apa yang nak dicari

Friday, March 4, 2011

Pecah!!!!

Hi cik blog yang comel (suka la tu kena puji)...

Cik blog, aku Xtau topik apa yang nak tulis, bercampur2 jugak la. Td aku tgk berita, pasal pergolakan kat bahrain, dan kat libya, pastu sebelum ni kat mesir. Semua tu negara-negara islam kalau cik blog nak tahu. Berita-berita ni buat aku teringat satu hadis yang aku baca. Tapi aku lupa siapa yang merawikan hadis tu. Lebih kurang cmni lah bunyi dia.

"Satu hari aku melihat Rasulullah S.A.W menunaikan satu solat yang sangat panjang, sesudah baginda solat, aku bertanya kepada baginda tentang solatnya. Baginda menjawab, dalam solat ku tadi aku telah meminta 3 perkara kepada Allah, Allah telah memakbulkan 2 permintaan aku. Lalu aku bertanya "apakah permintaan mu wahai Rasulullah?" Lalu baginda menjawab " aku telah meminta supaya ummatku tidak akan mati kerana kebuluran, Allah telah memakbulkan permintaan ku ini, kedua aku telah meminta supaya ummatku tidak pupus dibumi ini, Allah telah memakbulkan permintaan ku ini, ke3 aku telah meminta supaya ummatku tidak berpecah belah, Allah tidak memakbulkan permintaan ku ini".

Dari hadis ini kita dapat mengetahui bahawa ummat Islam pasti akan berpecah belah. Bermula dari kewafatan Nabi, timbul golongan2 nabi palsu, kemudian pada zaman Hazrat Usman, timbul pemberontak-pemberontak dari iraq, mengepung rumah usman malah membunuh beliau. Pada zaman hazrat ali pula tercetus perang sesama islam yang pertama dan kedua. Iaitu perang siffin dan perang unta. Dimana ummul mukminin aisyah sendiri yang berperang dengan hazrat ali.. Dan perpecahan itu berlarutan sampai sekarang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: