apa yang nak dicari

Monday, March 14, 2011

Hati yang bertaut....

weekend lepas ada 2 orang kawan aku nikah, kawan aku dari darjah satu, (darjah satu tu, umur tujuh tahun, dah dekat 20 tahun dah kami kawan) Rosmezee kawen ngn kawan aku jugak, dari darjah 3, tp xlah rapat sebab pompuan kan, Nur Hasliza. pastu kawan aku dari tahun 1 kat unimas, boleh kata antara best friend aku kat unimas la, Syithzain ngn Faizah.. Semoga berbahagia sampai bila2 dan cepat2 la dapat anak, boleh la aku jadi Godfather.. haahaha...

beruntung nya mereka kerana hati mereka bertaut kerana Allah, Allah janjikan lindungan arash nya kat akhirat nanti pada mereka-mereka yang bertemu kerana Dia. kepada pengantin lelaki, jagalah isterimu seperti kamu menjaga dirimu sendiri, kerana mereka diciptakan dari tulang rusukmu untuk menjaga hatimu.. jangan la berangan nak pasang 2 ke 3 ke, memang boleh kalau berkemampuan, sunnah Nabi lagi tu, tapi sangat berat tanggungjawab kalau korang kawin lebih dari satu ni, sebab korang kena pastikan sebetul-betulnya yang korang berlaku adil pada mereka, xboleh sedikit pun antara mereka yang merasakan korang xadil, MasyaAllah, berat nya azab untuk orang yang xadil ni..

kepada pengantin perempuan pulak, korang dah mendapat lesen untuk mendapat antara pahala yang paling besar, taat pada si suami. wanita xwajib pergi solat kat masjid, pergi berjihad semua, tapi korang boleh dapat semua pahala tu hanya dengan taat pada suami korang.. bestkan nikmat yang Allah bagi kat wanita.. SubhanAllah....

ok lah, selamat pengantin baru lagi kat saudara2 aku nih, semoga berbahagia selama-lamanya... adios...

No comments: