau sehingga semua sotong disaluti sos.

10. Angkat dan hidangkan

Ko tak tahu cik blog, sedap giler benda ni, kalau ko boleh makan aku dah nagi ko rasa tadi. Haha.. Kepada sesiapa yang nak cuba, dipersilakan, anda xkan menyesal punyer.. Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: