cik blog, malam ni aku xdapt tidur, sedih memikirkan dosa-dosa aku yang tak terkira selama ni, kadang2 rasa kau ni lagi beruntung dari aku cik blog, ko xperlu menjawab soalan2 mungkar dan nangkir bila ko meninggalkan dunia ni, ko tak perlu menunggu amalan ko dihisab di akhirat, menunggu dengan penuh ketakutan kalau2 dosa kau lagi berat dari pahala, juga xperlu melalui titian sirat. aku takut dengan dosa2 aku, sempatkah aku menebus dosa2 itu dengan iman yang tidak seberapa ini? sempat kah aku memberatkan timbangan amal ku dengan sisa2 hidup yang xseberapa ni..
aku berharap aku sempat. Ya Tuhan, berikan kesempatan pada aku, hanya Engkau yang dapat memberikan kesempatan pada hamba mu yang sering lalai ini. aku takut akan neraka Allah, tapi aku tidak layak ke syurga Nya, 25 tahun usia aku, sebanyak mana yang aku mampu bawa sebagai bekalan aku kesana? sebanyak mana dosa yang bakal menarik aku ke neraka? terlalu banyak dosa aku, sering tewas pada hasutan syaitan dan nafsu. bila ingin berbuat kebaikan, aku sering tewas, sering mudah lupa dan senang berputus asa.
cik blog, aku sangat takut. masihkah terdapat cahaya di hujung jalan aku? ataupun hujung jalan ku ini membawa aku ke suatu lagi jalan yang gelap.aku risau dengan perasaan selesa, kerana aku sering lalai bila aku selesa. aku harap kali ini aku dapat beristiqamah. kalau ko mampu, aku akan mintak ko ingat kan aku tentang semua ni, ingatkan aku tentang dosa2 lalu yang menggunung itu....
sungguh disini terlalu byk dugaan. terlalu byk ujian, sehingga aku terasa seperti tidak yakin untuk menghadapi semua dugaan ini.........
No comments:
Post a Comment