apa yang nak dicari

Sunday, March 6, 2011

Sedarkan aku oh Tuhan

Tuhan... Tolong kuatkan hati aku untuk melupakan insan itu.. Insan yang menghancurkan hati aku. Melukakan hati ibu bapa aku..

Tuhan. Hapuskan segala kenangan aku dengan nya.. Kerana semua kenangan itu menyakitkan aku. Namun tgl kan sedikit sebagai pengajaran kepada ku..

Tuhan, hapuskan perasaan rindu aku ini padanya.. Aku yakin dan redha dengan semua ketentuan mu, kuatkan perasaan rindu aku kepadaMu ya Tuhan..

Tuhan.. Hanya Engkau yang mampu mengubat aku.. Ubati segala kekecewaan dan luka akibat ditipu dan di pergunakan.. Ya Tuhan..hanya Engkau yang tahu betapa Aku ikhlas mencintainya, dan ini pembalasan dia terhadapku..

Tuhan, aku sedar tiada cinta yang setanding cinta Mu. Semua janji-janji mu benar. Namun aku yang sering alpa, sering melupakan cintaMu demi mengejar cinta manusia yang tiada gunanya..

Tuhan, ampunkan aku, dan tolonglah hamba Mu yang tiada daya ini. Jika dia bukan untukku, tabahkan lah aku, dan temukan lah aku dengan orang yang tahu menghargai diri ini ya Tuhan.. Hanya padamu aku meletakkan harapan.. Amin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: