apa yang nak dicari

Monday, March 7, 2011

Kecintaan Sahabat kepada Allah

Sahabat2 Nabi S.A.W sangat terkenal dengan ketinggian perasaan cinta mereka kepada Allah dan Rasulnya. Maka tidak hairan la kebanyakan mereka menghembuskan nafas mereka di Jalan Allah. Syahid dalam menegak kan Agama Allah..

Walaupun kita sering membaca kisah2 perang pada zaman Nabi, jangan pula kita fikir bahawa Islam itu agama yang suka berperang. Nabi tidak menyerang sesuatu negara jika negara tersebut tidak menganggu Umat Islam atau menghalang usaha dakwah Baginda. Baginda akan mengajak mereka kepada agama Allah, atau menawarkan supaya mereka membayar jizyah (cukai) bagi mengelakkan peperangan.

Berbalik kepada tajuk asal tadi, ramai diantara kita mengaku bahawa mereka Cintakan Allah. Tapi apabila di ajak berkorban kepada jalan Allah, kita semua takut dan mengundurkan diri. Berkorban pada jalan Allah tidak hanya bermakna kita menghunuskan pedang dalam peperangan. Tapi bermaksud sanggup mengorbankan apa sahaja dia jalan Allah.

Hazrat Umar pernah berkata, semasa Nabi mengumumkan bahawa kutipan derma untuk menampung kos peperangan diadakan, terdetik di hatinya untuk mengalahkan Hazrat Abu Bakar kerana ketika itu beliau mempunyai sedikit harta. Lalu beliau mengambil separuh dari kesemua hartanya lalu membawa nya kepada nabi. Lalu nabi bertanya, "berapa banyak yang kamu bawa ini wahai Umar" lalu beliau menjawab "separuh dari kesemua hartaku"

kemudia sampailah Hazrat Abu Bakar lalu nabi bertanya soalan yang sama. Hazrat Abu Bakar menjawab "kesemua harta ku" lalu Nabi menyuruh Hazrat Abu Bakar mengambil kembali sedikit harta itu untuk bekalan keluarganya, beliau menjawab "cukuplah Allah dan Rasulnya sebagai bekalan aku dan keluargaku.

Subhanallah cik blog, begitu tinggi ketakwaan mereka kepada Allah, tinggi nya Cinta mereka kepada Allah. Kita sekarang (termasuk lah diri aku ni) sangat susah nak belanjakan harta ke jalan Allah. Kadang2 bayar zakat pun nak minta diskaun. Nak derma kat masjid, sikit punya susah. Dah la guna air ngn letrik free kat masjid, pastu xnak bayar. Apa, ingat air ngn letrik kat masjid tu turun dari langit ke?

Kalau ada amoi cun jual barang, cepat pulak nak beli, kesian la konon. Nampak sangat tak ikhlas nya. Apa korang ingat amoi tu akan tolong korang jawab soklan kat kubur nanti. Bukan nak menghalang bersedekah. Tapi, utamakan yang lagi utama lah, seperti rumah2 anak yatim, sekolah2 tahfiz dan juga masjid2..

Sahabat2 juga sanggup syahid malah berlumba2 untuk syahid. Banyak cerita kita dengar dimana sahabat2 melakukan apa sahaja untuk syahid sehingga ada yang termakan pujukan syaitan untuk mati di medan perang dengan membunuh diri. Kita ambil iktibar dari perkara tersebut, dan kita contohi sahabat2 yang ikhlas berjuang.

Contoh nya seorang sahabat (maafkan aku kerana terlupa nama beliau) yang tidak menyertai Ghizwah Uhud dari awal kerana baru melangsungkan perkahwinan. Ketika beliau sedang bersiap untuk mandi junub, beliau mendengar berita bahawa tentera Islam sedang mengalami kekalahan. Lalu beliau segera ke medan perang tanpa sempat mandi. Beliau berperang dengan penuh semangat sehingga syahid. Mayat 2 orang yang syahid tidak dimandikan tetapi malaikat memandikan mayat beliau kerana beliau belum mandi junub. Subhanallah, betapa beruntungnya beliau. Semangat beliau untuk membela Agama Allah terlalu tinggi sehingga beliau tidak sanggup melengahkan sedikit pun panggilan ke jalan Allah.

Wanita2 juga tidak kurangnya. Cik blog, aku nak tanya ko, ko pnah tengok citer saving private ryan tak?? Ala citer yang mak ryan tu kehilangan 3 orang anak dia di medan perang tu. Pada zaman Nabi sebenarnya terdapat wanita yang begitu. Dimana 3 atau 2 (maafkan aku lagi kerana lupa) anak beliau syahid di jalan Allah, beliau menangis, ketika ditenangkan beliau berkata, "aku bukan menagis kerana kehilangan anak-anak ku, tetapi aku menangis kerana ku sudah tiada anak2 lagi untuk dihantar ke Jalan Allah" Subhanallah.. Wanita2 pada zaman Nabi juga mempunyai Cinta yang sangat tinggi kepada Allah..

Kalau aku nak ceritakan semua kat sini, xkan cukup masa aku untuk menulis. Yang penting kita tahu bahawa sahabat2 mempunyai perasaan cinta yang begitu tinggi kepada Allah, walaupun ada diantaranya telah dijanjikan Syurga oleh Nabi sendiri. Cuba kita fikir sejenak, kita yang belum tentu syurga atau neraka (semoga Allah jauhkan kami darinya) ini, setinggi mana cinta kita kepada Allah dan Rasulnya.. Adakah setinggi cinta kita kepada manusia. Tidak salah bercinta sesama Manusia. Malah Allah merahmati manusia yang bertemu dan berpisah kerana Allah, adakah kita sedar yang cinta kita kepada Allah sangat la rapuh dan cetek jika dibandingkan dengan cinta kita kepada manusia? Cuba kita fikir? Apa yang kita sanggup buat untuk cinta kita kepada manusia, dan apa pula yang kita buat untuk cinta kepada Allah?.. Pikir2kan lah. (Aku juga pernah mengejar cinta manusia sehingga ku lupa kepada cinta yang paling Suci, cinta yang xkan menghampakan, Cinta yang tidak akan menyakitkan, cinta yang janji2 Nya adalah benar, Cinta yang membawa kita ke syurga, cinta yang agung, dan cinta yang segala-galanya. Iaitu cinta kepada Allah yang satu, tiada tuhan selain dia, yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Adios..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: