hai cik blog, dah cantik kan ko skang ni,(suka la tu).. pandai tak aku mekap ko, haa, ko jangan ingat shahdan je yang pandai mekap, aku pun pandai gak.. memandang kan ko ni pompuan, xpegi semayang jumaat td, meh aku citer kat ko pasal khutbah tadi.. agak menarik gak khutbah td..
td khatib tu cerita pasal amanah.. amanah pada Allah, amanah pada Rasul, amanah pada mak bapak, dan amanah sesama manusia. amanah pada Allah ni kita kena beribadah la pada dia, kena sembahyang, zakat semua tu kena ada la. pastu pulak amanah pada Rasul, kita kena ikut apa yang dia ajar, dan yang dia larang tu kita jangan la buat.. pastu plak, amanah pada ibu dan bapa, cik blog, ko jangan buat muka sedih rindu kat mak bapak kat sini, ko tu komputer, mana ada mak bapak. sambung balik, amanah pada mak bapak ni, kita kena jaga maruah mereka, kena patuh pada mereka, jangan jadi anak yang derhaka, yang dia larang tu, walaupun kadang2 xsalah disisi agama kita jangan lah buat, sebab ada baik nya dia larang kita tu. jangan asyik dok bercinta sampai berkecai impian mak bapak nak tgk kita berjaya, pastu plak, jangan kebihkan orang lain dari mak bapak kita sendiri (ni memang kena tepat kat batang idung aku, nasib baik xpatah kalau ta dah mc dah arini)
pastu plak, amanah sesama manusia. ko jangan la terasa hati plak cik blog, ko patut rasa beruntung sebab ko tu komputer, xperlu nak jaga amanah sesama komputer.. contoh dia macam ni la, kalau kawan suruh kita jaga sesuatu untuk dia, kita jaga lah betul2, contoh dia, kalau kawan suruh kita jaga kebun dia, jangan lah kita plak yang pegi makan atau pegi jual semua hasil dia, lagi teruk, siap jual tanah kebun tu lagi.. mana boleh camtu..
yang aku perasaan la cik blog, orang2 ni, banyak yang konon2 nya jaga amanah dia ngn Allah, amanah dia ngn Rasul, tapi amanah dengan mak bapak dan amanah terhadap sesama manusia hancur. bila ditanya kenapa ko jual tanah member dia tu, atau kenapa ko jual semua hasil kebun member dia tu, lalu dijawab, "maafkan aku, semua ni dah ditakdirkan Tuhan, ko xleh marah, kalau ko marah maksudnya ko tak redha ngn ketentuan Tuhan".. apa pendapat ko cik blog pasal orang macam ni.. bagi aku tu, orang yang bercakap macam tu, mengikut ikutan setan la tu..
No comments:
Post a Comment